Sunday, July 5, 2015

SERUAN SUPAYA BERTENANG.. UIKSSS SEBELUM BUKAN MAIN RANCAK TIBAI

TERKINI:

ATAS NASIHAT PEGUAMNYA NAJIB BERKEMUNGKINAN (POSSIBLE) MENGAMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG KE ATAS MEREKA YANG DIDAKWA MEMFITNAHNYA.


# Kenapa guna "possible"..

Semua orang tahu, janin dalam kandungan pun tahu isu 1MDB, sebab merekalah pewaris sah untuk menanggung hutang negara.

Seruan bertenang !!!
Uikssss...hari tu bukan main lagi cai belasah kiri kanan, sekarang seru bertenang pula.... @ dah nak alih kiblat kot.

Siapa yang patut tenang, siapa yang patut tidak risau, siapa yang boleh tidor lena saban malam...
Hanya yang bercuti sahaja boleh dianggap relax dan tenang...

Selagi masih nak bekerja, genggam erat jawatan walaupun "dipertikaikan"..itu bukan tenang namanya.. itu risau, gundah gulana, serba tak kena..

Walaupun berbeza pendapat, kita berharap yang dituduh dapat selesaikan isu ini sebaik mungkin.

Berundur bukan bererti kalah.

Isu sudah sampai ke tahap permulaan di hujung.
Sudah ada campurtangan pihak berkuasa tempatan termasuk AG yang mendapat liputan antarabangsa.
Sudah tentu ketelusan dan tahap profesional dan maruah negara kena dijaga, jangan sampai dicap ayam.

Oleh kerana ini sudah sampai ke kes profile tinggi, eloklah kita berhenti membuat ulasan "merapu" yang sekadar mempamirkan "tidak cerdik".


Saturday, July 4, 2015

MENYERANG, MEMBURUKKAN DAN FOKUS KPD MAHATHIR...STRATEGI YANG SALAH..MASIH ADA SI B YANG CUBA SPIN..


Adakah sekadar alasan itu Mahathir mahu Najib berundur sedangkan di mata rakyat, teguran Tun lebih menyelamatkan negara dari bermasalah seperti Greece, UMNO akan kalah, kerajaan campuran sekadar memusnahkan negara apabila pemimpin
saling berbeza pendapat.

Berundur Jalan Yang Lebih Selamat..

Kita cukup gembira apabila Najib akan menggunakan seluruh perundangan yang ada untuk mengheret mereka yang melakukan serangan pembohongan ke atasnya.

Kita berharap tindakan ini segera dan jangan tinggalkan seorang pun termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad kerana secara terbuka Najib telah mendakwa dalangnya ialah Tun

Kali ini adalah peluang terakhir untuk Najib membuktikan dirinya sedang dikonspirasi, jika gagal, nasibnya seolah hampir dengan Anwar.

Penafian dan segala bentuk defend yang digunakan oleh team Najib dan Najib sendiri nampaknya tidak memadai malah mengundang kepada serang balas yang bertubi-tubi bersama fakta.

Harus ada kajian, apakah selama ini "defend" itu tidak cukup kuat atau rapuh, dan sebabnya kenapa (?)

Beberapa kesilapan kemungkinan berlaku:

1) Serangan peribadi ke atas Mahathir  samada secara langsung atau tidak langsung membolehkan Mahathir juga membuat serangan peribadi ke atas Najib.

2) Menggunakan otai seperti Tunku Aziz, Shahrir, Annuar Musa untuk menyerang Mahathir antaranya merupakan satu kesilapan.

3) Menggunakan Media Prima dan Utusan untuk menyerang Mahathir secara berlebihan mengundang simpati dan mempamirkan "ketakutan" yang sedang melanda.

4) Ikrar KBU adalah hampas, sokong membawa rebah.

5) Penasihat yang dibayar billion rupanya berotak lemah untuk menasihat sesuatu yang betul, benar dan selamat.

6) Dalam team Najib sendiri ada dalang (?!)

Selain menentukan di pihak mana kebenaran itu ada, kesilapan strategi akan mempercepatkan lagi sebarang kepalsuan terdedah.

Keadaan semasa tidak mungkin menunjukkan Najib akan berundur tetapi jika mampu dilakukan untuk menyelamatkan sesuatu yang lebih berharga, kenapa tidak (?!)

Bagaimana pula kalau dicadangkan Najib melepaskan sementara semua jawatan politiknya untuk dia bertindak balas dan untuk satu siatan yang lebih telus dan terbuka.

# Ramai yang berpendapat Najib sangat kebal kerana didinding oleh semua orangnya dan Najib juga belajar bagaimana Pak Lah tewas bila diserang Tun.
Cuma mungkin ramai yang lupa Tun juga belajar sesuatu akan kesilapan dan kelemahan ketika minta Paklah berundur dan kali ini Tun lebih bersedia ketika minta Najib undur.

Fakta yang sangat jelas: Tun tidak suka-suka minta Paklah atau Najib berundur tetapi semuanya kerana mereka sendiri memberi peluang kepada Tun berbuat demikian.

Friday, July 3, 2015

Alasan Konspirasi Tidak Pernah Basi

1) Masih ramai kah yang menganggap Anwar adalah tahanan politik dan dia terperangkap dengan konspirasi (?)

2) Adakah Najib juga kini berada pada tahap konspirasi untuk menjatuhkannya.

Pada mereka yang anggap Anwar tidak bersalah sebaliknya konspirasi politik,  bolehkah mereka pihak yang sama untuk menerima bahawa Najib juga sedang dikonspirasi .

Bagaimana pula mereka yang menganggap Anwar memang bersalah dan bukannya konspirasi, adakah mereka yang sama juga boleh menerima hakikat jika Najib memang bersalah dan bukannya konspirasi.

Bertahun Anwar menyatakan dirinya dikonspirasi, akhirnya dakwaannya itu lemah dan dia dihukum.

Apakah perkara yang sama akan berulang kepada Najib...kerana musuh sebenar Najib bukanlah Mahathir tetapi 1MDB yang mendatangkan pelbagai saolan dan persepsi buruk kepadanya seperti tidak akan berakhir...

# Dalam perkemnangan lain Annuar Musa telah menunjukkan bahasa badan bagaimana untuk menguruskan pertikaian supaya nampak molek.
Dua orang kuat MARA yang terlibat dengan isu hartanah di Australia di gantung tugas.

Apakah bahasa badan ini tidak memberi satu kesedaran !!! Atau ada ketakutan lain sebenarnya...

Janganlah biarkan rakyat terus berpersepsi.

Wednesday, July 1, 2015

BOTOI

1. Kalau diisi air mineral, harganya RM1...
2. Kalau diisi jus buah, harganya RM8...
3. Kalau diisi Madu Yaman, harganya RM200...
4. Kalau diisi minyak wangi odd, harganya RM1000.
5. Kalau diisi air longkang, ianya akan dibuang dalam tong sampah kerana langsung tiada harga dan tiada siapa yg suka.....


Botol yg sama tetapi harganya berbeza sebab apa yang terisi di dalamnya adalah berbeza...

Begitu juga kita...kita semua sama...kita .semua manusia...yang membezakan kita antara satu sama lain adalah IMAN & AMAL yang ada dalam diri kita...yang akan menyebabkan kita berharga di sisi ALLAH atau kita dipandang hina oleh ALLAH lalu dibuang ke dalam neraka...


^^ Depa kata

# Boleh ke kita rujuk kepada Pemimpin Semasa, tak perlu libatkan mantan sebab mereka memang bukan botol lagi, sudah jadi teko antik, termahal.

Tuesday, June 30, 2015

POLITIK MALAYSIA KINI: HANYA TUN DAN NAJIB YANG LAYAK SELESAIKAN..YANG LAIN BOLEH TOLONG DIAM !!! RAKYAT WAJAR MELIHAT BAGAIMANA MEREKA MAHU SELESAIKAN...

நாங்கள் அறிந்து கேட்க வேண்டும் என்று மலேசிய அரசியலில் தானிய தானிய, அங்கு மேஜிக் மற்றும், பொருத்தமான இடங்களில், டாக்டர் மகாதீர் கேள்வி எதிர்கொள்ள நேரிடும் நஜிப் தெளிவாக பதில் முகத்தை கேட்க என்ன இருக்கிறது.

அவர்கள் கேட்டு மற்றும் மட்டும் பதிலளித்து நஜிப் மிகவும் மதிப்புள்ள ஏனென்றால் மற்றவர்கள் அமைதியாக இருக்க வேண்டும்.

பல்வேறு பிரச்சினைகள் நாட்டில் பெரும் குழப்பம் நஜிப் பின்வாங்கியது அனுமதிக்க.

நினைவில்,, கடினமானது, ஏன்?

Monday, June 29, 2015

IF TOMORROW NEVER COMES

Kemaskini:

Alhamdulillah harga petrol naik lagi ketika nilai RM sedang merudum. Dari segi andaian logik, yang kerajaan gunapakai ,ini akan meningkatkan industri pelancongan.negara.

Keuntungan GST dan 1MDB akan dipulangkan kepada rakyat melalui kenaikan harga petrol. Menjelang Aidilfitri bertambahlah meriah umat Islam bershopping dengan kenaikan harga barang.
Ini semua menunjukkan rakyat makin tinggi pendapatan perkapita isi rumah.

Kemakmuran ini tercapai hasil kebijaksanaan kerajaan berhutang besar.


#

Tiga juta ahli tidak akan membawa kemenangan kepada UMNO dan tidak semua akan sokong UMNO selagi Najib masih di situ dan tidak
semua berdaftar sebagai pengundi.

Bersihkan diri dengan membuat pengakuan, menyatakan kebenaran atau berundur untuk selamatkan parti dan bukannya play safe untuk kepentingan diri.

      Takutkan Allah, kembali kepada Hadith dan Al Quran terletak sangat jauh dalam perhitungan tetapi lebih diutamakan takut pada hukuman dunia.

Cash Is The King - Allah pun bagi dan bayar tunai juga di dunia.

Penurunan Nilai RM akan menjadikan beban hutang akan bertambah besar, harga barang akan naik, kuasa membeli akan kurang.
 Cash Is The King - Negara akan jadi hamba hutang.

Pemimpin di peringkat bawahan akan bermasalah untuk berhadapan dengan ahli, pengundi dan rakyat untuk menjawab gelagat pemimpin atasan atau akhirnya terpaksa ikut berbohong atau bersubahat untuk memudah dan menghalalkan cara.

Bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru - baunya akan dihidu dan akhirnya bangkainya akan ditemui.

Kroni, penyelewengan, rasuah adalah antara satu cara untuk cepat mewah di kalangan Melayu yang berpolitik terutama di peringkat yang berpengaruh, berjawatan dan berkuasa - apakah cara itu akan membawa pengekalan dan keberkatan atau ia akan menjadi malapetaka.



life Science - Anda Sedang Dialisis (?)

  Berita baik untuk mereka yang dialisis dan 3 Serangkai, Produk dari Farmasi Jepun akan berada di pasaran Malaysia mulai Jun 2024. Kemampua...