Bugis UMNO malukan Melayu?
Bugis UMNO ni tak habis-habis otak songsang suka berpura jadi "mangsa." Dan suka "hijack" istilah "Melayu" seolah hanya orang UMNO sahajalah Orang Melayu.
Bila si penyamun yang mengaku diri Bugis kena heret ke kandang tertuduh . . . gerombolan songsang ini riuh menyalak di mahkamah seolah seluruh Orang Melayu dianiaya.
Menyalak "Melayu . . . Melayu . . . Melayu" bagai dirasuk sambil diperhati dan dicaci oleh seluruh dunia.
Sungguh malu dan memalukan !
Si penyamun curi duit KWAP berbilion, takpe. Si penyamun joli duit curi, takpe. Si penyamun curi duit hutang 1MDB berbilion, takpe. Si penyamun mencemari nama baik Malaysia dimata dunia, takpe. Si penyamun tipu atas tipu atas tipu bertahun, takpe.
Kenapa?
Sebab dia "Melayu"?
Perjuangan keramat pekejadah ni?
Apa ada pada orang UMNO belaan Najib Razak dan Jahid Ponorogo Kulon Progo?
Apa?
Ini kah jenis "Melayu" yang kita harus berbangga dan yang boleh bersaing dengan kaum dan bangsa lain dipentas dunia? Adakah watak dan identiti "Melayu" itu sinonim dengan menipu dan mencuri . . . dan bila terjerat terus menyalak "kami mangsa"?
Tak malu ka?
Mana ada kaum atau bangsa lain di dunia yang mengagungkan si penyamun? Menjulang si penipu?
Melihat adegan aneh low class di mahkamah semalam, saya kini yakin spesis Melayu UMNO belaan Najib Razak dan Jahid Ponorogo Kulon Progo adalah MUSUH UTAMA Orang Melayu sejagat.
Dengan gelagat yang disaksikan dan disiarkan oleh seluruh media dunia . . . gerombolan ini telah memalukan kita semua; telah menghina Orang Melayu sebagai bangsa yang tegar menyamun, menipu dan tidak akur pada hukum dan keadilan; tidak ada maruah diri hingga sanggup menyalak bagai hilang akal didalam bangunan sebuah institusi induk negara yang termaktub dalam Perlembagaan dan yang dijulang sebagai suatu prinsip utama Rukunegara; menonjolkan sifat perkauman yang amat menjijikkan dalam konteks yang salah . . . semua itu dan banyak lagi semata untuk membéla seorang penjenayah tegar yang masih langsung tidak insaf sama sekali dan yang pada hakikatnya sudah menghancurkan jatidiri dan dayasaing dan sikap murni ramai Orang Melayu di Tanah Air kita, khususnya Melayu UMNO.
Sebagai Orang Melayu berpendirian dan bermaruah di negara kita, kita harus banteras secara total spesis Melayu Songsang pimpinan Najib Razak dan Jahid Ponorogo ini.
Secara total.
Ini demi survival jangkamasa lama orang kita di bumi kita sendiri.
Sudah tiada lagi pilihan.
Perjuangan spesis ini sudah terlalu jauh terpésong dan sedang memakan diri sendiri dan kalau tidak dibendung akan menghancurkan kita semua.
Huru hara di mahkamah semalam adalah sekadar secebis contoh tahap kerosakan minda dan etika spesis ini.
Ini bukan "perjuangan Melayu."
Jauh sama sekali !
Ini perjuangan geng penyamun.
Inilah perjuangan yang akan menghancurkan Orang Melayu dan Tanah Air kita.
Sebab itulah . . . semua penyamun dan penipu harus dihapuskan dari Alam Melayu sejagat. Penyokong mereka masih boleh diberi ruang dan peluang untuk insaf, bertaubat dan memperbaiki minda. Namun, jika tidak berkemampuan berubah, lambat laun mereka akan terima hakikat yang sama dengan si penyamun dan penipu yang mereka sanjungi.
Wahai Orang Melayu . . .
Bukalah mata dan minda, cukuplah diperbodohkan oleh gerombolan penyamun dan penipu sehingga orang kita ditertawa dan dipersenda oleh seluruh dunia,, banteraslah perjuangan songsang yang telah menyelubungi hati sanubari parti rosak pemuja Najib Razak ini yang kini dipimpin pula oleh Zahid Ponorogo Kulon Progo yang tiada watak, intelek dan etika untuk membéla sesiapa kecuali geng penyamun dan suku sakat mereka sendiri.
Cukuplah dengan kehancuran demi kehancuran yang dicetuskan oleh gerombolan yg munafiq ini.
Berubahlah dan berjuanglah untuk menghapuskan semua Penyamun dan pPenipu ini demi survival kita di bumi sendiri dan demi negara Malaysia tercinta !
Jangan lah kita jadi gulungan melayu yg Bodoh, Singkat Akak dan melayu Pemakan Dedak...
- KijangMas Perkasa -
# kenapa najib tidak guna sepenuhnya melayu dan Islam yang fasih melayu dan arab untuk mempertahankannya?
.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
BRIM bagipun berperingkat, slow macam siput babi, amaun ciput, tangguh satu hari ke satu hari, perlancaran belanja ratus ribu setakat n...
-
Sesuai sangatlah PRU kali ini kubur pas dan umno bersebelahan - berjiran. Dulunya kapir mengkapir, sembahyang dua imam, cerai berai, kendu...
-
KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI ...
Perompak pendekar bugis letak jawatan melayu umno pilih perompak bomoh jawa plak...
ReplyDeleteMelayu umno yg dah makan dedak susah nak berpisah dengan jenis prompak lagi...akan dipertahankan mati2an....hulur barang kemas untuk derma pon sanggup....ketaatan melayu umno kpd tuan yg boleh sumbat dedak....tanpa tuan2 yg hukur dedak melayu umno mampos...
Macai2 menafikan pendekar bugis merompak 1 mdb berjemaaah kerana najib tidak dibicarakan oleh mana2 mahkamah dlm dunia....macai2 tuduh tun madey yg sogok DoJ supaya mereka saman keatas prompak yg menggubah wang haram 1mdb di US dan kaitkan dgn najib...alasanye kenape DoJ tidak mengenakan tuduhan jenayah keatas prompak...sitaan harta prompak pon hanye rekaan...wsj dan SR mereka cerita untuk jatuhkan najib.
ReplyDeleteTun jugak dituduh sabotaj pengapongan saham 1mdb di Bursa KL..
Perbicaraan gubah wang haram oleh konco2 jho lo di di singapore tiada kaitan dengan najib...
1 mdb tidak hilang wang...laporan PAC tidak kaitkan najib dgn rompakan sebagaimana penjelsasan Tan Seng Giaw...bila plak PAC siasat kes rompakan...PAC hanye siasat kedudukan kewangan dan pengurusan 1 mdb....Akaun 1 mdb tiada ofit yg berani sahkan..
Wang 2.6 billion diakui oleh najib dlm akaun belisu adalah derma pak arab...zeti fikaitkan tahu wang ni..
Kalo wang derma kenape takut buat bantahan kpd duta amerika?...adekah zeti diberi tahu oleh raja arab nak bagi derma kpd najib...
Itulah rekaan dan putarbelit macai2 membela najib dan jemaah prompaknye...