Thursday, June 7, 2018

LIM GUAN ENG TAK PERLU TUNGGU JADI MENTERI KEWANGAN ASIA TERBAIK..

NAK TUNGGU MENTERI KEWANGAN KAFIR HARBI JUGA BARU KERAJAAN PAS KELANTAN DAN TERENGGANU DAPAT NIKMATI ROYALTI MINYAK TERUS KEPADA KERAJAAN NEGERI..!!?


TAKDIR
Nordin Pahang

LAGI CABARAN RULE OF LAWS PROFILE TINGGI

Ada dua isu utama yang berlegar sehari dua ini yang menyentuh SPB Agung dan menarik perhatian netizen untuk mempetkatakannya secara meluas. 

1) Berkaitan jumlah dan butiran perbelanjaan SPB yang menjangkau 250 juta dalam tempoh 16 bulan. 

Alhamdulillah PDRM telah mengambil langkah segera membuat siasatan dan sekurang²nya melegakan masyarakat dan Istana. 

Apapun diharap,  tidak seperti sebelum ini, siasatan lebih kepada menyejukan keadaan,  disimpan dan di alaskan dengan "siasatan masih berjalan" tanpa tahu penghujungnya. 

Dengan semangat baru TT sebagai AG diharap surung papan tarik papan kertas siasatan juga tidak berlaku. 

2) Isu kedua,   Lebih menarik kerana dikatakan Pengampunan Diraja ke atas Anwar tidak mengikut procedure yang sempurna. 
Pendedahan ini dibuat melalui blog OTB yang mendapat perhatian (hit view)  seluruh dunia. 
Sudah tentu ia akan diperbahaskan netizen dan setakat mana pula ia dibawah bidangkuasa PDRM untuk mengekangnya,  adakah juga di bawah Akta Hasutan. 
Ia juga ada berkait rapat dengan pandangan peribadi bekas Ketua Hakim Negara yang menyentuh antaranya keadilan kepada Saiful? 
DETAIL CARI DI SINI

Sudah tentu info ini juga mempunyai asas dan kekuatan tersendiri lebih lebih lagi ia mampu membuatkan Anwar gigit jari. 
Proses pengampunan dilihat begitu laju dan tergesa-gesa?

Inilah antara cabaran dan isu yang sangat penting untuk kerajaan bukan sahaja telus tetapi mesti dilihat terus dalam rule of laws. 


Perkara dua bukan sahaja sekadar isu perundangan dan procedure tetapi berkait rapat dengan imej bakal Perdana Menteri menanti yang kini sudahpun dibayangkan oleh sesetengah pihak sebagai terganggu,  berintangan dan terhalang kelancaran kerana tindak tanduknya sendiri. 

Wednesday, June 6, 2018

APAKAH ROS SEKARANG LEBIH TELUS DARI DARI ROS SEBELUM INI??


Ketua Pengarah sudah bertukar ganti.. 
Jika tidak ada perubahan keputusan (vedio)   bererti KP ROS yang lama berada di landasan yang betul,  rule of laws. 

Bermaksud tuduhan Tun sebelum PRU sekadar bermotif politik dan persepsi (?)

Di mana lawyer Hanif Kathri yang dulunya begitu sebok dengan seksyen 3a Akta ROS (?)






SESETENGAH BANGSAT MELABEL RULE OF LAWS, MEMERANGI KORUPSI, MEMBONGKAR SKANDAL DAN TADBIR URUS NEGARA SECARA AMANAH DAN BERAKHLAK DIKATAKAN TIDAK ISLAMIK








Yang Islamik nya adalah mengurus negara secara merompak duit rakyat. File merah, boros dan mewah serta rasuah sebelum ini di beri A markah dan Islamik - inilah fahaman sesetengah bangsat. 








AG (gambar di bawah)  adalah seorang kapir tetapi akan mengambil tindakan seperti yang dituntut oleh nilai Islam. 
AG lama pure Melayu dilahirkan Islam,  hanya takut pada Allah katanya. Perlaksanaan? tindakan?? 
Melindung jenayah dan tidak mengambil tindakan ke atas jenayah adalah juga satu jenayah? Sudah tentu AG baru tidak terlepas pandang? 





Sedap juga bahasa tu,  nobody complain,  mungkin sebab omputih.. 



ANWAR PATUT FOKUS KEPADA GAGASAN YANG LEBIH BESAR SECARA AMAN DALAM TEMPOH MENUNGGU DUA TAHUN

Tindak tanduk Anwar selepas sahaja dibebaskan dengan pengampunan total di lihat sebagai satu lesen untuknya bergerak bebas tanpa segan silu atau sekurang-kurangnya berehat 3-6 bulan untuk penyesuaian diri. 

Apa yang begitu mendesak sehingga perlu berlari sampai ke penghujung kampung dan masuk keluar Istana berulangkali bagai ada gunung yang dikejar. 

Hingga menimbulkan satu persepsi kurang baik di kalangan sesama sendiri,  malah alasan² Anwar begitu mudah dipatahkan secara amatur di media sosial tanpa perlu daya fikir yang tinggi. 

Apakah semua ini mengganggu urusan kerajaan sekarang,  menggugat kedudukan Tun,  menggugat kedudukan BERSATU dan lain² parti dalam PH (?)

Setakat ini TIDAK. 

Yang lebih bimbang,  kesan kepada Anwar sendiri, hilang penyokong,  hilang hormat,  hilang sanjungan kerana keseluruhan mengharap Anwar selepas bebas akan menyumbang,  memperkasa,  memperkuat penyatuan dalam PH. 
Harapan itu berkecai. 

Seterusnya masa akan memberi gambaran sebenar siapa Anwar bulan depan,  6 bulan lagi atau tahun depan. 

Seperti juga Rafizi,  Anwar mempunyai banyak kelebihan. Tetapi berbanding Rafizi,  Anwar punya track record masa lampau.. 

Satu satunya lagi gagasan besar yang belum dicapai oleh sesiapa adalah penyatuan orang IMelayu dalam satu wadah yang sama. Kekosongan ini tidak mudah diambil peranan oleh banyak pihak kerana tidak mempunyai aura dan kepimpinan yang ramai boleh terima. 

Gabungan PKR+PAS+UMNO seperti yang diviralkan telah dinafi oleh Anwar dan dianggap idea dan kerja gila (setakat semalam). 


Tun tidak punya aura membakar semangat untuk turun ke jalan,  Tun tidak mempunyai kompromi dan diplomasi bagi yang tidak di landasan. 
Sikap Tun yang berhenti makan sebelum kenyang akan lebih menyusahkan Melayu² yang buncit. 

Hadi dan lobainya sekadar menjadikan Islam memecahkan lagi penyatuan Melayu hingga ke tahap yang lebih teruk,  kapir mengkafir,  cerai berai dan sebagainya. 
Islam di tangan Hadi tampak keras dan kaku,  indah dan harmoninya pudar. 

Satu² nya yang dilihat berpotensi untuk kerja² penyatuan Melayu adalah Anwar yang lebih baik, segala masa dan tenaganya menjurus ke arah itu. Tinggalkanlah segala tungau dan nakal kepada Rafizi sebab dia masih budak baru belajar. 

Anwar sudah 70an..hayat politiknya lebih pendek dari Tun,  jangan sia² kan.. 
Presiden PERKASA untuk dua tahun mungkin cucuk buat Anwar. 
""BAPA PENYATUAN MELAYU" sekurang-kurangnya untuk dikenang. 




Tuesday, June 5, 2018

PENYATUAN MELAYU, DI MANA NAK MULA?



Orang Melayu sendiri sebenarnya tak ada idea bagaimana mahu satukan orang Melayu.

Yang ada idea nak pecahkan lagi, nak laga²kan demi nafsu. 

Dalam skala besar,  adakah menyatukan parti seperti BERSATU PAS AMANAH UMNO boleh menyatukan Melayu? 




MENGENDALI SITI KASSIM

Cukup heboh di media sosial isu temubual Siti Kassim di TV ternama yang dibatalkan dan kemudiannya diberi alasan tunda selepas Menteri campurtangan.

Pertamanya: Kenapa dan apa alasan dia dijemput di peringkat awal.

Sesiapapun kalau sudah dijemput,  diheboh tetapi tiba²  diibatalkan di saat akhir sangat menganggu,  marah, sentap dan kesal.

menteri campurtangan?!  Di sini ada persoalan perlu ke Menteri tergesa gesa campurtangan tanpa consult secara tertutup dengan agensinya (?)

Isu utama sekarang,  khususnya Melayu dan Islam menentang peluang terbuka temubual yang diberi oleh BERNAMA (?) Ada pula yang setuju dengan alasan masing masing

Dalam kes sebegini, siapakah yang patut mengendalikan manusia seperti Siti Kassim ini? Apakah Malaysia naif dalam hal² sebegini.
Apakah bercakap sonsang tentang Islam tidak diklasifikasi menghina Islam dan biadab pada  Majlis Raja²?


KDN patut melihat isu ini sebagai lebih mengganggu keharmonian dan penghinaan ke atas ugama resmi negara. Titik noktah perlu ada.

3/5/2024 Hq Meeting Updates

 3/5/2024 Hq Meeting Updates Payment Update  - QM will begin to make payment from 10th May onwards up to July. ✅ - QM is committed to settle...