Thursday, January 31, 2019

ASTARGHFIRULLAH...


Tuesday, January 29, 2019

TUN WAJAR BEREHAT JIKA PH KALAH DI SEMENYEH?

Nota tajuk akan menyusul..

Tugas Tun sudah selesai, Najib gagal meneruskan nafsunya melalui kuasa dan umno sudah terantuk baru terngadah.
Keinsafan umno kalau dilihat kepada lokman adam, keinsafan sekadar perhiasan.

Selepas Tun, samada Melayu akan tenggelam dengan kehidupan rasuah yang lebih dasyat atau kembali ke pangkal jalan akan ditentukan oleh pemimpin selepasnya.

Asas jati diri bangsa dan negara yang cuba Tun bina sekarang sangat rapuh kerana masa yang tidak mencukupi, tidak ada pemimpin pelapis yang benar-benar cintakan negara kecuali kepada bangsa dan kaumnya sahaja, sesetengahnya memperalatkan dan sekadar mengambil kesempatan bila terdesak.
Bercakap berdegar-degar tentang bangsa dan ugama hanya bila tersepit .

Musuh Melayu dan Islam digembur sangat utama adalah DAP secara kosmetik dan kulit tetapi rasuah diterima dengan baik, mesra dan harus, mungkin halal.

Melihat Anwar, Azmin dan seterusnya - tidak banyak beza dengan Najib.

Terimalah Melayu - nasibmu !!

Monday, January 28, 2019

KERAJAAN WAJAR TERUSKAN DASAR SEKARANG , MENANG KALAH PRK TIDAK MENGUBAH APA² KERANA RAKYAT (MELAYU) TERDESAK PENYELESAIAN SEGERA, HAKIKAT MALAPETAKA NEGARA AKAN AMBIL MASA MENGATASINYA...

Biarlah sebahagian Melayu mati kerana gelojoh politik, mereka mahu hidup dengan subsidi dan suapan walaupun yang disumbat ke mulut mereka datang dari sumber kemungkaran.

PAS secara kebetulan berhadapan dengan integriti 90juta yang dikatakan datang dari umno?

Begitu ramai yang diseret ke mahkamah  termasuk duit TH, apa Melayu apa Islam tu?

Sunday, January 27, 2019

KITA LAYAN JAP EMOSI² YANG TERGANGGU

Assalamualaikum Tun

Ini semua berpunca dari Tun. Tun terlalu tamakkan kuasa. Tun dan kuncu²  politik Tun sanggup menipu dan menfitnah rakyat. Apabila Tun dan kuncu²  Tun dalam Pakatan Harapan membina kerajaan, semuanya termasuk Tun tidak bersedia untuk mentadbir.  Para menteri dilantik sekadar tangkap muat. 

Ketika di bawah PH, kami rakyat marhaen tidak pun dapat melihat sebarang kebaikan. Segala yang keluar dari mulut para menteri termasuk Tun adalah kata² kebencian dan dendam terhadap pimpinan terdahulu.

Ekonomi negara tidak terurus dan hutang negara meningkat.  Rakyat semakin melarat dan tertekan.  Dalam situasi begini, rakyat diapi-apikan dan dilaga-lagakan.  Tun gagal mengawal tindak-tanduk menteri² yang menjadi batu api membakar semangat perkauman. Tun gagal menghentikan perilaku menteri yang sengaja mahu mengkucar-kacirkan negara. 

Kami melihat Tun dibonekakan DAP. Tun tunduk kepada telunjuk mereka. Rakyat di luar bandar yang rata-rata orang Melayu dipinggirkan. Rakyat yang berpendapatan rendah di bandar juga terhimpit. 

Majoriti kaum Cina menyokong DAP. Mereka menjadi semakin tamak. Mereka menguasai ekonomi. Mereka juga telah mengambil alih kerajaan. Namun ada lagi yang mereka mahu. Mereka mahu ICERD diraktifikasikan. Tapi Tun bagaikan patung tanpa nyawa. Tun biarkan mereka bersuara walaupun ianya ditolak oleh kaum Melayu dan pribumi. Tun sudah tidak lagi mampu mengawal kuncu²  Tun. 

Peristiwa kekecuhan di kuil menjelaskan segalanya. Kelemahan Tun mengawal buak-buak perkauman kini ditangguk oleh mereka yang berkepentingan.  Kaum Melayu dipergunakan untuk membuat kekecuhan di kuil Hindu. Ianya mudah sekali meletuskan ketegangan antara kaum. Kakitangan dan orang awam yang tidak berdosa menjadi mangsa. 

Tun, zaman Tun sudah berlalu. Terimalah hakikatnya. Kuasa Tun terhad kerana Parti PPBM di bawah Tun adalah minoriti berbanding DAP dan PKR. Matlamat perjuangan Tun tidak selari dengan matlamat perjuangan DAP dan PKR.  Ianya samada Tun diperbodohkan ataupun Tun memperbodohkan diri Tun sendiri. 

Halatuju Tun dan mereka jauh berbeza. DAP berjuang untuk kaum Cina, PKR hanya berjuang untuk Anwar, tapi PPBM hanyalah sekadar tapak sementara yang tidak stabil dan tidak nampak arah haluannya.  Mereka yang di bawah PPBM rata2 terdiri daripada ahli politik gersang yang kecewa ataupun opportunists.  

Tun, sejak kemerdekaan sehingga sekarang pembangunan dan kestabilan negara diterajui oleh parti keramat orang² Melayu iaitu UMNO. Realitinya, Malaysia mampu berdiri kerana bertunjangkan UMNO. Benar, sekarang kerajaan di bawah kuasa PH, akan tetapi ketiadaan UMNO jelas sekali memperlihatkan kepincangan pentadbiran. Pengalaman yang ada pada UMNO sudah tidak boleh disangkal. 

Sayangnya, Tun terlalu berdendam pada UMNO. Tun mahu melenyapkan UMNO dari bumi Melayu ini. Tun juga se ia dan se kata dengan pemimpin parti cauvanis DAP yang beria-ia mahu melemah dan menghancurkan UMNO serta bangsa Melayu. Lupakah Tun bahawa bertahun Tun dinaungi oleh UMNO? Lupakah Tun bahawa segala kekayaan dan kemewahan yang dinikmati oleh anak² dan cucu² Tun datangnya dari perjuangan UMNO. Nama Tun juga diangkat melalui parti UMNO. 

Satu lagi perkara yang kami tidak mengerti ialah tentang dendam kesumat Tun terhadap mantan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib. Apakah Tun menyangka kami gembira dengan tindakan Tun yang beria-ia mahu menyumbat DSN ke penjara?

Adalah sesuatu yang tidak masuk akal apabila seseorang itu dihadapkan dengan berpuluh-puluh pertuduhan. Kenapa Tun begitu mahu mengaibkan DSN dan isterinya DSR?  Tidakkah Tun merasa malu pada rakyat yang sentiasa memerhatikan niat jahat Tun?  Atau setidak-tidaknya malu pada anak-anak dan cucu-cucu?  Beliau dan arwah bapa beliau banyak berbakti pada negara. Bangsa Melayu tidak pernah mengajar kita menjadi kurang ajar.  Kita diajar untuk menghargai.  Tindakan Tun terhadap DSN sudah keterlaluan dan melangkaui norma kemanusiaan. 

Cukup-cukuplah Tun. Kami semua tahu bahawa Tun sebenarnya terjerat dengan DAP yang Tun jadikan rakan politik.  Menjatuhkan dan mengaibkan DSN ada dalam agenda DAP.  Mereka mahukan hasrat untuk berkuasa tidak diganggu-gugat. Mereka tahu DSN begitu kuat pengaruhnya, jadi mereka tiada pilihan selain memenjarakannya. Dan Tun menjadi tonggangan mereka untuk menjayakan niat jahat mereka. 

Nama Tun yang pernah satu ketika dulu gah sudah jatuh ke lembah kehinaan. Maruah Tun dan keluarga teruk tercemar. Tun kini menjadi hamba kepada satu bangsa yang mengkhianati kaum Melayu. Dulu DAP menghina Tun tapi kini mereka mempergunakan Tun. 

Tun mungkin merasa hebat kerana kembali menjawat jawatan Perdana Menteri. Tapi dunia sekarang sudah berubah. Teknologi membenarkan kami bersuara, memerhati dan memantau setiap yang berlaku. Kami tidak melihat Tun sebagai Perdana Menteri. Kami melihat Tun sebagai seorang insan yang tamak, haloba, pendendam serta orang suruhan bangsa DAP.  Tidakkah Tun merasa bersalah ketika melihat seorang anggota bomba yang punya niat suci dan murni berkhidmat untuk negara di perlakukan sedemikian rupa?

Maaf sekiranya ada kekasaran. Kami perlu menyuarakannya agar Tun sedar. Kami mahu melihat negara in kembali pulih dari kemelut ekonomi dan politik. Kami mahu kembali ke suasana tenang dan harmoni yang pernah kami rasai ketika di bawah teraju UMNO.  

Pelanduk dan jerat

GUAN ENG PUJI NAJIB

Sudah tentu selepas ini dapig jadi rakan baik umno.

Saturday, January 26, 2019