Wednesday, September 14, 2011

Isu Rosmah.......Tun terlepas pandang

Kegagalan 1Malaysia dan Melayu dipinggirkan merupakan dua perkara pokok yang telah disuarakan oleh Tun mewakili pandangan umum orang Melayu yang 'kerugian' atas dasar Najib dan sekaligus sekali lagi UMNO tidak akan mendapat sokongan padu dalam PRU13 nanti menampakan seolah olah pembangkang itu kuat.

Ini seakan tamparan yang hebat kena ke muka Rais yang menggembar gemburkan 1Malaysia mudah difahami oleh rakyat sehingga ke tahap 90%. Satu perangkaan dan kajian yang dibuat ke atas budak tadika agaknya dan Rais sendiri tidak dapat lari dari 'syok sendiri'  sepertimana menteri2 penerangan yang lalu. Sikap bodek melampau Rais tidak lebih dari 'senjata makan tuan' bukan sahaja kepada Rais tetapi lebih parah kepada UMNO dan kerajaan itu sendiri. Rais boleh dikategorikan kini sebagai menteri yang sudah tidak lagi berpotensi untuk menang dalam PRU13 kelak.

Adalah agak terlewat untuk Najib membetulkan 'kerugian' Melayu dalam pendekatan 1Malaysia dan itu tidak boleh dimenangi dengan mudah kecuali membatalkan slogan tersebut secara perlahan-lahan dengan menggantikan suatu slogan lain yang lebih seimbang. Pendekatan 'hidup berugama dan saling menghormati' perlu lebih diterapkan kerana ia ada kaitan dengan pengurangan jenayah dan sensisitiviti keugamaan selain dari menanam ciri-ciri kemanusiaan yang lebih baik.

Pendckatan itu kelak sekaligus menempelak PAS yang dilhat menukar konsep Negara Islam kepada Negara Kebajikan yang tidak disenangi oledh ramai ahlinya sendiri walaupun dapat menawan segelintir pengundi bukan Islam.

Pendekatan Najib yang terus merugikan Melayu bermula seawal dia menjadi PM dengan membatalkan beberapa peruntukan berbentuk geran dan pinjaman dibawah Jabatan Pembangunan Koperasi khusus untuk usahawan Melayu dan begitu juga dengan kegagalan penambahan kuota biasiswa dan kemudahan pendidikan ke atas pelajar Melayu sebaliknya terdapat pertambahan ketara bagi bukan Melayu. Sikap lembut dan tewas kepada beberapa tuntutan bukan Melayu banyak mengguris hati orang Melayu untuk terus memberi kepercayaan kepada UMNO.

Lebih teruk lagi kerajaan Najib didapati sangat lemah dalam menguruskan dan menjamin kedudukan Melayu dan Islam seperti termakstub dalam Perlembagaan di mana tidak ada tindakan keras di ambil bagi yang menggugat dan mencabar keistimewaan tersebut. Belum pernah terjadi sebelum ini Melayu, Islam dan Sultan yang berkait dengan keamanan dihina, dikritik secara terbuka tanpa tindakan keras kerajaan.

Apa yang Tun suarakan adalah perkongsian dan pandangan sebenar dari majoriti Melayu yang suara mereka ditenggelamkan oleh bisikan dan pembohongan pemimpin2 Melayu di sekeliling Najib dan jika suara Tun tidak diberi perhatian, UMNO akan tenggelam sekali lagi, lebih teruk dan tidak terduga kerana derhaka kepada Melayu dan Islam.

Najib jangan ingat orang Melayu sudah tidak ada pilihan selain UMNO, Najib jangan ingat Melayu mudah lupa pada pemimpin Melayu yang lupa daratan dan Najib kena ingat darah bangsawannya tidak akan menjamin kedudukannya yang sentiasa bernasib baik dan selalu duduk di atas. Najib perlu ingat dia bakal meruntuh UMNO dan mencoreng arang di wajah bapanya jika dia menjadi 'Melayu yang mudah lupa'.

Satu lagi isu yang Tun terlepas pandang dan tidak sentuh ialah soal Rosmah, adalah diharapkan Tun sempat membisikannya kepada Najib kerana ia tidak wajar dibuat secara terbuka.

Walaupun Tun dilayan baik dan sewajarnya sebagai mantan PM oleh kepimpinan Najib berbanding kepimpinan Paklah tetapi ia bukanlah satu 'jaminan' untuk merasakan UMNO bebas dari mendapat kritikan keras Tun di  masa akan datang.

15 comments:

  1. kali kedua mahathir mahu berkehendak hati, paksa pak lah dan najib ikut telunjuk dia. paksa najib ambik anak dia jadi timbalan menteri walaupun macam sampah, paksa najib buang sayap pemuda, paksa najib ambik anak dia pegang f1 dan mcm2 lagi lah. wahai mahathir berhentilah buat kacau. dulu tak ada sape suruh kamu berhenti.

    ReplyDelete
  2. Mahathir sekadar menunjukkan tanpa jawatan, tanpa kuasa tapi kalau otak masih 'brilliant', ada kejujuran, ada keikhlasan dia mampu menguasai dan merubah keadaan dengan pengaruh kebenarannya.

    Mahathir melepaskan kuasa dan turun dari takhta dengan relahati sedangkan orang lain seperti anjing gila menghambat kuasa atau kaldai tua nak kekal kuasa.

    ReplyDelete
  3. Pernahkah sesiapa beritahu PM apa yang kebanyakkan keluarga biasa kata/sembangkan di ruang tamu depan kaca tv bila muka Rosmah keluar?

    ReplyDelete
  4. rosmah mmng liabiliti umno!! mmng wajar pun pun kalo org kutuk rosmah,, aku sendri geli geleman bila tgk rosmah kuar tv,,,najib tak blh kawal rosmah , mcm mana nak kawal negara??

    ReplyDelete
  5. rosnah will be najib's kj as kj is to pak lah

    ReplyDelete
  6. Pasai apa harapkan Tun bisikkan isu Kak Ros kepada Bang Jib? Kan Kak Ros satu asset kepada BN? Kalau Kak Ros tak berbisa takkan LKY sendiri datang mengadap Kak Ros selepas PRU 12? Lagi pula Kak Ros lebih menyerlah dari Siti Hasmah. Hampir tiap-tiap hari dia terpampang dalam TV; lebih dari menteri-mentara kabinet. Dia bukan kelas kabinet dapur. Kalau bukan kerana Kak Ros takkan Bang Jib boleh jadi Pee Em?

    Dan sekarang ni orang bising pasai PM nak jumpak (jaha)Nam Pee Wee. Aku pasti dorang hanya nak bincang pasai album rap Kak Mah. Termasuk tentang stail rambut dan cincin di cover album tersebut. Yang dorang dengki tu pasai apa? I'm Bigger Bershit jumpa Agong awat boleh?

    ReplyDelete
  7. Ada dua saolan untuk disoal:

    1) Pernahkah Najib ditanya wartawan pasal Rosmah dan apa jawapannya.

    2) Pernahkah Tun ditanya wartawan pasal Rosmah dan apa jawapannya.

    Mungkin Tun dan Najib berkongsi dan bersependapat: Rosmah bukan liabiliti kepada UMNO.

    Untuk kedua duanya kita jawab dikertas undi.

    ReplyDelete
  8. Tun cukup lantang dengan Paklah berkaitan hal KJ hinggakan Tun kata, ada MB takut dengan KJ..

    Bukankah situasi sama malah lebih teruk lagi berlaku sekarang dalam kaitan Najib dan Rosmah?

    Tanyalah pendapat Muhyiddin? Ijat? dan Pengawal2 Peribadi Rosmah? Bagaimana kelakuan Rosmah?

    Jangan tanya Rais yatim...dia dah jadi kaki bodek No. 1 sekarang..senyap dan sunyi

    ReplyDelete
  9. Kawan2 - apakah Rosmah membawa begitu banyak kerosakan kepada UMNO hingga perlu kita menolak UMNO di PRU13 nanti berbanding dengan pemimpin2 pembangkang yang lebih celaka..

    ReplyDelete
  10. sokong Tun Mahathir bagi idea buat trak guna kuasa electric utk menangani harga minyak dunia yg kian meningkat (kurang kos barangan di pasaran domestik)

    ReplyDelete
  11. Kita jangan salah sangka.

    Banyak orsng gunakan nama Rosmah untuk function dia sana sini. Guarantee ramai yang queue nak minta dia hadir kat party dema. Kalaulah Rosmah boleh tolak permintaan opportunist2 ini.

    Sama macam Pk Lah dulu - function kecik kecik yang tak setaraf PM pun depa pergi. Baik hati sangat. Tak mau tolak permintaan ramai leh

    ReplyDelete
  12. SEBUT ROSMAH KITA ORANG BENCI.. MAK BAPAK AKU PUN MELUAT TUKAR CHANAL LAIN BILA MUKA GEMOK DIA KELUAR TV...SAMA MASA ZAMAN PAK LAH.. TUKAR SIARAN ORG TUA TU....AKU LAGI MELUAT...DA RAMBUT MCM SAMU BULU...MCM SARANG TABUAN...

    ReplyDelete
  13. Pening le dengan pendapat kau orang ni yang pro dan kontra pasal Rosmah..

    Lebih baik dengan perbualan suara Mat Sabu.. "muka abang bau burit mah.."

    ReplyDelete
  14. Aku kagum dengan kerja2 smart mahathir..bila beridea ada isi, bila buat kerja ada matlamat sampai selesai, bila bagi pendapat-ternganga dan pedih bagi yang kena.

    Bila disoal, belum dijawab - dah ramai yang pasang telinga - itu barulah ada karisma dan kredibiliti

    ReplyDelete
  15. Betul tu..jangan jadi seperti sekor ni..

    Bila muncul - orang dah angkat kaki, tutup tv.

    ReplyDelete