Friday, October 21, 2016

WAWASAN NEGARA MISKIN LAGI BERMASALAH 2020

BAJET 2017 KE ARAH NEGARA BERMASALAH 2020 DAN HANYA MAMPU PULIH 2050..

Corak bajet seumpama ini biasanya dibentangkan oleh kerajaan ala negara baru membangun tahun 1990an. Biasa dan tiada transformasi, ketandusan idea baru untuk membangunkan negara melainkan copy paste dan gula gula pilihanraya.

Peningkatan upah dedak akan menjadikan bajet ini akan diangkat terlaku tinggi oleh blongang,  pecacais dan macais dari status sebenarnya.

Bajet Berjiwa Rakyat?
Itu je lah idea yang ada,  di ulang ulang setiap tahun..
Kenapa tidak?
Bajet Pujuk Melayu Mudah Lupa.. Sedap sikit dengarnya
Bajet Minta Nyawa... Ada sedikit kelainan
Bajet Tutup Cerita..  Mungkin relevan


Wednesday, October 19, 2016

CUKUPKAH NILAI AKHLAK PEMIMPIN PAS UNTUK MEMBENTANGKAN RUU 355 DI PARLIMEN

Hari Pertama Persidangan di Parlimen - usul pembentangan berada pada No. 4.
Hari kedua, menurun ke nombor 7.
Bagaimana hari ketiga? 

Perlengahan ini merupakan satu anaran kepada PAS supaya jangan cuba cuba berbaik semula dengan pembangkang. 


Tuesday, October 18, 2016

ORANG MELAYU SUDAH SEDAR SIAPA HANTU SEBENAR...

Apa yang diperkatakan dibawah,  bukan pertama kali tapi aku anggap pendapat ini yang aku kutip dalan whatsapp group antara yang terbaik...

Nasib baiklah blogg ini tidak dibuka lagi kepada anon anon yang kaki maki, yang tinggal saki baki yang sudah kehilangan hujah...

....

MURAH PERJALANAN MAHAL PENGALAMAN

Tarian mata pena Cikgu Kamarul.....

ANTARA HANTU, CINA DAN MELAYU.

1. Petang kelmarin isteri saya begitu teruja sekali apabila menerima berita gembira bahawa anak kami yang berusia 14 tahun telah berjaya dalam ujibakatnya untuk menjadi anggota kumpulan choir Manchester United.

"Tak sangka anak Malaysia  yang jauh merantau akhirnya berjaya diterima oleh pasukan hebat dunia!", kata isteri saya. Saya hanya tersenyum dan menjawab "Di England tak ada hantu." Jawapan saya membuatkan isteri saya mengerutkan dahinya lalu berkata "Apa kena mengena Manchester United dengan hantu?"

Ramai yang tidak sedar bahawa Melayu sering ditakutkan hantu sejak beribu tahun. Ramai ibubapa yang sering menakutkan anak mereka dengan ungkapan 'hantu'. Ungkapan paling biasa adalah "Jangan keluar! Ada hantu!" Sejak kecil anak-anak Melayu ditakutkan dengan benda yang tak nampak. Lama kelamaaan anak-anak ini membesar dan takut kepada hantu walaupun tak pernah melihat hantu dengan mata mereka sendiri. Melayu tak berani untuk mencuba sesuatu lain daripada yang lain kerana telah ditanamkan dengan sifat negatif  yang tidak disedari oleh ibubapa mereka sendiri.

2. Apabila Melayu menjinakkan diri mereka ke dalam dunia politik, perkara pertama yang ditanam ke dalam otak mereka ialah "Sokonglah UMNO, kalau tidak, pasti Cina akan memerintah negara ini dan Melayu akan merempat di negara sendiri". Sekali lagi Melayu ditakutkan dan kali ini bukan pada hantu tetapi kepada Cina. Berpuloh tahun Melayu takut pada Cina sedangkan yang menggadaikan negara ini adalah bangsa mereka sendiri dari kalangan pemimpin UMNO. Cina menjadi mangsa kepada ketakutan bangsa Melayu. Cina hanya sebahahian daripada rakyat negara ini. Seperti Melayu,  orang Cina juga mengharapkan kemakmuran kehidupan di negara ini.  Melayu sudah lama dibodohkan oleh UMNO dengan membiarkan pemimpin mereka menjadi kaya raya sedang rakyat menjadi miskin sentiasa.

3. Orang Melayu tidak sedar bahawa ramai di kalangan pemimpin UMNO adalah hantu sebenarnya. Berapa ramai Melayu yang berpotensi diketengahkan oleh mereka? Yang berjaya bukannya yang berkebolehan tetapi yang menjadi kroni kepada pemimpin. Mereka 'merompak' wang negara dan hidup bermewah mewah sedang rakyat hidup dalam kesusahan.

Lupakan hantu! Jangan takut kepada Cina! Durjana sebenar ada di depan mata.

Melayu perlu belajar untuk terbang tinggi dengan menguburkan UMNO.

Monday, October 17, 2016

PM SANGAT LAYAK PRESIDEN FAM

PM LAYAK JADI PRESIDEN– RAJA AHMAD



Bekas Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar mencadangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengambil alih kerusi No. 1 badan induk tersebut pada penggal seterusnya.

Jelasnya, cadangan tersebut selari dengan sejarah Presiden FAM yang menyaksikan Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan juga bapa Najib, Tun Abdul Razak Hussein pernah memegang jawatan tersebut.

Tambah beliau, Najib menepati kredibiliti untuk mengisi jawatan itu menerusi pengaruh besarnya, sekali gus dapat me­leraikan kemelut dalam FAM.

“Bagi saya Presiden FAM perlu orang yang berpengaruh. Apa salahnya kalau kita tawarkan kepada Perdana Menteri.

“Terpulang kepada beliau sama ada bersetuju untuk dicalonkan atau tidak. Sebab bola sepak adalah ibu segala sukan.

“Kita dahulu pun pernah ada bekas Menteri Belia dan Sukan, Tan Sri Hamzah Abu Samah menjadi Pre­siden FAM (tahun 1976-1983). Pada waktu itu beliau dibenarkan oleh Kabinet untuk meme­gang jawatan, tetapi sekarang dah tak boleh.

“Bagi saya Datuk Seri Najib seorang tokoh yang hebat, dia boleh bagi semangat dan motivasi kepada pemain dalam usaha mengembalikan martabat bola sepak negara,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mengulas lanjut, Raja Ahmad Zainuddin berkata, wakil ahli gabungan badan induk itu boleh menamakan sesiapa sahaja untuk bertanding dalam pemilihan FAM walaupun calon tersebut di luar kuasa bola sepak negara, asalkan ia mendapat sokongan.

“Boleh sahaja orang yang tiada kena mengena dalam FAM dicalonkan. Malah, dalam peraturan FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) juga tidak salah.

“Yang menjadi masalah adalah jika kerajaan masuk campur sehingga mengganggu kelancaran urusan bola di sesebuah negara,” katanya.

Beliau berkata demikian setelah diminta mengulas berhubung kerancakan menjelang pemilihan anggota EXCO baharu badan induk itu bagi sesi 2017-2021 yang dijangka diadakan pada Januari tahun depan.

Antara nama yang disebut-sebut untuk mengisi jawatan Presiden FAM adalah pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim; Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa dan dua lagi tokoh korporat, Tan Sri Tony Fernandes serta Datuk Seri Idris Jala.

SENGAL OTAK MEMIKIRKANNYA





Pengarah Air Sabah dibebaskan dengan ikat jamin 👉RM500ribu padahal melibatkan lebih RM100juta...

Dato Seri Vida pulak diikat jamin 👉RM1juta tapi hanya  melibatkan cukai RM4juta...

Kes mungkin berbeza tapi 👉Dato Vida tidak mencurik
cuma dituduh tidak membayar cukaijer
sedangkan 👉Pengarah Air Sabah terang2 mencurik ,Rasuah,merompak dan menyamun wang rakyat...
 tapi cuma perlu membayar 1/2 jer dari apa yg Dato Vida perlu bayar...

Pelik tapi betol , ini undang2 kat Malaysia..
...
Sbb  tu  negara  ni  kaya,   rakyat  ramai  yg miskinnn...
Negara  kaya...nilai  matawang  menjunamm  jatuhh....
Negara  kayaaa..mengkayakann  pemimpin2  yg rasuahh,

Mereka  Berkuasaaa ,,dan teruss  berkuasaa  sbb
Rakyat  dan  hampaa yg  menyokong mereka...

Sesapa  yg  sokong  pemimpin  yg  zalim, yg rasuah,ya jahatt ni,
Pasti  mendapat  murka  dan  laknat  dri  Allah azwjlla...

Via rizal hakim



# istimewanya 500,000 tanpa deposit,  best nyerrrr,  sekadar  2 penjamin.

Sunday, October 16, 2016

TUGASAN BARU UNTUK PANG5 JAWAB



Meneliti setiap patah kata Tun,  musuh pasti tidak dapat berdiam diri,  kena jawab,  kena spin,  kena kerah segala balaci,  pemakan dedak tetap atau sambilan untuk sama sama menggempur dan menjawab,  jawab lah apa sahaja asalkan boss rasa bahagia..

Agaknya siapa yang berani berdebat dengan Tun (?) secara langsung,  face to face...
Tun bukan pemidato hebat,  slow.. Tak pandai tunjuk  sana tunjuk sini,  pusing badan kiri kanan....

*"Ada orang fanatik parti. Saya fanatik perjuangan. Bila parti tak betul, saya keluar"*kata YBHG TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

Kita berjuang, *kita tak boleh ikat dari kepada parti, tapi ikat kepada perjuangan.* Kalau parti tidak lagi ikut prinsip perjuangan, kita tinggal parti itu.

Saya rasa yang sokong Umno sekarang bukan sokong parti. Tapi sokong Najib. Mungkin sebab Najib banyak dedak bagi penuh mulut.

1MDB bukan untuk bisnes, tapi untuk curi duit. Sebab Najib kata cash is king. Pemimpin-pemimpin disogok. Dia nak kekal pada setiap kali pilihan raya.

*Rasuah, sogok diharamkan oleh agama.* Tapi Najib tak peduli semua itu. Pada pilihan raya akan datang Najib akan suap kepada siapa yang boleh.

Najib hina orang Melayu. Dia ingat Orang Melayu ini boleh disogok. Saya tak fikir Orang Melayu sekarang macam ini. Orang Melayu sekarang sudah matang, tahu halal haram.

Himpunan Bersih di negara kita aman. Senyap sahaja. Cuma pakai baju kuning.

Saya dah dapat baju kuning. Saya pun nak hadir sama. Sebab Bersih itu aman.

Maka datanglah baju merah Jamal ni tendang peserta Bersih. Mereka sengaja nak cari gaduh. *Supaya Najib boleh isytihar kawasan keselamatan.* Dia boleh tangkap orang.

Tapi orang Bersih baik. Tidak melawan. Saya harap orang Bersatu pun jangan pakai baju merah hari tu. Kita pakai baju kuning.

Kita keluar beramai-ramai bersama PKR, DAP, AMANAH.

Penyokong Najib, Salleh Keruak kata hapuskan legasi saya. Nak tebang KLCC. Saya nak cakap, JPM saya yang buat dulu. Rumah Perdana Menteri tu pun saya buat dulu.

*Saya kata terang-terang Najib curi duit. Dia belum lagi nak saman saya.* Tindakan Najib ini sangat luar biasa.

Tun Mahathir
16 Oct 2016

MENTALITY TO SURVIVE

Anak Sulung : PHD
Anak Kedua  : Ijazah
Anak Ketiga  : Diploma
Anak Bongsu : Perompak

Jiran : Kenapa kau tak  halau saja anak bongsu kau dari rumah?

Bapa : Dia sorang saja yang cari duit. Yang lain belum ada kerja..😂😂

life Science - Anda Sedang Dialisis (?)

  Berita baik untuk mereka yang dialisis dan 3 Serangkai, Produk dari Farmasi Jepun akan berada di pasaran Malaysia mulai Jun 2024. Kemampua...