Sunday, April 7, 2019

YANG ARIFF, SAYA MENGAKU TIDAK BERSALAH kikikiki...

Yang ariff, saya mohon pertuduhan atas perbuatan salah saya tidak boleh dibincangkan oleh rakyat yang saya tipu...

Saya mohon juga pendakwa² yang cerdik tidak dibenarkan membicarakan kes saya.


Mu gabe, Afrika 2019.
NoMCyet..
sabtuahad

Friday, April 5, 2019

DIBURU DOSA KESALAHAN BERBOHONG DAN MENIPU..

Satu pembohongan memerlukan 10 pembohongan untuk mempertahankan pembohongan pertama.

Seratus pembohongan diperlukan untuk membantu mempertahankan 10 pembohongan..

Akan ada kesulitan untuk membina 1000 pembohongan bagi menutup 100 pembohongan.

Di sini lah akan ada kekalutan, kemurungan, kepanikan dan sesetengahnya akan hilang akal untuk menghadapinya.

Apatah lagi jika diminta berjanji untuk bercakap benar, tidak ada yang benar, melainkan benar semuanya.

Seseorang boleh berbohong dimulutnya tetapi tidak boleh menipu kata hatinya.

Yang benar akan tenang serahkan semua urusan kepada Allah sahaja, dan yang salah akan serahkan kepada peguamnya untuk menipu kebenaran.

Sangka mereka, hanya peguam kaki putar alam boleh menyelamatkan kaki putar alam yang lain.

Afrika 2019.

KAK MAH SAKIT APA PULA?

Cuaca panas, musim demam, sangka baik..


Thursday, April 4, 2019

SEMOGA ALLAH BERKATI KERAJAAN NEGERI TERENGGANU..


https://bankami.blogspot.com/2019/04/persoalannya-kenapa-kementerian.html

Hampir SELURUH kementerian, jabatan dan Menteri kerjanya mencengkik rakyat.

Angan² untuk dilihat tidak korup KINI beralih kepada sikap ala Israel membuli rakyat Palestine.

Kurang sangat malah mungkin tidak ada suatu pun tindakan dan keputusan yang menyejukan hati rakyat, yang mengutamakan rakyat.

Sejauh Mana pun usaha Tun ke DEPAN hanya sia sia jika asas Dan keperluan rakyat UNTUK hidup Di abai dengan perlaksanaan tunggang terbalik oleh kabinetnya.

Bukan bererti kerajaan terdahulu bagus sangat tetapi  APA pengisian Dan balasasan kepada rakyat dalam memilih PH SEBAGAI kerajaan.

Apabila Najib sedang dibicarakan, PH KINI jadi sebuah kerajaan yang sudah tidak punya alasan untuk menuding jari kepada kepimpinan terdahulu.

Yang ADA sekarang, adalah sebuah cermin diri.

Wednesday, April 3, 2019

SAMA CANTIK VS SAMA PADAN BAGAI PINANG DI BELAH DUA



Mahkamah adalah padang yang rata.

Satu pihak boleh gunakan kepandaian berpolitik dan cash is king untuk melepaskan diri.

Satu pihak akan menggunakan segala hujah undang² untuk menang.

Ini bukan perbicaraan liwat, bunuh atau rogol, bukan soal DNA, bukan soal dubur, soal tusuk, soal nampak tidak nampak.

Tetapi bersekitaran ke atas dokumentasi dan forensik kewangan.

Hari ini realiti bermula, wayang² simpan tepi.



Percayalah, rakyat sedia dan setia mendengar dan menunggu.


Monday, April 1, 2019

APAKAH KERAJAAN NEGERI KELANTAN KEBUDAK BUDAKAN?


https://msomelayu.blogspot.com/2019/04/kepelikan-dua-pucuk-surat-yang-ditular.html

Keaiban Kelantan berterusan.
Cukuplah kita ada jufazli mental dan jangan lagi ditambah.

Kita berharap perkara ini sebagai tidak tulin.

Terengganu juga dikuasai
PAS tetapi hubungannya dengan  Pusat berjalan aman dan tatasusila.
Tidak ada campurtangan dan tidak di peralatkan oleh mana² pihak.



POLITIK MALAYSIA TIDAK JELAS

Sesetengah pemimpin komponen PH masih terus mengkritik kepimpinan terutama Menteri² PH yang dianggap tidak perform.

KRITIKAN dari dalam ini dianggap tidak mewarisi BN atau kerajaan lama, malah dianggap PEMBAHARUAN.

Apakah is boleh diterima SEBAGAI PEMBAHARUAN jika ia suatu masa kelak kena batang hidung sendiri?

Lebih lebih lagi yang bercakap adalah mereka yang lari dan tolak bila diberi jawatan.

Politik cari makan ini patut dihentikan, elok lompat terus SEBAGAI pemimpin pembangkang, tidak wajar ADA kepentingan untuk berada di parti kerajaan sambil menghentam kerajaan.

Jika keyakinan mereka begitu tinggi bahawa Malaysia lebih baik tanpa MAHATHIR, sewajarnya bertindak lah mengambil alih kerajaan, asal sahaja tidak melanggar undang²..



Jika Najib itu BENAR difitnah KENAPA sokongan tidak bulat dan kuat, KENAPA tidak pimpin semula umno..KENAPA perlu lengah perbicaraan.

Politik kepura puraan, politik pondan tidak wajar diamalkan.


BAGI PERCUMA SATU DUA BRANG ATAU KAWAL HARGA BARANG MANA SATU KEUTAMAAN KERAJAAN

  Harga barang di era PH kini dua kali ganda mahal di era UMNO ?? apakah Najib sebagai penasihat ekonomi ? ISKANDAR PUTERI: Sebanyak 172,500...