Thursday, September 15, 2011

Ucapan Tin Kosong

“Apakah keputusan ini dibuat untuk menjadi kerajaan popular atau berpegang kepada keselamatan negara lebih diutamakan. Oleh itu, Perkasa bersikap tunggu dan lihat,” Brahim kata.

" Kalaulah dikatakan ucaapan itu merupakan satu kejutan memanglah aku terkejut besar...terkejut sebab ucapan tin ksoong.

Mansuh atau tidak ISA, adakah relevan dan kesan secara langsung kepada rakyat, apakah mansuh ISA hari ini, esok dapur kita tiba-tiba penuh dengan beras...

Ini semua nak 'popular' dan sekaligus persediaan kalau2 lepas PRU13 BN akan jadi pembangkang - kebaikan lebih kepada orang politik, sesama mereka. boleh lepas tangan dan berselindung di sebalik undang2.

Jadi lain kali kalau kata Najib nak buat perubahan atau pengumuman besar, anggaplah itu mimpi siang hari, itu propa Rais dan Ahmad Maslan.

Mana Muhyiddin, tak ada? tak nampak kelibat? RTM tak fokus? atau petanda tak setuju? " - aku kata

8 comments:

  1. 1. Ada juga baik ISA dimansuh supaya ia tidak lagi boleh menjadi modal Pakatan untuk hentam Kerajaan M'sia, skrg dengan kejutan PM, memang memberikan satu tamparan kepada pakatan sekaligus mematikan impian Pakatan untuk memerintah m'sia, ada baik mesti ada buruknya kan ?, namun lebih afdhal kita berlapang dada dalam perkara ini, DS najib pun mesti sudah fikir semasaknya untuk mengumumkan perkara ini, untuk lebih baik dan lebih fikir bagaimana nak pastikan UMNO dan BN menang dalam PRU ke-13 nanti.

    2. Walaupun pengumuman nie ibarat menyerah tengkuk BN untuk PR sembelih hakikatnya ia adalah manifestasi keazaman DS najib untuk menggunakan kuasa yg ada pada beliau dengan bijaksana, ibarat menarik sehelai rambut dari tepung...fahamilah keadaan DS najib, jika kita ditempatnya, apakah kita akan berfikir jugak seperti beliau ?..

    3. Nak salahkan PM 100% pun x boleh jugak, sebab pertimbangan pemansuhan ISA nie mesti melibatkan byk prosedur dan sangat kompleks untuk diterangkan, by the way, mungkin kata2 Blogger Kickdefelia nie dapat memberikan jawapan : http://kickdefella.wordpress.com/2011/09/16/terima-kasih-najib-razak/ (baca dan fahami maksud tersirat). ----> Tidakkan berani DS Najib patut dipuji, ibarat menarik sehelai rambut dari tepung, tepung tak berselerakkan.

    ReplyDelete
  2. setuju sangat...pemimpin yg ada sekarang patut dihalau je keluar negara..semua tak guna..

    ReplyDelete
  3. Dari segi agenda politik - tentu ada percaturan dan sepak terajangnya.

    Untuk rakyat umum - tak ada banyak perubahan sebaliknya rakyat akan disajikan pula dengan pendapat pro dan kontra, ini akan menambah isu kepada kedua dua pihak untuk 'terus bercakap' bagi memeningkan pemikiran rakyat.

    Khusus kepada pemimpin2 Melayu perkara ini akan terus jadi bahan polemik berjela jela dan hasilnya, lalai dan tak buat kerja, segala keberuntungan akan terus disapu oleh kaum lain.

    ReplyDelete
  4. Bagi rakyat ini isu remeh temeh kerana tidak membawa perubahan kenaikan taraf sosial dan ekonomi.

    Bagi orang Melayu, tanpa ISA, akan lebih mudah dan sewenangnya kaum lain mempertikai hak istimewa orang Melayu, Islam dan Sultan. Isu sensitif ini akan menyakitkan hati dan boleh menimbulkan rusuhan.

    Cadangan satu undang2 baru yang akan dibentangkan kelak di parlimen tidak mungkin lebih keras dari ISA malah 'musuh' akan pastikan undang2 tersebut tidak akan menghalang 'agenda tersembunyi' mereka.

    Najib kemebali ke era Paklah untuk tunjuk baik dan popular tetapi sebenarnya membuka ruang dan peluang yang luas kepada musuh untuk 'menyerang dan mengganas' bila2 masa.

    ReplyDelete
  5. Pemansuhan ISA sekadar petanda Najib bersetuju dan 'membenarkan' perjuangan Pembangkang selama ini adalah betul.

    Ertinya banyak lagi perjuangan pembangkang dahulu dan sekarang adalah betul.

    Kesimpulannya, sangat wajar PRU13 nanti, rakyat memberi peluang kepada pembangkang sekarang untuk memerintah dan membetulkan segala silap dan salah BN selama ini.

    ReplyDelete
  6. Bagi Najib tindakannya adalah sebagai 'kerajaan sedia mendengar' dan mendahulukan rakyat.

    Bagi pembangkang, kerajaan BN sekarang sangat lemah dan tidak tahan dengan asakan, lalu terpaksa akur kepada desakan pembangkang kerana takut kalah pilihanraya.

    Bagi rakyat - tindakan kerajaan akan dinilai dari sudut ekonomi dan status soaial dan bukan soal survival sesuatu parti politi itu.

    ReplyDelete
  7. Saya berpendapat bahawa UMNO/Bn yakin,setelah mentelaah pada kajian mereka bahawa:
    selepas PRU13,kerajaan pusat dan kerajaan Perak Khusus nya akan bertukar.
    Akibat peralihan kuasa dari UMNO/BN selapas PRU13, yang akan menjadi pati pembangkang kapada kerajaan baru,........
    maka pati kerajaan ketika itu, akan menguna apa saja undang undang yang ada untuk mengekang dan kongkong musuh politik..
    Dengan unjuran senario itu, dalam kajian UMNO/BN, maka lebih baik kita mansuhkan undang undang semacam ISA dll.
    Kalau UMNO BN menjadi pati pembangkang, sekurang2 nya ada mahkamah ,UMNO harap harap begitu.
    Ini strateji pre emptive strike...
    Yang lain lain itu hanya populist,nak jaga talian hayat UMNO dan nak jaga hati kerabat anak cina muar tu.
    Kerabat dan kaum nya saperti dua sepupu tu, tidak akan pindah undi dari PR kapada BN.
    Bajib buat apa pun undi tidak memihak kapada UMNO.
    Saya tidak sokong pendiriian Najib.,
    arjuna waspada
    changkat lobak.

    ReplyDelete
  8. pas x buat apa pun ceramah je... rakyat susah.. umno je yang tolong.. hehehe

    ReplyDelete

6ANGKA