Friday, September 23, 2011

DAP redakan rahsia mereka..

Kerana keceluparan mulut Manoharan mendedahkan lebih awal antara beberapa impian Pembangkang terutama DAP jika berjaya tawan Putrajaya, dia kini digantung 6 bulan sebagai lakonan untuk menutup dan meredakan isu.

Kebijaksanaan DAP dalam berpolitik ini mengatasi PAS yang tidak mengenakan apa2 tindakan ke atas Mat Sabu yang mewirakan komunis. 

Tidak hairanlah jika PAS dan PKR selalu menjadi pak turut dan mainan DAP dalam politik Malaysia hari ini atas kebijaksanaan mereka.




Kenyataan biadab: Manoharan digantung enam bulan

KUALA LUMPUR 23 Sept. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan digantung selama enam bulan oleh partinya, DAP berhubung satu kenyataan kontroversinya dalam laman sosial Facebook minggu lalu.
Malaysiakini melaporkan keputusan itu diambil selepas satu mesyuarat Jawatankuasa Disiplin parti itu yang dipengerusikan, Tan Kok Wai di ibu pejabat DAP, di sini, hari ini.
Manoharan sebelum ini berkata, pembangkang akan bertindak menukar Jalur Gemilang jika memperoleh kuasa dalam pilihan raya umum akan datang dan tindakan itu mengundang kemarahan pelbagai pihak dan laporan polis telah dibuat.
Beliau menulis kenyataan berbunyi: "I distributed many DAP flags today in my constituency. I refused to fly the Malaysian flag because it looks more BN than Malaysian. (Saya mengedarkan banyak bendera DAP hari ini dalam kawasan Dewan Undangan Negeri saya. Saya enggan mengibarkan bendera Malaysia kerana ia kelihatan seperti BN berbanding Malaysia).
Sementara itu, The Star Online melaporkan Manoharan telah menerima surat penggantungan dan akan membuat rayuan.

No comments:

Post a Comment