Monday, April 20, 2015

Keseorangan tetapi banyak perluru...

Bukan sahaja Najib, rakyat pun tak sempat nak fikir dan nak jawab...
Sudah tentu selepas ini ramai Menteri dan Pemimpin yang tidak tercapai otak untuk bantu Najib menjawab...

Mahathir mempunyai banyak perkara dan banyak sebab minta Najib berundur..
Walau Mahathir keseorangan tetapi beliau masih banyak peluru yang seumpama tidak habis..

Najib hanya boleh menepis dan menjawab kalau ada kekuatan, dan kekuatan itu mesti datang dari kebenaran...

Jika tidak, berundurlah..

Sunday, April 19, 2015

DAP bengang dengan Mahathir...

Pakatan Pembangkang makin bengang apabila sesetengah daripada mereka termasuk Lim Kit Siang yang berharap dapat bekerjasama dengan Mahathir telah ditolak oleh Tun dengan alasan kerjasama pembangkang tidak diperlukan kerana ia soal dalaman UMNO.

Tun lebih faham tipu daya Lim Kit Siang, bukan kerjasama sebenarnya tetapi lebih kepada untuk memperalatkan dan melagakan pemimpin. Tun juga tidak akan membenarkan DAP cuba mendapat kredit sebagai pihak yang bercakap atas nama kebenaran dan "save Malaysia" seperti yang mereka laungkan. Tindakan Tun lebih untuk menyelamatkan negara dari ditadbir fahaman rasis yang melampau jika UMNO lemah dan lewas.

Sesetengah dari mereka juga seperti anak Karpal pula tidak bersetuju kerjasama dibuat dengan Mahathir untuk menurunkan Najib kerana itu akan menghancurkan harapan mereka untuk menawan Putrajaya jika Najib digantikan dengan pemimpin yang lebih berintegriti.

Pendapat anak Karpal ini lebih realiti dan rasional  !!! Mereka tahu Najib lemah dan itulah peluang terbaik untuk menawan Putrajaya. Jika Najib undur, itu bukan kemenangan Mahathir tetapi lebih kepada kemenangan UMNO secara mutlak dan menjadikan UMNO dilihat matang dan kuat.
Kedudukan itu sangat merbahaya dan kaku kepada pembangkang jika sudah tidak dapat kaitkan UMNO dengan korup dan kroni serta salahguna kuasa.

Enam antara Ratusan Isu ... (CAWANGAN KESAL BAHAGIAN BERPIHAK...)

Di seluruh negara cawangan-cawangan UMNO sedang menjalankan Persidangan Agung Tahunan dan beberapa isu utama tidak ketinggalan:

1) Menyokong GST tetapi kesal di atas kelemahan pentadbiran dan perlaksanaan - UMNO Bahagian lansung tidak turun padang menjelaskan kepada rakyat tetapi dilaporkan jika mana-mana cawangan dapat mengumpulkan minima 100 kehadiran, Menteri GST akan beri peruntukan RM10,000.00, ada betul ke ?

2) IMDB - langsung tidak faham

3) Kesal di atas campurtangan Ketua-Ketua Bahagian dalam pergeseran Najib dan Mahathir kerana masing-masing mempunyai penyokong di akar umbi. Sikap Ketua bahagian berpihak akan menyebabkan perpecahan di cawangan.

4) Semangat Melayu minat dan sokong UMNO di cawangan sudah berkurangan sehinggakan untuk cukup korum pun sangat sukar dan kedapatan terpaksa "tolong" tandatangan kedatangan (?)

5) Semua ini akan menyumbang peratus yang semakin tinggi cawangan-cawangan tidak dapat menjalankan persidangan tahunan dan kesannya di Persidangan Tahunan Bahagian sendiri, akan ada perwakilan yang ponteng

6) Ketua Cawangan dan Ketua Zon akan menghadapi kesukaran meyakinkan ahli dan pengundi untuk sokong BN jika pilihanraya di adakan kerana terlalu banyak isu yang mereka sendiri tidak puas hati dan blurr.

# Saya percaya banyak pembahas di blogg ini atau di maya ini yang pro Najib sebenarnya tidak memegang apa-apa jawatan di peringkat Cawangan atau Bahagian, mereka lebih mudah celupar tanpa perlu memikirkan realiti dan kesannya nanti. Sokongan mereka lebih kepada tin kosong, bising tetapi tidak menyumbangkan tenaga di pilihanraya nanti.

JikaPengerusi Perhubungan Negeri pun campurtangan dan buat pendirian sokong satu pihak - Johor sendiri dalam kedudukan bahaya. Ramai akan protes tidak keluar mengundi !!! Ia bukan sesuatu yang asing bagi Negeri Johor....

Saturday, April 18, 2015

Rani Kulup buat apa dengan Menteri GST

Gambar menceritakan segalanya...

Harap ada pengesahan apa yang sedang berlaku..

Siapa nasihat siapa (?)

Friday, April 17, 2015

Permatang Pauh - Pembangkang dah menggelupor awal..

Di laporkan Pembangkang akan menggunakan Rozita Che Wan dan Siti Nurhaliza yang menyatakan sokongan kepada Mahathir untuk dijadikan modal dalam kempen pilihanraya kecil di Rompin dan Permatang Pauh.

Tidak dinyatakan secara jelas samada kedua artis itu akan turut diheret untuk berceramah atau sekadar menggunakan bantahan mereka untuk dijadikan modal kempen.

Apapun dipercayai kedua artis tersebut walaupun menyokong penuh Tun Dr Mahathir tetapi tidaklah sampai menjadi alat dan perkakas kepada pembangkang yang kehausan idea dan modal. Angan-angan pembangkang itu juga sudah menunjukkan tanda-tanda awal mereka sendiri sudah menggelupor untuk mencari faktor kemenangan.

Semoga Tun juga tidak turut terlibat walaupun sudah menarik sokongan peribadi kepada Najib kerana kemenangan BN adalah penting di Permatang Pauh untuk mengembalikan keyakinan kepada UMNO bahawa mereka mampu menang di PRU14 akan datang.

Najib mungkin lebih mudah berundur jika BN menang di Permatang Pauh dan Rompin !!!

Kalau Mahathir pun kena tipu..

Kalau Mahathir pun kena tipu...apatah lagi rakyat, sudah tentulah penyokongnya lebih mudah diperbodohkan...

(Mana dia perjanjian Tambak Johor di kawasan kita tidak boleh disentuh (?)

Seperti yang dikatakan sebelum ini, integritinya sudah tiada...Kata Daim, kalau semua fundamental kata ok, ringgit jatuh juga, adalah atas sebab rakyat dan pelabur sudah tidak percaya kepada kerajaan...
Pada awalnya mungkin ada yang anggap sabotaj...tapi kalau difikirkan semula, cakap tak betul mungkin antara sebab hilang kepercayaan itu..

Ertinya, banyak lagi benda yang tak betul... !!!!!!!

Khalid Nordin sendiri dah declare, jambatan bengkok bukan jadi keutamaan sebaliknya rumah dan air bersih.. Sampai ke tahap tu punya kecut telor dengan Singapura..
Apakah peruntukan itu dari Kerajaan negeri dan bukankah Al Marhum Tuanku Sultan dulu juga perkenan akan projek tersebut (?)

Bukan satu isu pun Jambatan Bengkok, malah kalau buat pun, kroni depa juga yang berebut dapat.. Tetapi soal sikap, semangat, patriotik dan erti kemerdekaan yang gagal dihayati oleh pemimpin...

Thursday, April 16, 2015

Mukhriz harus tegas walau hilang jawatan..

Dilaporkan Ketua Pemuda, Ketua Puteri dan Ketua Wanita UMNO Kedah menyarankan Mukhriz bersikap
berkecuali untuk menyatakan pendirian terhadap Najib selaku Presiden dan Perdana Menteri merupakan satu lagi berita baik dalam ertikata demokrasi terus subur di dalam UMNO.

Sudah tentu berita ini diterima dengan hati terbuka oleh Ketua Puteri Malaysia yang mengutamakan perdamaian kedua-dua pihak dan tegasan KJ supaya Mukhriz tidak ditekan untuk membuat keputusan. Malah Najib selaku Presiden dan PM sendiri sudah nyatakan kesediaan dikritik

Kalau rakyat disaran sabar 1MDB sedang diodit kenapa pula Lebai Sudin tidak boleh sabar dengan faktor yang sama. Bukankah kedua-dua pihak Najib dan Mukhriz sedang mencari kebenaran..

Bukanlah sesuatu yang pelik jika Mukhriz enggan berbuat demikian dan rakyat Kedah sudah tentu boleh terima jika Mukhriz dilucutkan jawatan MB Kedah kerana itu adalah atas budibicara PM. Dalam hal ini Kedah tidak ketandusan pemimpin negeri yang hebat seperti Lebai Sudin.

Bagaimanapun ingatan juga telah mereka berikan kepda sesiapa sahaja yang cuba menggugat perpaduan UMNO Kedah perlu berhadapan dengan mereka terlebih dahulu...sesiapapun jangan pandang ringan amaran ini sebelum sesuatu tindakan dibuat...

Inilah krisis dan titik tolak terbaik untuk Mukhriz terus meniti kerjaya politiknya. Ia bagaikan satu peluang yang datang tiba-tiba untuk menguji kematangan dan memperluaskan pengaruhnya tanpa sandaran sesiapa.


DAN APA SUDAH JADI DENGAN BLOGGER KEDAH INI



life Science - Anda Sedang Dialisis (?)

  Berita baik untuk mereka yang dialisis dan 3 Serangkai, Produk dari Farmasi Jepun akan berada di pasaran Malaysia mulai Jun 2024. Kemampua...