PM LAYAK JADI PRESIDEN– RAJA AHMAD
Bekas Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar mencadangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengambil alih kerusi No. 1 badan induk tersebut pada penggal seterusnya.
Jelasnya, cadangan tersebut selari dengan sejarah Presiden FAM yang menyaksikan Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan juga bapa Najib, Tun Abdul Razak Hussein pernah memegang jawatan tersebut.
Tambah beliau, Najib menepati kredibiliti untuk mengisi jawatan itu menerusi pengaruh besarnya, sekali gus dapat meleraikan kemelut dalam FAM.
“Bagi saya Presiden FAM perlu orang yang berpengaruh. Apa salahnya kalau kita tawarkan kepada Perdana Menteri.
“Terpulang kepada beliau sama ada bersetuju untuk dicalonkan atau tidak. Sebab bola sepak adalah ibu segala sukan.
“Kita dahulu pun pernah ada bekas Menteri Belia dan Sukan, Tan Sri Hamzah Abu Samah menjadi Presiden FAM (tahun 1976-1983). Pada waktu itu beliau dibenarkan oleh Kabinet untuk memegang jawatan, tetapi sekarang dah tak boleh.
“Bagi saya Datuk Seri Najib seorang tokoh yang hebat, dia boleh bagi semangat dan motivasi kepada pemain dalam usaha mengembalikan martabat bola sepak negara,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Mengulas lanjut, Raja Ahmad Zainuddin berkata, wakil ahli gabungan badan induk itu boleh menamakan sesiapa sahaja untuk bertanding dalam pemilihan FAM walaupun calon tersebut di luar kuasa bola sepak negara, asalkan ia mendapat sokongan.
“Boleh sahaja orang yang tiada kena mengena dalam FAM dicalonkan. Malah, dalam peraturan FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) juga tidak salah.
“Yang menjadi masalah adalah jika kerajaan masuk campur sehingga mengganggu kelancaran urusan bola di sesebuah negara,” katanya.
Beliau berkata demikian setelah diminta mengulas berhubung kerancakan menjelang pemilihan anggota EXCO baharu badan induk itu bagi sesi 2017-2021 yang dijangka diadakan pada Januari tahun depan.
Antara nama yang disebut-sebut untuk mengisi jawatan Presiden FAM adalah pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim; Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa dan dua lagi tokoh korporat, Tan Sri Tony Fernandes serta Datuk Seri Idris Jala.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
WORLDCOIN dan AI
PERKENALAN Businesses that integrate World ID. On the other hand, World ID can lend a hand in reducing fraud, minimising data collection an...
-
Plan 'Investment' dalam Aurawave2u lebih selamat dan sihat , TIADA OVERPAID - dapatkan maklumat di www.mudahkaya01.bl...
Betullah tu. Sebab PM Najib telah buktikan dia mampu kutip derma berbilion-bilion. Kalau begitu lepas ni FAM tak yah risau bab duit lagi. Derma banyak masyuk..
ReplyDeleteOoops lupa plak.. Derma masyuk akaun sendiri..
Betullah tu. Sebab PM Najib telah buktikan dia mampu kutip derma berbilion-bilion. Kalau begitu lepas ni FAM tak yah risau bab duit lagi. Derma banyak masyuk..
ReplyDeleteOoops lupa plak.. Derma masyuk akaun sendiri..