Google+ Followers

Thursday, October 13, 2016

SIAPA CAKAP AKU TAK TAKUT (?)

KEMASKINI:

Tahniah...
 Sultan Kelantan telah dilantik sebagai DYMM YANG DIPERTUAN AGUNG mulai l3 Disember 2016
Sultan Perak jadi Timbalan 




Politik itu hanyalah perkataan yg membawa maksud mengikut kefahaman masing~ masing. Boleh jadi, ianya bersifat negatif mahupun bersifat positif melihat perancangan, perilaku penggerak serta tindakan.

UMNO pd preliminari kemunculannya, cukup hebat, hatta dgn teras perjuangannya yg ingin merealisasikan erti kemerdekaan serta hak keistimewaan melayu. UMNO adalah rumah melayu.

Detik berganti minit, minit bergantikan jam, jam pula menggantikan hari. Setelah berabad lamanya, ' rumah ' itu semakin usang. Tiangnya Hampir roboh, atapnya bocor, dinding sudah dimakan anai2 dek kerakusan, tamak haloba serta sarakah menggila pemimpin UMNO.

Tidak perlu menceritakan lagi tentang rasuah, nepotism, kroni2 bangsat, skandal billion wang rakyat yg dikerah tanpa noktah melalui kelicikan dlm 1MDB, SRCC dan banyak lagi... sudah2lah kawanku

UMNO wajib ada penggantinya yg lebih berdaya saing, trensperensi, telus, lebih segar utk menongkah arus cabaran global dan kepantasan era digital tanpa batasan.

UMNO sudah begitu uzur dan kansernya sudah tidak dapat dirawat lagi.

Jangan sampai bila UMNO ditalkinkan, busuknya masih lagi terpalit pd orang melayu. Nauzubillah.

Berhijrahlah  dlm kontekstual yg lebih besar bukan sekadar  BR1M mahupun dedak yg sehari dua...Rakyat tidak terhutang budi kepada pemimpin tetapi pemimpinlah yang terhutang budi kepada rakyat kerana memilih mereka menjadi kerajaan dan hari ini mereka kaya raya melampau melepasi 7 keturunan.. 


Melayu bukan peminta sedekah, tapi UMNO lah yg jadikan melayu sebegini...

Kami mahukan joran atau jala, bukan umpan utk sesuap nasi...

Jangan sampai anak-anak kita bertanya;

*"DIMANA MAK DAN ABAH SEMASA SKANDAL PENYELEWENGAN TERBESAR YG MERAGUT MARUAH MALAYSIA DI MATA DUNIA? HANYA KERANA SEDIKIT DEDAK, ABAH DAN MAK SANGGUP MELACURKAN HUKUM AGAMA DEMI SESUAP NASI DAN BERI KEPADA KAMI? APA YANG MAK DAN ABAH INGIN UNGKAPKN, BILA BERTEMU MAHA PENCIPTA?..."*

2 comments: