Tuesday, May 22, 2018

ALHAMDULILLAH SATU DEMI SATU MULA DISIASAT..



Kerajaan baru yang dulunya pembangkang sering menuduh pemimpin umno dan bn korup perlu memastikan tuduhan² tersebut ada asas, bukan semata mata palsu dan umpan untuk menang PRU.

Jefrey Kitingan,  Musa Aman,  Azeez Baling sudah dalam siasatan selain Najib.

Masih begitu banyak di luar sana bebas mewah.

MASIH LAYAK KAH MELAYU JADI NO. 1

Pengalaman di era Najib dan hasil serbuan di rumahnya walaupun belum tahu secara terperinci dan ditambah pula lagi dengan story Ketua Pesuruhjaya SPRM uang baru, sesuatu yang diluar jangkaan dan terfikir pula masihkah layak Melayu menerajui negara? 

Di mana adab Melayu dan Islam kita? 


BUKAN SETAKAT NAJIB, JANGAN BIARKAN MEREKA YANG LAIN BEBAS DAN MEWAH...


Sesuatu yang rakyat jangan cepat terpedaya tentang kekalahan BN adalah sekadar kekalahan parti dan mereka² yang hilang jawatan. 

Tetapi tidak seorang pun dari mereka termasuk pemimpin² di peringkat bahagian tiba² miskin di atas kekalahan tersebut. 

Menyorot sejarah,  berdasarkan ucapan Ku Li,  setiap Ketua Bahagian disogok ketika isu panas melanda umno dan ketika Mubyiddin dipecat. Semua KBU dipanggil dan dikumpulkan.. 

Bukankah secara terbuka beberapa Menteri dan Ketua Bahagian membuat pengakuan secara terbuka? 

Menjelang PRU setiap Bahagian juga diperuntukan "jutaan" tanpa had asalkan boleh mendatangkan kemenangan.. 
Lazimmya tidak sampai separuh dibahagi bahagikan untuk jentera pilihanraya... Lebihnya? 

Kerajaan sekarang tidak wajar fokus kepada dua tiga kepala penyamun sahaja kerana ratusan lagi juga menikmatinya secara haram.. Dan duit itu sebahagiannya akan digunakan untuk bangkit semula dan serang kerajaan. 

Mulakan siasatan dengan bekas PM,  bekas TPM, setiap bekas Menteri, setiap bekas Timbalan Menteri,  setiap bekas MB, setiap Ketua Jabatan yang berkaitan dan ramai lagi...

Tidak wajar penjenayah² ini dibiar bebas mewah. 

LEPAS *BUGIS TAKKAN NAK DIGANTI DENGAN *JAWA TOTOK


Muka² penyamun termasuk yang akan kena dipanggil SPRM takkanlah nak dijadikan ketua lagi. 

Kekadang penyamun belum lagi dibuktikan di mahkamah sebagai penyamun sudah boleh dipanggil penyamun - mahkamah rakyat. 



#How about rosyam nor or mat over? And dont forget AAA. 

HERO UMNO KENA TANGKAP


SIAPA YANG TERLONDEH?


SPRM DESAK NAJIB DIGANTI, HANYA 3 MENTERI BERANI YANG LAIN TAKUT

Putrajaya, 22 Mei 2018: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdullah mendedahkan beliau bersama dengan bekas 'bosnya' Tan Sri Abu Kassim Mohammed pernah bertemu dengan Menteri Kabinet dan Majlis Raja-Raja untuk mendesak agar Datuk Seri Najib Razak digantikan sebagai Perdana Menteri selepas mereka menemui bukti berlakunya penyelewengan yang membabitkan skandal 1MDB. 

Menurut beliau, inisiatif mengadakan pertemuan itu dilakukan oleh Abu Kassim yang ketika itu menjawat jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM. 

"Kami berpecah untuk bertemu dengan semua menteri, merayu dan meminta supaya buang dan gantilah Najib dengan orang lain dengan Zahid ke, Hishamuddin ke, sebab jumlahnya terlalu besar, RM2.6 bilion. 




"Daripada semua menteri yang kami temui, hanya tiga sahaja yang berani bersuara iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Yang lain semua takut. 

"Sekarang apabila sudah tidak jadi menteri, ada yang telefon saya dan kata, 'kalau saya dengar cakap kamu dulu, pasti tidak akan jadi begini'.." katanya. 

Selepas pertemuan itu gagal membuahkan hasil, Shukri dan Abu Kassim mengambil inisiatif untuk berjumpa dengan Majlis Raja-Raja dan memohon masalah 1MDB itu dinilai dan gantikan Najib sebagai Perdana Menteri. Namun usaha itu juga menemui kegagalan. 

Dalam sidang media yang diadakan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya hari ini, Shukri menjelaskan Najib tidak akan ditangkap pada hari ini, sebaliknya hanya merekodkan kenyataan Najib berkaitan kes penyelewengan SRC International Sdn Bhd, anak syarikat 1MDB, sejak 2015. 

"Siasatan SPRM pada masa ini hanya berkaitan kes SRC sahaja dan isu 'derma' RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya (Najib) akan dikenalikan oleh pasukan khas siasatan 1MDB," katanya. 

Shukri juga mengakui dia tidak gembira menerima semula jawatan tertinggi itu, namun demi tanggungjawab kepada negara, beliau menerima tugas itu selepas ditawarkan oleh Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad.

Monday, May 21, 2018

NAK TANYA SATU SOALAN, KITA KITA YANG ISLAM INI KEKURANGAN KE KALAU PAS TIADA..

Lupa sekejap cerita Najib yang sedang bergelut dengan skandalnya, dah jenuh diingatkan,  bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru dan kemana lagi tupai mahu melompat. .




....
Sultan dan Raja² Melayu serta SPB Agong adalah ketua ugama Islam bagi Negeri² yang ditadbir melalui Majlis Agama Islam masing²..beserta prgawai² yang ditauliahkan Mufti,  Kadi dan sebagainya. .

Di mana kita mula² belajar tentang Islam. .
Masing² ada pengalaman dan kronologi.. 
Hinggalah ke hari ini,  beristeri beranak cucu.. 

Banyak lagi.. 

Kita ini tak ada brain ke?  Tak cukup ke ustaz dan ceramah² yang mengjar kita hingga perlu kepada PAS. 

Tetapi soalannya,  apa peranan PAS dalam soal Islam dan iman kita? 
Sebagai contoh.. Negeri Johor tanpa pernah ada sentuhan PAS dalam soal pentadbiran.. Apakah Islam mereka tidak sama dengan Islam di Kelantan (?)

Apakah pemimpin² Melayu dan Islam yang bukan PAS dan ada yang jadi pemerintah yidak Islamic semata mata kurang bercakap tentang Islam.  
Apakah Islam itu pada cakap?  Atau pada amalnya? 




Apakah PDRM,  ATM,  SPRM,  Bank Negara sebagsi contoh adalah institusi yang tidak Islamic? 
Apakah Parlimen itu bercanggah dengan Islam. 

Jika jawapannya,  lebih banyak selari dengan Islam jadi apa kalutnya PAS hingga perlu melabel,  maki hamun dan mengkafirkan? 

Atau PAS hanya copy paste edit apa yang dilaksanakan kerajaan?
Lembu punya susu sapi (iPAS) dapat nama.. 





# PAS akan menjadi lebih baik dari sekarang jika memastikan ia sebuah parti politik yang menunjukan urus tadbir negeri yang lebih cemerlang, lebih pada kerja dan pencapaian kerja,  menjaga akhlak dan amanah.  
Jika itu dapat dilaksanakan,  insyaAllah rakyat akan berebut rebut menyokong PAS tanpa perlu melabel,  menuduh, memburuk dan doa laknat pada orang lain. 


life Science - Anda Sedang Dialisis (?)

  Berita baik untuk mereka yang dialisis dan 3 Serangkai, Produk dari Farmasi Jepun akan berada di pasaran Malaysia mulai Jun 2024. Kemampua...