Tuesday, May 22, 2018
SIAPA YANG TERLONDEH?
SPRM DESAK NAJIB DIGANTI, HANYA 3 MENTERI BERANI YANG LAIN TAKUT
Putrajaya, 22 Mei 2018: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdullah mendedahkan beliau bersama dengan bekas 'bosnya' Tan Sri Abu Kassim Mohammed pernah bertemu dengan Menteri Kabinet dan Majlis Raja-Raja untuk mendesak agar Datuk Seri Najib Razak digantikan sebagai Perdana Menteri selepas mereka menemui bukti berlakunya penyelewengan yang membabitkan skandal 1MDB.
Menurut beliau, inisiatif mengadakan pertemuan itu dilakukan oleh Abu Kassim yang ketika itu menjawat jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM.
"Kami berpecah untuk bertemu dengan semua menteri, merayu dan meminta supaya buang dan gantilah Najib dengan orang lain dengan Zahid ke, Hishamuddin ke, sebab jumlahnya terlalu besar, RM2.6 bilion.
"Daripada semua menteri yang kami temui, hanya tiga sahaja yang berani bersuara iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Yang lain semua takut.
"Sekarang apabila sudah tidak jadi menteri, ada yang telefon saya dan kata, 'kalau saya dengar cakap kamu dulu, pasti tidak akan jadi begini'.." katanya.
Selepas pertemuan itu gagal membuahkan hasil, Shukri dan Abu Kassim mengambil inisiatif untuk berjumpa dengan Majlis Raja-Raja dan memohon masalah 1MDB itu dinilai dan gantikan Najib sebagai Perdana Menteri. Namun usaha itu juga menemui kegagalan.
Dalam sidang media yang diadakan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya hari ini, Shukri menjelaskan Najib tidak akan ditangkap pada hari ini, sebaliknya hanya merekodkan kenyataan Najib berkaitan kes penyelewengan SRC International Sdn Bhd, anak syarikat 1MDB, sejak 2015.
"Siasatan SPRM pada masa ini hanya berkaitan kes SRC sahaja dan isu 'derma' RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya (Najib) akan dikenalikan oleh pasukan khas siasatan 1MDB," katanya.
Shukri juga mengakui dia tidak gembira menerima semula jawatan tertinggi itu, namun demi tanggungjawab kepada negara, beliau menerima tugas itu selepas ditawarkan oleh Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
BRIM bagipun berperingkat, slow macam siput babi, amaun ciput, tangguh satu hari ke satu hari, perlancaran belanja ratus ribu setakat n...
-
Sesuai sangatlah PRU kali ini kubur pas dan umno bersebelahan - berjiran. Dulunya kapir mengkapir, sembahyang dua imam, cerai berai, kendu...
-
KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI ...
Kpd nenteri umno yg kalah tak guna cakap.lagi..nasi dah jadi bubur basi...
ReplyDeleteDulu mentri2 percaya cash is king sangat berkuasa boleh beli kuasa...sekarang baru tau cash not always the king...
Ada macaii najib berhujah kenapa shukri perlu sebut raja2..org melayu sensitif bila sebut raja2 kata macaii najib..ada yg mengatakn keluarga shukri nii penyokong totok pas dikedah..😠☺😊😀😁😂😃
ReplyDeleteAlangkah hebatnya hari SELASA..
ReplyDeleteHari ini 22 May, 2018:
Wan Azizah lapor diri di JPM.
Muhyiddin lapor diri di KDN
Mohamad Sabu lapor diri di KEMENTAH
Lim Guan Eng lapor diri di MOF
Zuraida Kamaruddin lapor diri di KPKT
Maszlee Malik lapor diri di MOE
Salehuddin lapor diri di MOA
Rina Haron lapor diri di KPLB
Gobind Singh lapor diri di RTM
Najib lapor diri di SPRM
This comment has been removed by the author.
DeleteCuma nak dengar Najib lapor ke Sungai Buluh Inn saja.
Deletegoreng tanpa tunjuk bukti dan fakta betul macam filem hindustan daaaa...
ReplyDeleteu turn sambil keluar air mata buaya apa laaa
budaya u turn memang dikenali oleh puak PH ni. angkat bakul sendiri la.
So, apa isunya
DeleteKikikikiki
Ada mata tapi buta, ada telinga malangnya pekak, ada mulut sayangnya bisu pulak - elok pergi mampus aja dari hidup buat perabih beraih.
Delete
Delete1.13, tiada siapa dapat menolong kamu. Teruskanlah kesesatan kamu itu. Kamu ini kes denial syndrome yang sangat teruk.
Nak bukti amendanye...bukti dlm mahkamah nanti...fbi dah tunjuk bukti money trail...
DeleteOrg 1:13 lah pengkhianat umno yg sebenar. Tanpa manusia seperti ini umno takkan tumbang. Kalau umno masih tak sedar dan bergantung harap pd pelahap dedak ini, umno takkan ke mana.
Deletekalau tak bongkar skandal pemimpim sanjungan awak tu , jadi bodoo boleh dijelaskan , apabila telah dibongkar tapi masih bodoo boddo tu bodoo betul
DeleteSemoga Allah memberi kekuatan dan pahala yang besar kepada Dato Shukri dan juga orang-orang yang berjuang menentang penyelewangan dan pengkhianatan yang dilakukan oleh Najib dan konco-konconya.
ReplyDeletePercayalah segala usaha kalian tidak akan sia-sia. Ada pahala yang sangat besar menanti di sana nanti.
Anda semua benar-benar hero rakyat dan hero negara.
Najib dan UMNO tidak akan berdiam diri dan akan bertindak balas dengan mencari sekutu khianat mereka untuk mendapatkan balik kekuasaan.
Sekiranya mereka berjaya sekalipun, percayalah bahawa kejayaan mereka melalui pintu belakang tersebut adalah petanda bahawa mereka akan mengalami kekalahan total tidak lama selepas itu.
Kebenaran tetap akan menang di atas kebathilan. Ia adalah sunnatullah yang telah dijanjikan dan Allah sesekali tidak akan memungkiri janjiNya.
BAYANGKAN, BAYANGKAN, BAYANGKAN....
ReplyDeleteSeperti yang kita memang sedia maklum sebelum ini, jumlah beg mengandungi wang tunai yang dirampas oleh pihak polis daripada tiga kondo mewah yang dipercayai ada kaitan dengan Najib Razak ialah berjumlah 72 beg.
Menurut sebuah akhbar milik UMNO iaitu Berita Harian, sehingga semalam, 11 beg sudah selesai menjalani proses pengiraan dan ia didapati mengandungi puluhan juta ringgit wang tunai di dalamnya.
Bermakna ada 61 beg lagi belum dikira untuk diketahui apa dan berapa jumlah isinya.
Berapakah puluhan juta dalam 11 beg itu?
Puluhan juta bermakna jumlahnya mungkin RM10 juta, RM30 juta atau barangkali juga RM90 juta.
Sehingga tidak melebihi RM100 juta, bahasa mudahnya tetap disebut puluhan juta.
Sebuah lagi akhbar milik UMNO, Kosmo yang berada di bawah naungan Utusan pula melaporkan, penemuan jumlah wang tuai dalam 11 beg itu ialah kira-kira RM100 juta.
Makk oiii...banyaknya!!
Pernahkah makcik Felda atau penerima BR1M melihat jumlah wang sebanyak itu?
Najib ialah bekas Presiden UMNO dan bekas Perdana Menteri daripada UMNO, maka laporan daripada akhbar milik UMNO sendiri mengenai pemilikan wang tunai yang dikaitkan dengan beliau tentu saja sukar untuk disangsikan
Dulu shukri dan pegawai2 sprm dikerjakan teruk oleh najib melalui.polis pencen khalid...
ReplyDeleteSkarang giliran sprm plak kerjakan najib dan khalid polis
pencen...padan muka...roda sudah berputar...
Akhirnya gunting dalam lipatan mengaku sudah..ni la dia pengkhianat negara..mereka cerita demi penuhkan nafsu seseorang
ReplyDeleteCerita yg sebenar...walo pedih...
DeleteRindu zmn najib..tenang dan damai dgn rahmat allah.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteSkarang kepala lagi tenang...harga barang tak melambong lepas pru mcm zaman najib...minyak tak naik dah...kalo najib menang harga minyak 2.40 seliter...
Delete0% gst mulai 1 jun...tol akan turun ....raya ni balik kampong dengan tenang tak serabut kepala...ade wang lebih dikit untuk kasi mak bapak...hebat PH..
Kalau mcm tu ambiklah najib sbg tokong kau.
DeleteAnon 1:38, kamu sindir Allah?
DeleteNau'uzubillah..
Kapla jemaah prompak pon dapat rahmat Allah?...dapat seruan setan...
Deletemungkin dia rindu naik jet dgn mak badak kot cuma segan nak kasi tahu..tak gitu cai 1.38.
DeleteHanye 3 mentri saja yg ade tulur?...husni dah u turn tapi silap u turn...
ReplyDeleteMenteri melayu memang gitu nak jaga periok nasi isi tembolok dan buncitkan perut...
Sama sama kita tunggu episode seterusnya...Mari kita tenguk siapa yg kena.(40 0rg.penyamun..ali baba) spt perpatah :mark qeen "Clever clever squirrel jumps at last fall on the ground" Ha....ha..ha..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteCukup hina mereka yang diberi amanah menjaga rakyat tetapi mengkhianatinya.
ReplyDeleteBagi alamat fb kd.
DeleteNasib ko lah husni HANATzlah..dh ltk jawatan ko u turn ikot najib balik..jadi pengangur terus..dulu kAta nk dalami agama mungkin nii lah kesempatan baik yg tuhan bagi wahaii husni hanatzlah..😊😀😁😂😃
ReplyDeleteMenteri kewangan: 1MDB tipu! 'Bail out' hampir RM7 bilion
ReplyDeleteAlyaa Alhadjri
22 Mei 2018, 5:03 petang (Dikemaskini 22 Mei 2018, 5:36 petang)
Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini mendedahkan bahawa 1MDB menerima hampir RM7 bilion dalam bentuk "bailout" daripada kerajaan BN sebelum ini.
Lim berkata ini bertentangan dengan dakwaan 1MDB bahawa syarikat itu mampu membayar hutangnya daripada penstrukturan semula.
"Berdasarkan senarai bayaran oleh Kementerian Kewangan (MOF) bagi pihak 1MDB adalah berjumlah RM6.98 bilion.
"Jumlah ini termasuk bayaran yang dibuat kepada IPIC sebagai sebahagian daripada perjanjian penyelesaian berjumlah RM5.05 bilion.
"Ini mengesahkan kecurigaan orang ramai bahawa 1MDB sebenarnya telah menipu rakyat Malaysia dengan mendakwa mereka dibayar melalui 'amalan rasionalisasi yang berjaya'.
"Walhal selama ini MOF yang telah melakukan bail out kepada 1MDB," katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.
Pendedahan Lim dibuat pada hari pertamanya melaporkan diri sebagai Menteri Kewangan di bawah kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) yang baru.
Cari Arul kekanda kling pembelit no 1...
Bail out!!bohong ar mana ada yang ada bail out cuma dizaman TUN aje..betul tak cai semua?
DeleteSemoga ds najib tabah dgn dugaan allah ini..umno bangkit lawan fitnah akhir zaman
ReplyDeleteDugaan ato kemarahan Allah kerana mungkar?...fitnah kepala bapak ko...kalo fitnah dah tentu kluar saman...
DeleteZulhijjah 1439H.
DeleteTungguuuu...
301,
DeleteKesian ko, sakit takde ada ubat dh ko tu...not nanpos lah tu
Semenjak tukar kerajaan baru 4 -5 hari nie nampaknya ramai yang tak hisap rokok disiang hari.. Alhamdulillah nampak perubahannya.. 😊😅
ReplyDeleteSELAMAT BERBUKA
Minyak bila nak turun tol bila nak mansuh nak balik raya ni..aku pun undi ph
DeleteAku banyak lagi duit dedak...tak kesah le nak naik ke nak turun
DeleteKikikiki
4.04 ramai lagi yang undi ph tapi steady je tak macam kau...susah sangat nak balik raya kau balik jalan kaki je la.
DeleteTAK HABIS FIKIR....MAJLIS RAJA-RAJA MENGECEWAKAN.....!!
ReplyDeleteDek dengar hasutan Najib..... deklarasi jutaan tandatangan rakyat diketepikan, Tun Mahathir dicemuh & dihina hingga anugerah kurnia 'Datuk' diungkit-ungkit & ditarikbalik oleh Istana Selangor, Johor & Kelantan.
Apakah Majlis Raja-raja tidak kenang jasa Tun Mahathir yg tidak terbandingkan? Atau setidak-tidaknya menghormati beliau yg jauh lebih usia, pengalaman, pendidikan & ketokohan beliau yg diiktiraf seluruh dunia termasuk institusi Think Tank Oxford, PBB & OIC....??
Semuanya dah terbongkar hari ini bila Ketua SPRM Shukri dedahkan Majlis Raja-Raja 2X tidak hiraukan tentang pecah amanah skandal RM2.6 bilyon & SRC RM42 juta oleh Najib pahlawan pondan bugis.
Apakah episod sejarah lama seperti 'Sultan Mahmud Mangkat Dijulang' & 'Tun Mutahir' berulang di abad 21 kerana sikap tamak & penting diri pembesar Istana & Sultan yg kurang bijaksana menyebabkan Mercu Kekuasaaan Kesultanan Melaka lenyap tinggal kenangan saja.
Ketahuilah Pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini telah menghadap Majlis Raja-Raja sebanyak dua kali berhubung RM2.6 bilion yang didepositkan ke akaun peribadi bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
DeleteBagaimanapun, ketua pesuruhjaya SPRM yang baru dilantik, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata mereka akhirnya kecewa dengan hasil pertemuan berkenaan.
Pertemuan itu berlaku pada tahun 2015, ketika SPRM masih aktif menyiasat akaun Najib.
"Kami bertemu Majlis Raja-Raja sebanyak dua kali. Kami dua kali bertemu dengan mereka.
"Tetapi kami kecewa," kata Mohd Shukri dalam sidang akhbar di ibu pejabat SPRM hari ini.
Beliau juga memberitahu Putera diraja Arab Saudi yang dikatakan “menderma” RM2.6 bilion kepada Najib tidak dapat menunjukkan dokumen sokongan bagi membuktikan perkara itu.