Saturday, September 3, 2016

APA ADA BEZA DAP DAN UMNO (?)




Awal pagi ini  (4/9/16) ada kawan whatsapp mempertikaikan kenapa blog ini tidak fokus juga kepada isu rasuah DAP.

Bagi aku,  jawapannya di sini..
1) Isu 1MDB lebih besar, tuduhan skandal ke atasnya tidak dapat dijawab,  tidak dijawab,  jawapan berbelit...
Kalau isu sebesar itupun masih ada segelintir puak yang tahu tapi pura pura bengong kerana dedak punya pasal..
Apalah sangat isu rasuah DAP, celah gigi ...

Bagi aku bukan sahaja rasuah DAP yang perlu ditentang, tetapi kerakusan DAP itu sendiri yang perlu dilenyapkan terlebih dahulu...

Malangnya ada segelintir pemimpin umno yang memelihara DAP supaya kekal racist..
Mereka memerlukan DAP untuk menakut nakutkan segelintir Melayu dan memang ada puak Melayu buta kayu yang termakan hasutan itu..

DAP tidak ada kekuatan jika pemimpin Melayu umno mengamalkan Islam Al Quran,  Sunnah dan Hadith (bukan Islam ulama politik cari makan)   takut Allah bukan sikit sikit tetapi 100% bererti amanah dan akhlak yang baik..

Kalau akhlak pemimpin umno hancus,  apakah ada beza dengan DAP (?)

Jadi kalau ada yang menuduh aku dapigs, lebih baik yang menuduh itu main air longkang... Tidak ada bezanya dia dengan air longkang.  !!!

Heh...




#tulisan yg di luar tajuk akan dihapuskan.

PERLU KE KITA TAKUT MAHATHIR (?)







Cerita Najib nak mempertahankan jawatan tanpa takut kepada Mahathir bukan cerita baru.

Jika ada kritikan ke atasnya sudah tentu ada sebab, bukan saja saja nak buang current.

Konon Mahathir mahu usahakan Mukhriz sebagai PM adalah dongeng desperado,  yang rosak mental sahaja akan bersetuju.

KITA TAHU SANGAT KENAPA DIA PERLU BERTAHAN DAN KEKAL....

Tiada nilai berita pun.

Kita lebih tertarik dengan berita tentang Husam Musa yang diberi sambutan hangat sebaik sahaja sampai di Airport Pengkalan Chepa dan seterusnya merasmikan 17 cawangan AMANAH di Kelantan.

AMANAH Kelantan akan bekerjasama sepenuhnya dengan BERSATU,  PKR dan PAS.

Tidak ada sesiapapun perlu takut dengan Mahathir, takut dan kasihanlah pada diri sendiri jika tidak amanah.



NAJIB BERUCAP,  BURUNG TERBANG PUN BOLEH JATUH... 



Friday, September 2, 2016

JADILAH PENDENGAR YANG BAIK

Jawapan Dato Johari Ghani, MK2 terhadap fitnah terkini berhubung ekonomi Malaysia

Fakta ekonomi negara pada 31 Julai 2016:

1. Rizab Bank Negara adalah kira-kira RM400 bilion.

2. Pertumbuhan KDNK kita antara yang terbaik di Asean. Walaupun ekonomi global lambat meningkat, ekonomi kita masih meningkat sebanyak 4.1% pada separuh pertama tahun ini. Singapura hanya meningkat sebanyak 2%.

3. Hutang kita kepada KDNK hanya 54.5% berbanding dengan Singapura, iaitu 89% daripada KDNK.

4. Lebihan akaun kita untuk tahun 2015 adalah kira-kira RM95 bilion dan RM45 bilion untuk 6 bulan pertama tahun 2016.

5. Kedudukan negara kita mengikut Fitch, Moody dan Standard & Poor kekal sebagai A- berbanding dengan semua negara Asean kecuali Singapura, kita adalah jauh lebih baik.

6. Pasaran Modal kita sangat kuat dengan nilai RM2.8 trilion. Pasaran ekuiti bernilai RM 1.7 trilion dan Sukuk/Bon bernilai RM1.1 trilion. Sistem kewangan kita sangat berdaya tahan. Sektor perbankan juga dipermodalkan dengan baik.

7. Ekonomi kita terdiri daripada pelbagai sektor. Sektor perkhidmatan adalah 54% daripada KDNK kita, diikuti dengan 23% pembuatan, 9% perlombongan, 8% pertanian dan 4% pembinaan.

Salam.

Dato' Johari Ghani
Menteri Kewangan 2


# Mengikut laporan semuanya baik,  semalam aku di Pasir Tumbuh,  Kelantan,  KFC sesak dengan manusia, PAS juga hebat di Kelantan.

Tetapi semua itu tidak bermakna,  perasuah perlu dikekalkan.

NO WONDER MUSUH BERSATU PANIK... KUBU KUAT UMNO BOCOR

Sangkaan BERSATU tidak mendapat tempat di Johor nyata meleset, teguran Sultan Johor ke atas Tun Dr Mahathir sedikit pun tidak terjejas.

Yang lebih sudu dari kuah hanyalah pemimpin umno yang panik dengan pengaruh BERSATU,  no wonder keputusan permohonan masih pending...

Kemunculan whatsaap group bagi setiap DUN dan Parlimen di Johor termasuk pro tem committee petanda kegigihan dan keazaman mereka mereka yang menyokong BERSATU, dari pemerhatian tidak dinafikan mereka majoritinya kumpulan yang tewas dalam pertandingan Bahagian.

Mekanisme menang menang semua dan kalah kalah semua menjadikan umno bermusuhan dengan ahli sendiri.

Pada asasnya mereka masih ahli umno tetapi jiwa dan raga sudah diserah pada BERSATU, mungkin sebab umno tidak sediakan borang PERMOHONAN MEMBATALKAN KEAHLIAN, mereka tidak berbuat demikian.

Dalam group group whatsaap ini nyata mereka sudah berpatah arang dengan umno,  tanpa segan silu mereka membuka pekung budaya pemimpin umno satu demi satu. Permusuhan yang nyata dengan umno.

Adalah sangat penting BERSATU tidak diluluskan sebaliknya pengunduran Najib perlu dipercepatkan bagi membolehkan pemimpin dan penyokong BERSATU dibawa balik semula ke pangkuan umno sebelum nasi menjafi bubur.

Semua ini hanya mampu dilakukan oleh Zahid Hamidi.

HAMPA PIKIAQ SENDIGHI BETUI KA TAK

Dalam akhbar cina hari ni ,kalau pandai beli baca " cina press" .muka depan atas sekali sebelah kanan masalah ekonomi malaysia   semakin terok dgn nilai matawang jatuh,harga brg semakin naik .mereka menasihati org ramai ikat perut dan berjimat tidak membeli barangan tidak perlu .
sedangkan akhbar melayu hanya menyiarkan hiburan,kemalangan,bom sana sini,dadah,dan lain2 yg remeh temeh melekakan melayu..mereka tidak menyiarkan tajuk demikian takut rakyat paknik.....
Semua jenis perniagaan terutama kain baju hilang pendapatan lebih 50℅ termasuk sogo.
Pusat perniagaan Nilai 3  di seremban sepi ,tokey besar pening...sumber dari tokey pakaian di pertama.
Bank dah pun mula tutup cawangan2 untuk kurangkan kos operasi. Mula2 Maybank kmdn CIMB dan kemudiannya pasti diikuti oleh bank2 lain. Ekonomi mungkin akan meleset lagi. Kalau dikaji ttg putaran ekonomi yang meleset setiap 10 tahun sekali memang kita sedang hampiri. 1988, 1998, 2008 dan kini 2018. Oleh itu para sahabat, pakailah kereta yang ada, duduklah rumah yang ada, tangguh melancong dulu sebab cash amat perlu ketika ekonomi tak menentu. Mungkin sbhgn simpan dalam bentuk emas. Nak beli rumah baru, tunggu sat, nanti dia akan jadi murah yang amat sangat. Masa tu belilah ....


```TESCO BAKAL MENINGGALKAN MALAYSIA```

*26hb Ogos*- Tesco bakal meninggalkan Malaysia menyusul seperti Pasaraya Carrefour yang meninggalkan Malaysia pada 2012. Disebabkan faktor ekonomi Malaysia yang tidak beberapa memberangsangkan kebelakangan ini dan cukai kerajaan yang semakin meningkat. Tesco Store Malaysia mengambil inisiatif VSS & MSS secara berperingkat-peringkat bermula dari Ibu Pejabat Utama (HQ) pada awal tahun ini dan pada peringkat Cawangan Setor yang telah dilaksanakan pada 23hb Ogos yang lalu.
     Tesco Store Malaysia Sdn Bhd yang dahulunya syarikat bersekutu Sime Darby Sdn Bhd sedang berbincang dengan beberapa syarikat peruncitan di negara ini tentang pembidaan jualan Setor-Setor Tesco di Malaysia. Pembidaan tersebut akan mengikut beberapa kategori setor yang berukuran Saiz 10K sehinggalah 3K. Untuk setakat ini telah ada beberapa setor di Zon Utara telah di jual kepada pembida namun ianya masih dirahsiakan berkenaan cawangan setor yang telah dijual.
       Untuk Tesco Express masih lagi dalam perbincangan dengan syarikat kedai runcit 24jam yang terkemuka di Malaysia dan sebuah lagi dari badan koprat peruncit Angkatan Tentera Malaysia (PERNAMA) tentang pembidaan cawangan Ekspress tersebut.
     Perancangan penstrukturan organisasi baharu yang dilakukan baru-baru ini adalah dalam peringkat pemantauan untuk melihat sama ada ianya mampu dilaksanakan oleh kakitangan dengan jumlah tenaga kerja yang semakin dikurangkan. Sekiranya ianya masih utuh bertahan, setor-setor yang berpotensi akan terus beroperasi sehingga diberitahu notis selanjutnya, manakala setor yang tiada potensi akan di buka untuk pembidaan kepada pesaing.
     Keputusan penilaian setor-setor yang berpotensi dan tidak berpotensi akan dibentangkan pada hujung tahun ini. Tesco Setor Malaysia mungkin bakal meninggalkan Malaysia selepas memperoleh keputusan pembentangan tahun kewangan yang selalunya dilakukan pada awal bulan Mac.
Sekian, Terima Kasih.

_Jurucakap Dalaman Komersial_
*Tesco Store Malaysia Sdn Bhd*



# Dalam satu lagi berita,  panjang sangat aku nak copy paste..ekonomi Malaysia akan collapse dlm masa 100 hari lagi kerana matawang ringgit akan menjunam...


PERCAYA ATAU TIDAK,  LANTAK HAMPA LE..
YANG PERCAYA... SIMPAN CASH DAN EMAS SERTA BARANG KEPERLUAN HARIAN


Zaki75
Ini aku kutip dari wassap group umno,  mereka sudah berani luah dan kritik pemimpin dan kerajaan.













Thursday, September 1, 2016

PUCUK DICITA ULAM. MENDATANG..


PAS atau lebih tepat Hadi yang sudah mula dianggap jadi teman karib,  teman sepermainan, sehidup semati kepada umno kini menjadi tamparan hebat bila Naib Presidennya berjaya mencuri buah pukul dengan mengucapkan tahniah kepada Rahman Dahlan atas pengakuannya MO1 adalah PM.

Apakah Hadi akan katakan itu pandangan peribadi Tuan Ibrahim atau sekadar menyatakan MO1 tidak terlibat dalam siasatan DOJ dan dengan itu PAS masih kekal sebagai "PENASIHAT"...

Apa yang pasti selepas ini seluruh pecacais dan macais akan dikerahkan untuk memburukan Tuan Ibrahim dan jangan terkejut dia juga akan digelar dapigs hahaha.. dan silap haribulan,  ada pula yang minta dia letak jawatan..

Persaolan seterusnya apakah kenyataan Rahman Dahlan sekadar pandangan peribadi atau arahan dari seseorang yang sedang mengukuhkan diri dalam parti (?)


Apapun,  perkembangan terkini menunjukan Jamal mungkin lebih bernasib baik dan cerah masa depan !!! Tak sia sia Jamal berbudi... 





TAHNIAH RAHMAN DAHLAN...




Yang lain?  Ada telor tapi kepit...