Wednesday, July 11, 2018

PERLANTIKAN RICHARD MALANJUN MEMBAWA HARAPAN.

Perlantikan yang tidak sempurna sepenuhnya tetapi terbaik dan tepat kepada kekeperluan perundangan.

Ia diperkenan dan dicadangkan oleh kedua dua pihak bertaraf Melayu dan Islam yang mempunyai kuasa mutlak (melantik dan memecat), waras dan mengikut Rule Of Laws.  Richard juga tidak dilantik seumur hidup.

Bantahan?
Datangnya dari siapa?
umno?
Wajar mereka melihat terlebih dahulu diri sendiri.
Sebelum ini apakah mereka golongan yang taat pada akhlak dan amanah?
Apakah mereka sebelum ini golongan yang mencegah kemungkaran dan menegakan kebenaran?

Bantahan?
Datangnya dari siapa?
Pas?
Mereka yang rasa lebih melayu dari melayu?  Lebih arab dari arab? Lebih Islam dari orang lain?  Yang menghukum, tidak sokong pas masuk neraka? Yang ponteng parlimen? Yang terima duit umno?  Yang tolak dap sebelum pru dan terima dap selepas pru?
Yang mana satu pendirian mereka, pagi cakap lain,  petang cakap lain, malam cakap lain?  hukum berubah ikut mereka? Doa ikut suka mereka?

Cukuplah kalau kita terima bahawa antara parti² yang berteraskan Melayu dan Islam bukanlah musuh yang kekal tetapi terpisah kerana sikap yang berbeza.

Marilah kita patuh pada ulil amri, menghormati perlembagaan,  jangan derhaka kepada Sultan dan Raja Melayu selagi tidak membawa kemudaratan,  maksiat dan dilarang Islam.

Melihat semua perkara dan peristiwa di dalam tempoh 100 hari, nyatalah Islam dan Melayu perlu bersatu, bersatu dalam satu wadah yang mengutamakan akhlak dan amanah,  itu yang akan dipandang tinggi,  dihormati disegani kawan dan lawan.

Hari ini,  kita sangat bertuah,  masih ada Melayu dan Islam seperti Tun yang mengatur strategi  menyebabkan musuh ketat seperti DAP menjadi kaku dan bisu dengan tindakannya yang seolah merendah,  melayani tetapi mencengkam kuat dengan kuasa mutlak.

Boleh faham ke tidak maksudnya.


PENDIRIAN PEMUDA UMNO KEDAH MEMPERJELASKAN WAJAH SEBENAR LOKMAN ADAM


PENDIRIAN PEMUDA UMNO KEDAH
umno bagai dilanggar garuda, pendirian yang berbeza sesama pemimpin dan "ubah" seperti yang diharap akar umbi tidak kesampaian,  80% masih muka lama muka "..mun" berkeliaran..
Sudahkah Majlis Tertinggi yang baru bersidang bagi menyelaraskan tindakan dan pendirian???

Larangan harus dikeluarkan kepada mana² pemimpin yang dilihat terlalu mendekati pemimpin yang sedang menghadapi kes mahkamah dan apa salahnya yang terlibat dengan kes mahkamah seperti jamal dan najib digantung sementara keahlian supaya suara serta tindakan mereka tidak mencerminkan umno.

Unless umno masih tidak kesah dengan persepsi umno dan koruup berpisah tiada?

Kj pun dah pesan pada pecacai,  mereka inilah yang turut mempercepatkan melingkupnya umno,  sedar dan insaflah,  jangan lagi jadi hantu,  kutu rayau dan pelacur di media sosial?
Setuju?



# Segala onar yang dilakukan oleh kerajaan umno masa lalu kini menjadi bencana kepada PH untuk selesaikan.





MUHYIDDIN TERUS LEMBAB..

Dari umno ke BERSATU,  kini dan selamanya, masih slow dan lambat dalam membuat keputusan.


UMNO belum diharamkan.





# Kalau ada yg bertanya kenapa masih sebok dengan umno?
Dulu pun masa DAP jadi pembangkang, org umno pun sebok juga hal DAP,  PKR,  PAS. AMANAH DAN BERSATU walau jadi kerajaan.
Jadi sebelum tanya fikir dulu.

Sekarang kerajaan PH berjalan lancar,  tiada isu besar kecuali yang digembar gemburkan.
Isu² kecil selesai dengan teguran rakyat.


Tuesday, July 10, 2018

APAKAH ADA KELEGAAN DAN LEBIH KEBEBASAN PADA PIHAK BERKUASA, KETUA JABATAN, INSTITUSI AWAM, NGO, DI ERA PH?

Itu soalan yang selalu bermain sejak PH pegang kuasa.

Persepsi jabatan² penguatkuasa undang² tunduk kepada tekanan dan kehendak politik najib/rosmah adakah benar?

Ada yang dibeli untuk sokong?  Ada yang sokong kerana disogok?

Korup di mana²?

Jika benar,  apakah sekarang situasi itu tidak berlaku lagi,  legaa dan bebas mengambil tindakan berdasarkan hak,  peraturan,  akta dan undang²..tiada lagi tangan ghaib?

Ketua Jabatan akan bercakap bebas atas kapasiti dan tanggungjawab mereka tanpa mendapat arahan khusus yang bertentangan dari mana² pihak ?

Atau ianya masih berlaku? Dan lebih teruk?

Siapa yang akan menjawab persoalan ini untuk menyatakan kebenaran?

Sudah tentu pandangan seperti dari lokman adam tidak mempunyai integriti ,  dia sendiri keliru dengan perjuangan politiknya.
Ahli Majlis Tertinggi untuk siapa?  Umno atau najib?







LOKMAN ADAM CALON UMNO DI DUN SG KANDIS?

Mungkin itu tempat selayaknya untuk lokman dan umno test market sekaligus membuktikan "ramai yang kesal pangkah PH di PRU14".

Boleh juga untuk jadi penilaian samada kasih sayang rakyat pada najib dan rosmah itu benar dan semua tuduhan yang mereka hadapi kini satu persepsi dan dizalimi? 

Apa guna dapat Timbalan Presiden (10 juta london) dan Naib² Presiden,  Ketua Sayap dan AMT kalau tak testing turun padang. 

Kalau sungai kandis pun kecut,  jangan bicara PRU15.







Lokman dan pecacai kena terima hakikat. 
Kj dah pesan pecacai jangan merayau jadi hantu sundal di media sosial. 

KENAPA TIBA TIBA TIBA TIBA SYKT LUBNAN SAMAN NAK SEMULA BARANG KEMAS DARI AKU

Nak bagitau aku ni sengkek,  semua tu bukan barang kemas aku? 

Kan aku dah cakap,  kalau aku berbohong 10 kali,  aku perlu reka cipta 100 pembohongan untuk kaberap aku?

Engkau belum kenal aku ka? 

YANG KENA SIASAT, TANGKAP DAN DAKWA ADALAH BUGIS.. PAHLAWAN, BUKAN CALANG²...MELAYU SEBOK PEHAL

Bugis UMNO malukan Melayu? 

Bugis UMNO ni tak habis-habis otak songsang suka berpura jadi "mangsa." Dan suka "hijack" istilah "Melayu" seolah hanya orang UMNO sahajalah Orang Melayu.

Bila si penyamun yang mengaku diri Bugis kena heret ke kandang tertuduh . . . gerombolan songsang ini riuh menyalak di mahkamah seolah seluruh Orang Melayu dianiaya. 

Menyalak "Melayu . . . Melayu . . . Melayu" bagai dirasuk sambil diperhati dan dicaci oleh seluruh dunia.

Sungguh malu dan memalukan !

Si penyamun curi duit KWAP berbilion, takpe. Si penyamun joli duit curi, takpe. Si penyamun curi duit hutang 1MDB berbilion, takpe. Si penyamun mencemari nama baik Malaysia dimata dunia, takpe. Si penyamun tipu atas tipu atas tipu bertahun, takpe. 

Kenapa?

Sebab dia "Melayu"?

Perjuangan keramat pekejadah ni?

Apa ada pada orang UMNO belaan Najib Razak dan Jahid Ponorogo Kulon Progo?

Apa?

Ini kah jenis "Melayu" yang kita harus berbangga dan yang boleh bersaing dengan kaum dan bangsa lain dipentas dunia? Adakah watak dan identiti "Melayu" itu sinonim dengan menipu dan mencuri . . . dan bila terjerat terus menyalak "kami mangsa"? 

Tak malu ka? 

Mana ada kaum atau bangsa lain di dunia yang mengagungkan si penyamun? Menjulang si penipu?

Melihat adegan aneh low class di mahkamah semalam, saya kini yakin spesis Melayu UMNO belaan Najib Razak dan Jahid Ponorogo Kulon Progo adalah MUSUH UTAMA Orang Melayu sejagat. 

Dengan gelagat yang disaksikan dan disiarkan oleh seluruh media dunia . . . gerombolan ini telah memalukan kita semua; telah menghina Orang Melayu sebagai  bangsa yang tegar menyamun, menipu dan tidak akur pada hukum dan keadilan; tidak ada maruah diri hingga sanggup menyalak bagai hilang akal didalam bangunan sebuah institusi induk negara yang termaktub dalam Perlembagaan dan yang dijulang sebagai suatu prinsip utama Rukunegara; menonjolkan sifat perkauman yang amat menjijikkan dalam konteks yang salah . . . semua itu dan banyak lagi semata untuk membéla seorang penjenayah tegar yang masih langsung tidak insaf sama sekali dan yang pada hakikatnya sudah menghancurkan jatidiri dan dayasaing dan sikap murni ramai Orang Melayu di Tanah Air kita, khususnya Melayu UMNO.

Sebagai Orang Melayu berpendirian dan bermaruah di negara kita, kita harus banteras secara total spesis Melayu Songsang pimpinan Najib Razak dan Jahid Ponorogo ini. 

Secara total. 

Ini demi survival jangkamasa lama orang kita di bumi kita sendiri. 

Sudah tiada lagi pilihan. 

Perjuangan spesis ini sudah terlalu jauh terpésong dan sedang memakan diri sendiri dan kalau tidak dibendung akan menghancurkan kita semua. 

Huru hara di mahkamah semalam adalah sekadar secebis contoh tahap kerosakan minda dan etika spesis ini. 

Ini bukan "perjuangan Melayu." 

Jauh sama sekali !

Ini perjuangan geng penyamun. 

Inilah perjuangan yang akan menghancurkan Orang Melayu dan Tanah Air kita.

Sebab itulah . . . semua penyamun dan penipu harus dihapuskan dari Alam Melayu sejagat. Penyokong mereka masih boleh diberi ruang dan peluang untuk insaf, bertaubat dan memperbaiki minda. Namun, jika tidak berkemampuan berubah, lambat laun mereka akan terima hakikat yang sama dengan si penyamun dan penipu yang mereka sanjungi. 

Wahai Orang Melayu . . .

Bukalah mata dan minda, cukuplah diperbodohkan oleh gerombolan penyamun dan penipu sehingga orang kita ditertawa dan dipersenda oleh seluruh dunia,, banteraslah perjuangan songsang yang telah menyelubungi hati sanubari parti rosak pemuja Najib Razak ini yang kini dipimpin pula oleh Zahid Ponorogo Kulon Progo yang tiada watak, intelek dan etika untuk membéla sesiapa kecuali geng penyamun dan suku sakat mereka sendiri.

Cukuplah dengan kehancuran demi kehancuran yang dicetuskan oleh gerombolan yg munafiq ini.

Berubahlah dan berjuanglah untuk menghapuskan semua Penyamun dan pPenipu ini demi survival kita di bumi sendiri dan demi negara Malaysia tercinta !

Jangan lah kita jadi gulungan melayu yg Bodoh, Singkat Akak dan melayu Pemakan Dedak...

- KijangMas Perkasa -



# kenapa najib tidak guna sepenuhnya melayu dan Islam yang fasih melayu dan arab untuk mempertahankannya? 

.

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...