Friday, October 28, 2016

UMNO, PAS DAN BERSATU JANGAN BEREBUT SANGAT NAK JADI HERO MELAYU...







Sedangkan akhlak dan kehidupan tidak selaras dengan Islam.





Muhd Zaki Aminudin:
1. Mendengar berita kematian:


Melayu : Alfatihah
Islam : Innalillahi wa inna ilaihi rojiun

2. Usung jenazah


Melayu :
Baca al fatihah sambil usung jenazah. Jenazah akan ditanam di tempat yang keluarga request. Contoh meninggal dunia di Sarawak, tapi disebabkan keluarga di selangor maka jenazah akan dibawa pulang ke selangor untuk dikebumikan.

Islam :
Usung seperti biasa tanpa ada sebarang bacaan dan percepatkan hantar jenazah ke kuburan bukan perlambatkan dengan bacaan tertentu. Jenazah ditanam di tempat perkuburan yang paling hampir dengan jenazah yang meninggal dunia.

3. Tanam jenazah


Melayu :
– Jirus air dengan jug yang diikat kain putih
– Tabur bunga
– Tabur batu

Islam :
Tiada sebarang jirusan air. Jika jirus air atas alasan untuk melembapkan tanah tidak mengapa namun jika air dijirus agar mayat sejuk maka ini kepercayaan yang merosakkan aqidah.

4. Kubur jenazah


Melayu :
– Kubur dihias bagai pengantin
– Kubur ada bangunan
– Kubur ada nama, tarikh hidup dan mati
– Ada pakej upah baca Al Quran
– Batu nisan 2
– Kubur dijadikan masjid tempat beribadah dan meminta
– Perlu beri wang kepada orang solat jenazah
– Perlu beri wang kepada penggali kubur
– Perlu sediakan wang sekurang kurangnya $ 1000…MasyaAllah.

Islam :
– Kubur tidak ditinggikan malah diratakan, tiada hiasan.
– Kubur tiada bangunan
– Kubur tiada sebarang kapur, nama, tarikh hidup dan mati
– Tiada upah bacaan Al Quran di kuburan
– Batu nisan 1
– Tempat beribadah di masjid bukan di kuburan
– Tiada wang pun diperlukan kerana tugas uruskan jenazah *FARDHU KIFAYAH* bagi umat islam.

5. Kenduri arwah


Melayu :
Keluarga si mati buat upacara ritual kenduri bagi arwah dengan bacaan tertentu, doa tertentu, surah Yasin sambil dihadiri tekong tahlilan arwah bagi mengisi perut tetamu dengan juadah makanan walau keadaan susah dan terpaksa. Bersedekah tidak salah dengan meluruskan niat.

Dilakukan selama 7 hari, 40 hari dan 100 hari atas kepercayaan agar mayat tidak diseksa dan tidak disoal di dalam kubur.

Ritual seperti ini adalah milik agama *HINDU*

Islam :
Tiada kenduri buat jenazah. Yang ada ialah mendoakan jenazah di mana saja berada.

Allahummaghfirlahu warhamhu waafihi wa’fuanhu ( jenazah lelaki )
Allahummafirlaha warhamha waafihi wa’fuanha ( Jenazah wanita)
Jiran terdekat memberikan makanan kepada keluarga si mati kerana mereka sedang berada di dalam kesusahan dan kesedihan.

6. Talqin


Melayu :
Talqin akan dibaca di atas kubur oleh imam yang diupah. Imam akan berikan jawapan bocor kepada si mati untuk jawab soalan kubur. Imam dan makmum duduk di atas kubur sambil imam membaca talqin dengan menyebut nama fulan / fulanah binti ibu.

Islam :
Tidak ada sebarang talqin bocorkan jawapan kepada jenazah. Kerana jenazah sudah membawa amalannya sendiri untuk menjawab soalan di kubur. Luruskan niat jika talqin sebagai dakwah untuk saling mengingati hari kematian akan tiba kepada yang menziarahi si mati di kuburan itu tidak mejadi kesalahan, kerana Allah ingin kita saling mengingati tentang hari kematian.

Berlapang dada , renungkankah…Melayu sekadar bangsa dan islam itu akidah kita..

Jadikan pesan Nabi SAW dlm hadis sebagai panduan:-

“Barangsiapa membuat suatu perkara baru dalam urusan kami ini (urusan agama) yang tidak ada asalnya, maka perkara tersebut tertolak” (HR. Bukhari no. 2697 dan Muslim no. 1718)

6 comments:

  1. Wah..lu sudah jadi kes berat kluangman...takat jirus air atas kuboq tadak hal. Jangan jirus beer sudah lah..yang mau tahlil sebut kalam suci itu dosa datang dari mana. .jangan dangdut atau tong tong Che macham China itu kira ok lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Wah..lu sudah jadi kes berat kluangman...takat jirus air atas kuboq tadak hal. Jangan jirus beer sudah lah..yang mau tahlil sebut kalam suci itu dosa datang dari mana. .jangan dangdut atau tong tong Che macham China itu kira ok lah..

    ReplyDelete
  3. bila dah xde idea nak tulis kat blog.....

    ReplyDelete
  4. Islam Melayu tak lah sehebat manapun sebab itu mudah kena kelentong. Derma dan rasuah sudah tidak tahu dibezakan sekadar dedak dalam bentuk BRIM..

    Mati semut kerana gula, mati Melayu kerana dedak.
    DAP dan cina suda tidak dapat dibezakan..

    Cina DAP musuh..cina bagi rasuah. Telan, kawan.. Adik abang

    ReplyDelete
  5. China Dap musuh? Biaq betui hang ni Kluang Man. Dah u-turn tak support satu orang India Tua Kera_la dan Jawa Pagoh yg sekongkoi dengan Dap tu ka? Kalau nak balon jangan pilih2. Tak betui ja balon tak kira siapa termasuk adek beradek sendiri. Baru adil

    ReplyDelete

WORLDCOIN dan AI

PERKENALAN  Businesses that integrate World ID. On the other hand, World ID can lend a hand in reducing fraud, minimising data collection an...