Wednesday, June 5, 2013

najib tahu pengaruh mahathir sudah tipis utk mengancamnya.

perkembangan semasa menunjukkan:

1. najib akan terus kekal pm kerana mendapat sokongan dari parti2 pembangkang yg merasakan mereka akan lebih rasa selamat dan makin kuat jika najib masih berkuasa. dikuatiri penggantinya kelak mempunyai keberanian dan sokongan padu dari org melayu.

pemimpin pembang sudah mula memujuk anwar supaya terus bersabar dan tidak meneruskan tekanan kpd najib bagi memastikan pru14 menjadi kerja mudah untuk mereka menawan putrajaya jika najib kekal sebagai pm yg terus leka mengambil hati org cina.

2. pesaing terdekat yg mampu bertanding presiden umno setakat ini adalah muhyiddin yassin dan zahid hamidi belum menunjukkan tanda2 sanggup bertanding jawatan presiden.

3. adalah dijangkakan jika ada sedikit sahaja pergerakan dari muhyiddin untuk mencabar najib, zahid hamii akan diminta untuk bertanding timbalan presiden - kedudukan yg merbahaya bagi muhyiddin. zahid tentunya lebih selesa untuk bertanding jika mendapat restu najib.

4. malah dalam keadaan sekarang, muhyiddin bila2 masa boleh dicabar dan dijatuhkan berdasarkan najib telah pun memasang orang2 nya di sekeliling muhyiddin.

5. bagaimanapun najib perlu berhati-hati kerana sentimen akar umbi umno sekarang bukan sekadar tidak berminat dengannya malah sudah benci - sudah ramai yg tukar channel setiap kali najib di udara.

6. najib terselamat dari ancaman mahathir kerana mukhriz tidak mempunyai pengaruh di pusat dan sokongan group paklah diketuai kj sebagai ketua pemuda sangat kuat di belakangnya. siapa lagi org mahathir?

sharizat atau siapa sahaja penggantinya ( halimah sidique? juga dlm kawalan najib.

permainan politik najib dalam umno memang hebat tetapi jika terus kekal - umno akan terjun longkang di pru14...terpulang kpd ahli umno.

# ramai ahli umo akan jadi non-party-member selepas pau jika najib kekal.

No comments:

Post a Comment