Sunday, September 25, 2011

Inilah masanya...saranan KJ adalah tepat.

Soal perpaduan, kerjasama antara PAS dan UMNO yang berulangkali disaran dan berulangkali juga gagal kini menemui titik yang memungkinkan 'persefahaman' ke arah itu dengan sedikit gerakan dan perubahan yang diperlukan antara UMNO dan PAS.

Perlaksanaan hukum hudud yang dianjurkan oleh PAS dan mendapat perhatian semua pihak dan mencetuskan perbahasan telah menenggelamkan semua isu besar sebelum ini termasuk kes mat sabu dan kes liwat anwar yang kini sudah tidak penting lagi kepada negara.

Berapa banyak mat sabu kena denda dan berapa tahun anwar akan masuk tidak akan merubah padang politik jika dibandingkan dimana penyudahnya perjuangan  'perlaksanaan hukum hudud' yang sedang rancak diperkatakan, yang akan lebih menentukan nasib UMNO dan PAS di PRU13 kelak.

KJ telah menyarankan perlembagaan dibuat pindaan bagi memberi ruang dan peluang kepada PAS laksanakan hudud di Kelantan.

Isu Hudud pada masa ini, adalah masa yang terbaik, isu yang terbaik, perkara yang terbaik telah menjadi takdir samada UMNO dan PAS akan bersatu atau mereka akan terus berpecah kepada jurang yang lebih besar.

Jika dilihat kepada karaktor Najib yang mengaku sentiasa berhati mulia untuk setiap rakyat Malaysia sejak dahulu (rujuk ucapannya di Penang), telah melakukan banyak perkara terbaik kepada Melayu Felda dan mampu dan berani memansuhkan ISA adalah tidak mungkin melepaskan satu ruang dan peluang untuk mencipta sesuatu yang lebih luar biasa iaitu meminda perlembagaan membolehkan hudud dilaksanakan bermulanya di Kelantan sekaligus membenteras jenayah yang makin tidak gentar dengan pelbagai hukuman manusia melalui mahkamah peninggalan penjajah.

Soal penerangan kepada semua kaum, ia mampu dilaksanakan dengan penyatuan tenaga semua pakar dan ulamak dari kedua dua pertubuhan dengan menggunakan kemudahan agensi dan badan kerajaan meliputi seluruh negara. Parlimen adalah tempat yang sesuai untuk diperbahaskan dan diperjelaskan.

Jika ini mampu dilakukan oleh kerajaan, nyata perpaduan UMNO dan PAS akan menemui jalan yang lebih mudah. Sama-samalah kita berdoa.

" Ya Allah Ya Tuhan kami, berikanlah petunjuk kepada pemimpin kami untuk bersatu hati ke jalanmu Ya Allah dan rosakkanlah ucapan kaum kafir, lemahkan sikap mereka dan turunkanlah kesengsaraan dan perpecahan sesama  mereka yang tidak boleh mereka hindari " -  Amin.

No comments:

Post a Comment