Tuesday, October 18, 2016

ORANG MELAYU SUDAH SEDAR SIAPA HANTU SEBENAR...

Apa yang diperkatakan dibawah,  bukan pertama kali tapi aku anggap pendapat ini yang aku kutip dalan whatsapp group antara yang terbaik...

Nasib baiklah blogg ini tidak dibuka lagi kepada anon anon yang kaki maki, yang tinggal saki baki yang sudah kehilangan hujah...

....

MURAH PERJALANAN MAHAL PENGALAMAN

Tarian mata pena Cikgu Kamarul.....

ANTARA HANTU, CINA DAN MELAYU.

1. Petang kelmarin isteri saya begitu teruja sekali apabila menerima berita gembira bahawa anak kami yang berusia 14 tahun telah berjaya dalam ujibakatnya untuk menjadi anggota kumpulan choir Manchester United.

"Tak sangka anak Malaysia  yang jauh merantau akhirnya berjaya diterima oleh pasukan hebat dunia!", kata isteri saya. Saya hanya tersenyum dan menjawab "Di England tak ada hantu." Jawapan saya membuatkan isteri saya mengerutkan dahinya lalu berkata "Apa kena mengena Manchester United dengan hantu?"

Ramai yang tidak sedar bahawa Melayu sering ditakutkan hantu sejak beribu tahun. Ramai ibubapa yang sering menakutkan anak mereka dengan ungkapan 'hantu'. Ungkapan paling biasa adalah "Jangan keluar! Ada hantu!" Sejak kecil anak-anak Melayu ditakutkan dengan benda yang tak nampak. Lama kelamaaan anak-anak ini membesar dan takut kepada hantu walaupun tak pernah melihat hantu dengan mata mereka sendiri. Melayu tak berani untuk mencuba sesuatu lain daripada yang lain kerana telah ditanamkan dengan sifat negatif  yang tidak disedari oleh ibubapa mereka sendiri.

2. Apabila Melayu menjinakkan diri mereka ke dalam dunia politik, perkara pertama yang ditanam ke dalam otak mereka ialah "Sokonglah UMNO, kalau tidak, pasti Cina akan memerintah negara ini dan Melayu akan merempat di negara sendiri". Sekali lagi Melayu ditakutkan dan kali ini bukan pada hantu tetapi kepada Cina. Berpuloh tahun Melayu takut pada Cina sedangkan yang menggadaikan negara ini adalah bangsa mereka sendiri dari kalangan pemimpin UMNO. Cina menjadi mangsa kepada ketakutan bangsa Melayu. Cina hanya sebahahian daripada rakyat negara ini. Seperti Melayu,  orang Cina juga mengharapkan kemakmuran kehidupan di negara ini.  Melayu sudah lama dibodohkan oleh UMNO dengan membiarkan pemimpin mereka menjadi kaya raya sedang rakyat menjadi miskin sentiasa.

3. Orang Melayu tidak sedar bahawa ramai di kalangan pemimpin UMNO adalah hantu sebenarnya. Berapa ramai Melayu yang berpotensi diketengahkan oleh mereka? Yang berjaya bukannya yang berkebolehan tetapi yang menjadi kroni kepada pemimpin. Mereka 'merompak' wang negara dan hidup bermewah mewah sedang rakyat hidup dalam kesusahan.

Lupakan hantu! Jangan takut kepada Cina! Durjana sebenar ada di depan mata.

Melayu perlu belajar untuk terbang tinggi dengan menguburkan UMNO.

8 comments:

  1. meracau ke?
    hantu tun m kut yg duk hasut selama ni..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anda salah seorang dari yg menjadi mungkin hantu agaknya.... tidak boleh berfikir antara realiti dan fantasi dalam dunia moden. Allah telah memberikan anda nikmat akal buat anda berfikir dan tahu membezakan antara yang baik dan yang buruk. Gunakan akal dengan sebaiknya kerana anda akan dihakimi Allah kemudian nanti. Wallahualam...

      Delete
  2. Dah 60 tahun melayu di bodohkan olih UMNO, kini UMNO mahu rakyat menghalalkan pencurian n perompakan pulak. Cukup cukup lah..bawa bertaubat.

    ReplyDelete
  3. luah mati emak.. ditelan mati bapak! Takut anak-anak dek salah pilih dan hasutan t selepas tu mati kelaparan!!!!

    ReplyDelete
  4. Bukan UMNO atau PAS atau PIBUMI yang bodoh, tetapi orang Melayu. Sangat riak dalam hal agama dan suka tunjuk lebih alim dari orang lain!. Namun apabila Allah uji dengan memberi sedikit peluang, samada kuasa, wang, atau kedudukan, orang Melayu sangat mudah jadi tamak!!!! lupa diri! hilang pertimbangan!! Analisalah semua kes Melayu bermasalah!!!! memang bangsa yang suka berselindung dibalik agama! Hakikatnya perbuatan orang Melayu sekarang menghampiri Munafik!! Allah jua yang memberi bala!!!

    ReplyDelete
  5. Hantu kat Malaysia ni ada byk. Tapi bapak segala hantu disini adalah si mamak tua nak mampos. Bak kata..."Tun Mahathir merupakan punca kepada masalah di negara ini, pada ketika ini. Beliau tidak mempunyai hak untuk campur tangan dalam negeri saya. Saya tidak akan bertolak ansur dengan sikap beliau," titah Sultan Johor.


    Tak dapat disangkal lagi...KAHKAHKAH...

    ReplyDelete
  6. Hanya UMNO yang mampu memartabatkan bangsa Melayu dan bumiputera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu dulu dah tinggal kenangan.Umno sekarang dah jadi kuda tunggangan untuk pemimpin mencari kekayaan Tampa mengira halal atau haram

      Delete

WORLDCOIN dan AI

PERKENALAN  Businesses that integrate World ID. On the other hand, World ID can lend a hand in reducing fraud, minimising data collection an...