Friday, March 6, 2015

Sanusi Junid, AKJ, Ibrahim Ali sewajarnya tidak terlibat jika ini satu perjuangan peribadi Sabbaruddin..

Adakah ini satu lagi kes perjuangan peribadi (?) yang bersandarkan kepada kelemahan Hassan Malek (sepupu Rosmah(?)) dalam kes hutang Deepak kepada Bank Rakyat.

Pembayaran hutang Deepak kepada Bank Rakyat melalui pos dated cek tanpa pembayaran awal RM5juta bukanlah sesuatu yang sangat sensasi sebagai isu besar nasional kerana ia boleh diambilkira sebagai budibicara pihak bank atas nasihat Hassan Malek.

Perjuangan peribadi atau kekecewaan Sabbarudin lebih kepada jawatannya sebagai Pengerusi Bank Rakyat tidak disambung oleh Hassan Malek secara budiman (?)

Jika ini perjuangan peribadi kenapa begitu ramai bintang-bintang politik turut terperangkap untuk bersama memberi sokongan...semua ini mencemar perjuangan asal  !!! TS Sanusi, Ibrahim Ali dan AKJ adalah di antara yang sewajarnya tidak dilibatkan atau melibatkan diri..

Penyakitnya pemimpin politik yang pada suatu masa dulu berjawatan kini masih ketagih nak berjawatan tanpa ukur baju di badan sendiri. Polisi melantik mantan seperti contoh Syed Hamid Albar ke jawatan Pengerusi Spad sangat tidak kena kerana menafikan pemimpin pelapis yang sepatutunya diutamakan, dididik untuk mengambil alih kepimpinan negara sautu masa nanti. 

Kayu kalau dah reput di makan anai-anai boleh kuat semula ke kalau taruk gam gajah (?)

2 comments:

  1. Yang jadi masalah kenapa deepak dapat keistimewaan????rosmah tu siapa?????p.m ke boleh mempengaruhi keputusan!!!!

    ReplyDelete
  2. Kalau dah No 1 tu lemah ini jadi nya , bila cakap depa marah , tak cakap rasa macam meluat , tak kan sampai umno melingkup hancur baru nak sedaq , betul-betul tak guna la depa semua ini sama macam si peliwat .. Hai malaysia malang sungguh ada ahli politik semua dah tak ada kualiti macam haram jadah.

    ReplyDelete