Saturday, April 9, 2016

GANDINGAN AZMIN DAN EZAM MAMPU MENCEMERLANGKAN PKR, ADA YANG SUDAH RISAU...


Siapa musuh dalam selimut?


Ketakutan Ezam kembali menguatkan PKR !!!
Ada yang diupah dari dalam sebagi anasir dan talibarut untuk memastikan PKR tidak dipandang mampu menggantikan UMNO dengan kepimpinan Azmin yang kini rapat dengan Tun Dr Mahathir.

Arus semasa politik terkini. Bukankah gAndingan Azmin dan Ezam adalah yang terbaik seperti gandingan Mahathir Musa satu ketika dulu (?)

# Politik semasa menunjukkan setiap parti sudah tidak mempunyai ikon yang bersih dan suci.
Kita boleh menilai pemimpin semasa mana yang boleh berubah untuk berjuang atas nama rakyat.....

Mereka inikah yang boleh diharapkan berdasarkan politik semasa... (?)
UMNO dengan Najibnya...
PAN dengan Bang Mat Sabunya
PKR dengan Azmin
PAS Tuan Ibrahim Tuan Man 

Tidak banyak perubahan boleh berlaku dari segi etika jika negara terus dipimpin oleh Zahid,  Hishamuddin dan sewaktu dengannya .....



(SuaraTV) – Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin menggesa bekas senator, Mohamad Ezam Mohd Nor memberi penjelasan terbuka terlebih dahulu sebelum kembali menyertai parti Keadilan Rakyat (PKR).
Badrul atau dikenali sebagai Chegubard ketika dihubungi berkata, walaupun PKR ketika ini memerlukan ‘ikon’ baharu bagi mengantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun itu tidak bermaksud Ezam layak untuk mengisi kekosongan tersebut.
“Saya tidak nafikan, PKR ketika ini memerlukan ‘ikon’ yang kuat untuk meneruskan perjuangan menentang UMNO/BN (Barisan Nasional) namun itu tidak bermaksud kami telah melupakan dosa beliau (Ezam) terhadap Anwar.
“Malah tindakannya yang meninggalkan parti (PKR) dan terlibat secara langsung dalam kes ‘fitnah liwat 2’ masih terkesan hingga kini, kita jangan lupa Anwar terpenjara disebabkan ‘dosa’ Ezam itu.
“Malah saya dimaklumkan dia antara orang yang pergi berjumpa dengan saiful dan turut memainkan peranan tersebut,” katanya sebentar tadi.
Chegubard turut mengakui walaupun Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail memerlukan ‘panglima perang’ untuk menghakis kekuatan politik Datuk Seri Azmin Ali, namun gerakan untuk membawa Ezam kembali ke dalam PKR adalah satu tindakan yang tidak kena.
“Saya tidak nafikan secara keseluruhan wujudnya permasalahan di dalam PKR antara kem Wan Azizah dan Azmin namun pada saya ia merupakan masalah dalaman parti.
“Ia juga tidak boleh dijadikan sebagai alasan untuk menerima Ezam begitu sahaja kerana pada saya apa yang penting dia perlu terangkan terlebih dahulu mengenai tindakan dan kerosakkan yang pernah dilakukan dahulu,” ujarnya lagi.
Terdahulu sumber SuaraTV mendedahkan, Ezam dijangka akan kembali menyertai PKR dalam masa terdekat bagi membantu mengukuhkan politik Wan Azizah sebagai presiden parti.
Malah sumber itu turut menjelaskan Wan Azizah telah mengadakan perjumpaan dan beberapa perbincangan dengan Ezam berhubung perkara itu.

Duit masuk ke dalam akaun "hang pi mana", dia kata dia tak tau..

SAMPAI BILA NAK JADI BODOH...

Aku peduli apa hang sokong siapa, tetapi yang perlu kita perduli, kita nak dibodohkan dan nak jadi rakyat bodoh ke tidak..

Duit masuk ke dalam akaun "hang pi mana", dia kata dia tak tau..

Simple. aku ulangi lagi sekali, aku tak perduli hang nak sokong siapa..
Tapi kalau hang percaya dia tak tau,

sah hang bodoh.

Simple.

Jangan salahkan lembu, sebab dia memang lembu.
Hang?

Friday, April 8, 2016

ORANG MUDA PEWARIS NEGARA SAMBUNG PERJUANGAN DEKLARASI RAKYAT..... MAHATHIR, LIM KIT SIANG DIMINTA BEREHAT

Mereka sudah terlaku tua, the past telah menjadi sejarah atas kapasiti masing-masing...

Mereka, dalam konteks Deklarasi Rakyat sekadar satu tauladan yang baik, mengenepikan seketika perbezaan politik dan kepetingan sebaliknya bersatu hati memberi tekanan secara berlembagaan untuk mengusir kepimpinan yang korup, kurang akhlak dan tidak beretika.

Perjuangan sebenarnya kini di tangan anak muda. cukuplah mereka menjadi rujukan, penasihat dan pendorong...

Patut ada rasa malu apabila seluruh jentera BN dan kerajaan tertumpu kepada seorang tua betusia 91 tahun yang masih gagal diurus dan tanganinya secara bijak.

Undang2 yang cuba digunapakai terhadap Tun juga mempamirkan suasana panik dan takut pihak berkenaan.




Anak muda, Benteng Harapan Negara.

Join us tomorrow for what I believe will be another historic event.

We have gotten approximately 100 youth leaders from all sectors of society to come on board in pursuit for a better Malaysia. Political leaders, National Award winners, imam muda, celebrities, Founders of youth movements and many more.

They'll be with us tomorrow to show their support towards the #SaveMalaysia movement.

Enough about Tun M & Lim Kit Siang.
This is our future. This is our battle.
We will lead the charge to #SaveMalaysia.

Together, Nothing can take us down.

See you there :)

Thursday, April 7, 2016

KERUSI MB JOHOR DITIUP

Majlis Tertinggi dan UMNO Pusat tetutama Ku Nan wajar menterjemahkan keyakinan mereka UMNO sekarang cukup dan lebih kuat dengan mengambil beberapa tindakan wajar sebelum duri dalam daging menjadi nanah.

Mukhriz, Shafie dan Muhyiddin yang secara terang terangan mengkritik kepimpinan tertinggin UMNO perlu dipecat. Jika dibiarkan akan menjadi contoh dan lebih ramai akan betani mengikut jejak mereka yang mengkritik UMNO secara terbuka.

GKCM Johor merupakan antara yang paling aktif memganjurkan siri ceramah Muhyiddin dan Mukhriz yang mendapat sambutan menggalakan.

Pengerusi Perhubungan Negeri malah Semua Ketua Bahagian UMNO dilihat teriring dan searah untuk tidak mengekang aktiviti ini malah cawangan juga tidak dihalang jika ahli mahu cadangkan pengunduran Presiden di mesyuarat-mesyuarat cawangan..

Belum ada satu pun khabar angin cawangan akan dihalang dalam usul tersebut.

Kepimpinan Khalid Nordin yang sesekali pukul anak sindir menantu menunjukkan UMNO Pusat hilang kawalan
Tidak nampak mana mana exco kanan UMNO Johor yang sangat ghairah atau bolrh di arah untuk metampas   kerusi MB seperti yang berlaku di Kedah.

Oleh itu ura ura untuk menukar Khaled sebagai MB dengan mana mana calon Timbalan Menteri  berasal dari Johor sangat wajar dan perlu dilakukan segera.







Penafian Politik selalunya benar di sebaliknya.



Tuesday, April 5, 2016

JAWAB MACAM KILAT...BUKAN MACAM PONDAN

Kekurangan atau kelebihan.
Fakta atau auta.
Perjuangan Tersembunyi atau Kebenaran.
Baling batu sembunyi tangan atau Baling cermin kaca pun tak pecah.
Menyalak bukit macam tak runtuh tetapi gegar macam gempa bumi...
N2H atau no words to say...

Tun Dr Mahathir dianggap sendirian dalam perjuangan cuma lately dianggap bersama Pembangkang, hakikatnya pembangkang yang ingin sangat tumpang tuah dan tui Tun.

Sebagai golongan profesyonal dan tahu apa yang dilakukan, Tun tidak menghalang sokongan ke atasnya atau tetap berprinsip menyokong kebenaran walau dari pesaingnya.

Dalam masa yang sama, bukan tidak ada pembangkang yang cuba mengambil kesempatan, membalas dendam atau memburukkan Tun tetapi fokusnya untuk memberi tekanan kepada Najib tetap tidak ada perubahan.

Penyokong pro Najib cuba melagakan Tun dengan pembangkang, tidak berkesan, sendiri kecewa.

Melabelkan segala bentuk keburukan, tetapi sokongan kepada Tun bertambah malah semakin banyak news membogelkan Najib di peringkat dalam dan luar negara.

Ada dengar Najib jawab serta merta, kalau ada jawapan dari pihak lain itulah PEMAKAN DEDAK, mudah saja nak kenalpasti puak ni, dari blogger sampailah menteri.

Yang anon tu, taraf pecacai, copy paste, makan dedak guni jenis tabur.

Sikap Tun, setiap isu dijawab dengan sendiri, petistiwa dan fakta, serta merta segera. Tak perlu upah tukang jawab, tak petlu lantik Ketua Penetangan atau Biro Maya cap ayam.

Itu sebablah, Tun semakin didekati, disokong dan dihormati. Walaupun tampak bersendirian menjawab isu tetapi mantap dan membina sokongan rakyat secara silent.

Tun masih santai, kalau besok dijemput Illahi, Tun mati sebagai pejuang kebenaran tanpa tolok banding.

Kalau nak kaya sendiri dan anak beranak, kenapa perlu bersusah payah berhujan panas bersama rakyat. Tun tak ada kes liwat atau jenayah samun. Ada jawatan pun dibuangnya.

Banyak kali sangat Tun cabar bawanya ke mahkamah, ke penjara atas apa saja dakwaan.
Tun tak ada kuasa sekarang nak pecat KPN. Gabenor, AG, Pengarah PSRM...jadi apa alasan untuk tidak heret Tun sedangkan pendedak kata ada selori kes.

Perjuangan sebab tak dapat dedak seperti kata anuar musa memang benar. Tun bukan sahaja tak dapat dedak malah yang cuba nak bagi dedak pun faham Tun tak lut, tak gelojoh, tak pandang...bagi Tun makan dedak atas istilah rasuah samalah macam makan babi.

Apa saja dakwaan dan fitnah Tun sudah jawab sendiri dan mencabar untuk dibawa ke mahkamah.

Jika ada lagi fitnah di sini atau di sana atau di mana sahaja kepada Tun, meteka itu golongan yang sudah hilang hidayah. Dosa dan haram sudah jadi makanan harian sekeluarga.

Memfitnah satu orang tua berusia 90 tahun besok lusa nak mati, sempat ke nak minta maaf (?)

Fikirkanlah...
Fitnah tu lebih berat dosanya dari membunuh guna bom...

FITNAH VAGANZA TERHADAP TUN... ALHAMDULILLAH TETAP ADA YANG MAHU BERCAKAP BENAR

Disebalik serangan bertubi2 oleh balaci2 Najib terhadap Tun Dr Mahathir, bermula dari Petronas hinggalah terkini Proton, muncul pula Armin Baniaz Pahamin, berkongsikan pendapat serta pengalaman beliau selaku Presiden Persatuan Pengedar Proton Edar Malaysia (PEDA),

Admin merasakan adalah sangat perlu untuk kita mengetahui apakah masalah sebenarnya yang berlaku sehingga Proton mengalami masalah kewangan yang begitu serius setelah pencetus ideanya iaitu Tun Dr Mahathir melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 2003.

Sebelum itu, apa kata kita ketahui dulu segala fitnah2 dan dakyah2 yang telah digarap oleh balaci2 Najib terhadap Tun dalam isu Proton dalam usaha untuk menanamkan kebencian rakyat terhadap Tun,

Apa kata Datuk Abdul Rahman Dahlan...?
1. Dr Mahathir Perlu Perjelas Masalah Melanda Proton,
2. Tun (Dr Mahathir) perlu tampil ke hadapan dan menjawab mengapa Proton dilanda masalah kewangan yang serius walaupun berbilion wang rakyat telah disalurkan kepada Proton,
3. Sejumlah RM13.9 bilion telah disalurkan kepada Proton sejak 1983.
4. Ahli lembaga pengarah dan pemegang saham Proton perlu berani untuk menyelesaikan masalah legasi yang ditinggalkan oleh bekas pengerusi,

Apa pula fitnah Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Anuar Musa terhadap Tun...?
1. Sikap degil bekas pengerusi Proton Holdings Berhad (Proton), Tun Dr Mahathir Mohamed merupakan antara punca kegagalan syarikat pengeluar kereta tempatan itu menjadi kompetitif dalam saingan industri automotif,
2. Kerajaan sukar untuk memperbetulkan keadaan kewangan syarikat milik kerajaan itu kerana bekas perdana menteri itu enggan menerima pendapat orang lain,
3. Sekiranya sesiapa dalam syarikat itu menawarkan idea yang berbeza dengan pandangannya (Dr Mahathir), maka orang itu akan menghadapi masalah,"
4. Semasa di bawah Mahathir juga, katanya, Proton telah melakukan beberapa urusniaga yang menyebabkan syarikat itu berada dalam keadaan terumbang ambing antaranya termasuk kerjasama dengan Group Lotus Plc,
5. Walaupun Proton menghadapi masalah kewangan yang serius namun Proton dilihat kebal serta terkongkong dengan idea dan kepercayaan Dr Mahathir.
6. Beliau berkata pada satu ketika dahulu, Proton pernah menguasai 70 peratus pasaran kereta tempatan dan kini tidak sampai 30 peratus.
7. Ini bermakna Proton semasa di bawah Tun Dr Mahathir sebagai penasihat,  bertahun-tahun menghadapi masalah kewangan yang besar, malah kerajaan telah membelanjakan sejumlah wang yang sangat besar untuk memastikannya untuk terus beroperasi," katanya.
8. Justeru, katanya, pengunduran Mahathir dilihat sebagai peluang terbaik kerajaan untuk memulih dan menyelamatkan syarikat kereta nasional negara itu daripada terus mengalami kerugian.

LIHATLAH, BAGAIMANA BUSUKNYA PERUT BALACI2 NAJIB NI DALAM MENABUR FITNAH DAN MENGHENTAM TUN DALAM USAHA UNTUK MEMPERTAHANKAN BOSS MEREKA...?

TAPI ALHAMDULILLAH, MASIH ADA LAGI INSAN YANG BERJIWA MURNI YANG SUDI BERKONGSIKAN PENGALAMAN SERTA PENDAPAT BELIAU SELAKU Presiden Persatuan Pengedar Proton Edar Malaysia (PEDA),

DISINI ADMIN KONGSIKAN PENDAPAT SERTA PENGALAMAN BELIAU,

Armin Baniaz Pahamin;
Permasalahan yang berlaku dalam Proton bukanlah berpunca daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebaliknya, kemelut perusahaan otomobil nasional bermula selepas ia diserahkan kepada Khazanah Nasional oleh pentadbiran Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Perkara itu didakwa Presiden Persatuan Pengedar Proton Edar Malaysia (PEDA), Armin Baniaz Pahamin menerusi entri terbaharu di blognya.

Beliau mendakwa Proton hilang kedudukannya sebagai pesaing pertama kereta nasional ketika ia dipengerusikan Datuk Mohammad Azlan Hashim, yang dilantik Khazanah.

“Khazanah Nasional, melalui Datuk Mohammed Azlan Hashim, menterbalikkan keputusan Tengku Mahaleel (Ketua Pegawai Eksekutif) menamatkan EON sebagai pengedar Proton apabila EON enggan menyumbang kepada dana penyelidikan dan pembangunan yang dipohon selepas kerajaan menghentikan geran R&D kepada Proton.

Langkah itu mengakibatkan terwujudnya rangkaian jualan dengan 400 wakil penjual di Malaysia. Keputusan membinasakan ini telah melemahkan rangkaian jualan yang kukuh dan permulaan siri malapetaka,” tulisnya.

Malah, Armin berkata Abdullah, atau lebih dikenali sebagai Pak Lah, juga tidak mempunyai wawasan yang jelas dan pelan jangka panjang untuk memacu syarikat nasional itu.

Armin berkata demikian menjawab dakwaan menteri Datuk Rahman Dahlan yang menyalahkan Dr Mahathir sebagai punca kegagalan Proton.

Untuk rekod, Mahathir merupakan penasihat kepada Proton sejak 2003 selepas meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Selanjutnya dalam muatnaik Armin, DRB-Hicom telah diminta mengambil alih Proton atas alasan politik. DRB-Hicom kemudian menyahsenarai Proton dan memodalkan aset-aset perusahaan kereta nasional itu.

“Masalah sebenar Proton bermula apabila Khazanah Nasional mahu mengawal Proton dengan menyingkirkan Pengarah Urusan Proton, Tengku Mahaleel,” dakwa Armin, dan menambah Khazanah ‘memperkosa’ Proton sehingga semua rizab tunai dan aset kehabisan.

“Tun Mahathir dipanggil semula sebagai Pengerusi Ekskeutif Proton untuk menyelamatkan apa yang masih berbaki di syarikat itu.

“Jika ada yang patut dipersalahkan kerana kegagalan Proton, ia adalah Khazanah, bukan Tun Mahathir,” ujarnya.

UNTUK PENGETAHUAN,
PAK LAH (sekutu kuat Najib) adalah Perdana Menteri ketika keputusan itu dibuat.

APA STANDARD PEMIMPIN2 SEPERTI Abdul Rahman Dahlan dan Anuar Musa NI NAK HENTAM TUN, SEHINGGA SANGGUP DAN TERGAMAK MEMFITNAH TUN SEBAGAI PUNCA KEGAGALAN PROTON...?

APA SALAHNYA PROTON MEMINTA BANTUAN KERAJAAN DARI SEGI KEWANGAN SETELAH BERPULUH2 TAHUN MENABUR BAKTI DENGAN MEMBERIKAN PULANGAN KUTIPAN CUKAI BERJUMLAH BERBILION2 RM KEPADA KERAJAAN...?

MAS YANG SATU SEN PUN TIDAK MENDATANGKAN HASIL KEPADA KERAJAAN, BOLEH PULA DIBANTU DENGAN DUIT KWSP SEBANYAK RM6 BILION...?

DAH LA TAK MEMBANTU MEMBANGUN DAN MEMAJUKAN NEGARA, YANG ADA NI PUN NAK DIMUSNAHKANNYA...?

MAKIN BERTAMBAH2 BENCI LA RAKYAT KAT KERAJAAN YANG SEDIA ADA YANG DIPIMPIN OLEH DS NAJIB NIH,

ADMIN SENDIRI PUN DAH JATUH MELUAT...!

PANDAI2LAH KORANG BUAT PENILAIAN...

Whisper : Tak habis2 balaci2 Najib Razak nak memalukan Tun M.
Namun begitu Allah Maha Mengetahui...ada insan tampil menepis dan memberitahu keadaan sebenar....

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...