Monday, June 4, 2018

BERI RUANG UNTUK ANWAR DAN RAFIZI BERCAKAP


Kebebasan seperti pihak lain, memberi pandangan samada positif atau negatif, membina atau merosakan kerana pandangan mereka dinilai oleh audience yang tidak lagi "can buy" dengan mudah APA KATA DAIM DI SINI dan kerajaan sekarang cukup bersedia mendengarnya.

Anwar dan Rafizi mempunyai saluran langsung yang lebih dekat dengan kerajaan tetapi jika tidak berkesan mungkin mereka lebih suka membuat teguran terbuka seperti pihak lain atas nama check and balance ke atas kerajaan.

Rafizi mengulangi bahawa perlantikan kabinet Tun tidak melalui perundingan dengan PKR (?) apa maksud sebenarnya?  Tidak melalui Anwar,  tidak melalui Wan Axizah atau tidak melalui Majlis Presiden (?)
Azmin dan Zuraidah dilantik secara menyerah diri atau melalui pintu belakang (?)

Ini dianggap masalah dalaman PH yang rakyat biasa kurang berminat.

Rakyat ingin melihat Rafizi dan Anwar bercakap soal dasar² perlaksanaan kerajaan yang mengutamakan negara dan rakyat berjalan dengan lancar.

Kebenaran tetap disokong.  Rakyat tolak politik yang berlebihan.








............

 ðŸ‡²ðŸ‡¾ BEKAS Ketua Hakim Negara Zaki Azmi berkata dari segi undang-undang, Yang di-Pertuan Agong perlu melaksanakan syor kerajaan agar melantik peguam kanan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara (AG).

"Yang di-Pertuan Agong tidak sepatutnya enggan atau melewat-lewatkan memberi perkenan baginda...Saya yakin kerajaan sudah membuat pertimbangan tentang peribadi Thomas sebelum mencalonkan namanya bagi jawatan itu," katanya hari ini

Zaki berkata beliau mengenali Thomas sejak sekian lama dan pernah mengendalikan kes mahkamah bersama-sama peguam terkemuka itu.

Memandangkan tiada khabar daripada Istana tentang pemilihan AG oleh kerajaan, Raja-raja Melayu dijangka membincangkan perkara itu, esok.

Zaki, yang pernah menjadi peguam sebelum dilantik menjadi presiden Mahkamah Rayuan dan Ketua Hakim Negara, berkata demikian apabila diminta memberi pandangan tentang cadangan pelantikan Thomas sebagai peguam negara baharu.

Sementara itu, peguam terkenal, N. Sivananthan pula berkata sebagai seseorang yang berada '’di luar sistem'’, Thomas merupakan pilihan terbaik untuk mengisi jawatan itu kerana beliau akan mempunyai perspektif berbeza tentang perkara yang sedang dihadapi.

"Beliau memiliki kelayakan yang cukup hebat dan lebih lurus daripada pembaris. Secara umumnya, beliau tidak terlibat dengan politik dan amat menghormati  kedaulatan undang-undang. Saya rasa beliau adalah seorang yang tidak boleh dibuli atau dipengaruhi supaya melakukan sesuatu yang tidak beretika atau menyalahi undang-udang oleh sesiapa jua," katanya.

Sivananthan berkata pengetahuan Thomas tentang undang-undang sukar ditandingi dan komen yang mengatakan beliau tidak fasih tentang undang-undang jenayah adalah mengarut kerana beliau boleh mengeluarkan perintah kepada peguam swasta untuk mendakwa sesuatu kes bagi memastikan pertuduhan  dilakukan secara adil dan bebas daripada tuduhan bersifat berat  sebelah kerana peguam swasta yang mengendalikan kes itu tidak mempunyai sebarang ikatan  kesetiaan dengan peguam negara.

"Tidak dapat dinafikan beliau adalah seorang litigator yang mahir dan saya berpendapat beliau adalah pilihan paling tepat untuk menjadi penasihat undang-undang kepada kerajaan dan secara jujur, mujurlah saya tidak dikehendaki memikul tugas berat dan besar yang perlu beliau pikul itu (sekiraya dipilih menjadi  AG)," katanya sambil menjelaskan bahawa seseorang yang menerima jawatan itu perlu memiliki keinginan yang amat mendalam "untuk memperbetulkan keadaan".

Peguam perlembagaan Malik Imtiaz Sarwar pula berpendapat Thomas merupakan pilihan sesuai kerana beliau seorang peguam yang cukup berpengalaman serta memahami secara mendalam tentang perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Tiada calon lain yang lebih ideal. Orang ini perlu mempunyai kekuatan dalaman seperti diharapkan serta memiliki integriti yang tiada taranya," kata beliau. – *Bernama, 4

PEMUTIHAN NEGARA


Dalam isu lantikan AG,  mereka yang menyokong kerajaan majoriti merujuk kepada peruntukan Perlembagaan. disamping menolak fahaman sempit yang menggunakan sentimen "ugama dan bangsa".

Yang tidak menyokong kerajaan sudah tentu bersandar kepada sentimen ugama dan bangsa. 

Dalam isu ini,  kenapa sentimen bangsa dan ugama dipergunakan sedangkan merujuk kepada Perlembagaan ia tidak disebutkan. 

Perlembagaan adalah satu akujanji,  dan sekarang ada yang tidak mahu patuh? 
Di Perlembagaan juga ada peruntukan tentang hak istimeea orang Melayu,  apa perasaan kalau bangsa lain kata "NO". Pandai pula melenting. 

Melayu lah yang lebih tidak menghormati perlembagaan? 
Melayu keras kepala? 
Melayu emo? 

Fahaman racist dan pelampau ugama ini,  yang tidak menyokong kerajaan sekarang dalam isu AG ini adalah regim yang sama sebelum PRU, dari umno dan pas.  

Alasan ugama dan bangsa sekadar sandaran lanjutan kecewa dan marah kerana kalah khusus pada Tun. Hatta Tabung Sedekah pun mereka tentang kerana Tun. 

Hukum bersedekah atau menderma ini apa?  Ini anjuran ugama mana? Panjang lagi soalan kalau nak tanya... 

Manipulasi,  macam mereka manipulasi pasal RUU355..
Seolah Islam ini yang beriman,  yang tebal - mereka yang tentukan. 

Sudah banyak alasan² regim ini ditangkis. 


Ada juga minoriti penyokong PH turut tidak bersetuju dengan langkah Tun. Ini sudah tentu keputusan kabinet,  keputusan Majlis Presiden.

Mempertahankan konon kerana melanggar manifesto satu alasan yang lemah kerana apabila kerajaan mengambilalih kerajaan lama,  situasi dijangka sekadar panau dan kudis tetapi rupanya kurap dan kanser. 

Kalau dulu ingat panadol dah cukup ok tapi rupanya kena sumbatkan drug yang lebih kuat untuk stabil dan kawal. 

1MDB bukan setakat Najib. Lebih dari itu!!! 

Ingatkan dulu,  lencing manis setakat potong jari,  rupanya dah tahap 4, potong tangan. 

Apa yang dipertahankan akan janji awal hanya akan jadi kemudaratan dalam situasi sekarang. 

Kena ingat siapa yang sokong Tun - rakyat di belakangnya,  dunia di belakangnya. 
Kekuatan Tun bukan berapa kerusi BERSATU yang dia ada dalam PH,  tapi kekuatannya kerana isu (kebenaran,  benda betul)  yang dibawanya akan disokong lebih ramai dan lebih kuat dari sebelumnya oleh rakyat. 

Kena cari betul² sebab why Thomas? 
Kena cari betul² sebab why Thomas? 

Kena ada keyakinan kepada pendirian Tun? 
Benda tersirat lebih jelas kalau kita terus gali. 
Kenapa tidak dikekalkan AG sekarang? 
Sebab musabab sudah dihidu?

Once media luar tahu. Akan tersebar.. Ia makin sukar dibendung kesahihannya... 

Missi memperbaaiki imej negara kena menyeluruh. Imej pemimpin korup,  rakyat korup,  negara korup tidak memadai tangkta jaws² yang sudah lemah tetapi memburu lebih dari itu. 
Inilah perjuangan Islam sebenarnya,  perangi tanpa kira status walaupun rintangannya juga mencabar. 

Sunday, June 3, 2018

SIKIT FAKTA TENTANG TUN, DIDOAKAN BELIAU PANJANG UMUR DENGAN SIHAT DAN DIBERKATI ALLAH UNTUK MENGURUS NEGARA YANG TENAT DAN RAKYATNYA (SEMUA SEKALI) YANG SAKIT..


Masa org tua 93th tu dlm umno.. kita2 yg dlm blok pembangkang.. spjg bertempur dgnnya.. kita kalah memanjang.. dia tetap menang.. 22thn bro.. ini fakta!! 

Ketika dia berjuang sbg pembangkang... kita2 yg dlm block krajaan pulak bertempur dgnnya.. kita kalah.. dia still menang.. pm lg dia bro.. ini pn fakta!! 

Maknanya.. walau di blok mana pun kita pernah menentangnya.. kita tetap kalah.. habis tu kita nk sembang yg kita lg bijak berpolitik dr dia dn nk mengajar dia itu ini?

PAS puluh thn lwn org tua tu.. dr org tua tu dlm umno hingga join pembangkang.. sampai ke sudah pas kalah.. habis tu.. kau nk ckp Hj Hadi tu lg pndai brpolitik dr Tun dn nk ajar dia itu ini

Lim kit siang dr muda sampai tua dok nk jatuhkan Tun.. tk prnah dpt.. disini cerdik nya LGE dn Mat Sabu bila buat keputusan utk bersama dgn org tua tu.. hah skrg tgk.. tak pasal2 mrk berdua jd menteri.. habis.. kau nk ckp LGE dn Mat Sabu tu bodoh..?

Anuar ibrahim... yg ni aku ulas kemudian,  k.i.v sehari dua.. hehe

Najib n the gang yg ditampuk kuasa pn ghuyup baham tanah dek krn org tua tu.. ada yg biol... ada yg nganga.. ada yg lari rentas desa sbb trkejut.. habis tu.. kau nk ckp politik najib lbh hebat dr org tua tu.. ?

Jd kau rasa "gang JASA", "gang i love pm", "gang respect my pm", "kami gang najib", "gang telor trkepit zip", "gang sembang babi terbang" dan terbaru lokman adam  talam bermuka muka,  pelesit,  Presiden Penaja Pemantaua yg dok claim kata najib lbh terer dr Tun tu masih relevan ke tak..? 

Bro.. klau nk umno bangkit.. umno tdk blh lg dgn " Old habits die hard".. pls move on dr sentimen "najib hebat" tu.. rkyat tk suka..  Harap Warlords di bhgian dn pusat yg gila dok susun atur jwatan serta muka2 yg dicop panglima bingai olh rakyat tu.. pakat2 la bw mrk berubat.. lalok sgt dh aku tgk.. 

Moral dr cerita ini ialah.. sama ada kita dr blok pembangkang mau pn krajaan.. wlau pun kita benci.. marah.. meluat.. kecewa.. waima suka atau tidak.. kita kena terima hakikat dn berlapang dada bahawa :

Org tua 93thn itu adalah Raja dlm prtempuran politik negara kita dn cukup layak utk digelar wairiwarawiramardana -(penunduk segala musuh)!!.... maafkan sy.. salam perjuangan!!!!
Sekadar renungan dan ayat penangkis....

Dah kalah buat cara orang kalah dan bersalah,  tunjuk insaf sedar diri dulu bangang,  banyakan sedekah dulu penjarah pendedak.. 

Bina kekuatan dengan bercakap benar bukan teruskan fitnah,  emosi dan kecewa. Dulu cakap pun orang tak percaya,  sekarang lagi le orang hakkkttuuiii.. 


# Kena ingat ye,  kehebatan Tun bukan kerana dia pandai tapi kerana itu Allah bagi dan kelemahan itu datang darinya sebagai manusia. 




Sumber dari media sosial yang diedit.
Iklan: SINI

KJ SESUAI SEBAGAI PRESIDENT UMNO.. PANDANGAN TUN M? / THIS IS MYPM

Siapa ada link atau info untuk mengesahkan tajuk di atas? 








Undang² bukan sekadar suka² ditulis,  tetapi kena diamalkan dihormati dan dipatuhi,  nobody above the law,  tak perlu manipulasi. Terang lagi bersuluh. 

Tidak ada krisis jika semua pihak faham dan menghormati. 

Tun adalah PM pilihan rakyat melalui pilihanraya,  yang mengawalnya adalah undang² dan bukan ikut telunjuk sesiapa. 

Itulah tujuan pilihanraya, sokong selagi dia tidak langgar pada mana undang² atau salahguna undang² atau menghalang mana undang².



Perlantikan AG (should be the best AG)  bukan cap budu adalah untuk keperluan undang² negara dan jauh samasekali untuk berpolitik atau perkauman. 





APA ISI KANDUNGAN SURAT TANDATANGAN NURUL IZZAH






KITA ADA DUA SAHAJA..

Sedang diviralkan perpecahan dalam PH dan penubuhan kerajaan baru pkr+pas+umno disokong Istana. Penubuhan berjaya berdasarkan angka. 

Sekali lagi,  tidak dapat tidak, jika berjaya, yang korup akan terlepas dan cash is king masih bermaharaja lela. Ada sesiapa boleh tolak faktor tersebut. 
Kaji watak² yang ujud di parti² tersebut. 

Kerajaan yang ada sekarang sudah diwartakan,  untuk membubarkannya bukan lagi pakat² sesama parti dan serbu Istana negara untuk angkat sumpah sebagai PM. Ia kena dibuat menerusi parlimen,  undi tidak percaya kepada kerajaan atau lebih tepat undi tidak percsya kepada PM. 

Adakah ia akan semudah itu. 

Apa faktor dorongan kepada penubuhan kerajaan baru

Siapa² yang paling terdesak untuk penubuhan kerajaan baru

Ini ada dalam manifesto? Siapa yang langgar? 

Tidak dapat tidak, faktor perjuangan "peribadi" adalah agenda utama. 

Katakanlah berjaya,  semua masalah selesai? 

Apa pula manifesto kerajaan baru ni? Tak ada?  Tak sempat buat? 

Siapa pula ketua pembangkang di parlimen yang akan dihadap? 


Saturday, June 2, 2018

RASA RINDU PULA DENGAN JAMAL YUNUS DAN MUSA.... AMANKAH MEREKA

Iklan

Kadang² aku ketawa kecil sendirian bila memikirkan pelbagai ragamnya bloggers,  penganalisa politik,  pemimpin.. Begitu juga dengan pelbagai jutaan tulisan di media sosial lain.. Dalam dan luar negara,  melontarkan idea dan pandangan masing²..

Kalau semua itu Tun perlu ambilkira, hingga ke hari ini tiada satu keputusan pun dapat dibuat.. 

Bagaimanapun secara bijaksana,  keputusan Tun dalam banyak perkara mendapat sokongan rakyat. 

Penolakan cadangan AG baru oleh Majlis Raja² bukanlah satu masalah besar,  kerajaan perlu ada pertimbangan semula dengan nama² yang lain atau terus tegas dengan apa yang sudah dirancang.. Akhirnya sama²lah semua pihak patuhi rule of laws semasa. 

Meraikan kebebasan bersuara,  King of Dedak juga lebih mudah tersentuh memberi beberspa pandangan..Tidak pula kedengaran suara² panglima yang menyokongnya seperti dulu. 





Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...