Tuesday, December 27, 2016

APA NAWAITU BRIM TERSURAT TERSIRAT




1.Dakwaan Tun M unsur rasuah dalam BR1M bukan tanpa asas.Hisbah berpandangan ianya  mempunyai asas dan perlu diteliti.


2.Kita maklum rencana asal BR1M datang dari Bank Negara dan pada hemat Hisbah ianya mempunyai merit dari sudut ekonomi dan juga sosial.


3.Semasa di Kementerian Kewangan saya sendiri pernah menyatakan dari sudut Islam pemberian cara ini amat dekat dengan prinsip pemberian zakat dalam islam kerana ada tumpuan kumpulan sasar seperti konsep asnaf.


4.Persoalan rasuah timbul apabila pemimpin politik yang desperado dan terdesak ambil kesempatan dari konsep dan rencana yang baik ini untuk tujuan dan kepentingan politik.


5.Buktinya didalam ucapan penggulungan perhimpunan UMNO baru2 ini Presiden UMNO  umum bahawa pemberian BR1M 3 fasa dan fasa akhir di berikan melalui UMNO bahagian.


6.Disini wujud elemen rasuah kerana UMNO berkepentingan sbg parti yang mahu meraih undi.memberi wang secara langsung kepada pengundi oleh sebuah parti yang akan sertai pilihanraya boleh menjadikan perbuatan memberi itu kepada perbuatan merasuah.


7.kalau tiada niat mempengaruhi dan merasuah mengapa pemberian melalui UMNO?dari sudut pentadbiran kewangan negara juga salah kerana UMNO adalah sebuah parti bukan sebahagian jentera kerajaan.Sumber dana BR1M adalah dari hasil cukai rakyat kepada kerajaan.cukai dan hasil kerajaan bukan bersumber dari ahli umno sahaja.mengapa UMNO mendapat hak eksklusif membuat pemberian?mengapa parti lain tidak mendapat hak ini?


8.ini lah satu lagi bukti bagaimana dasar baik disalahguna bila pemimpin sudah terdesak dan mahu terus bergayut pada kuasa dengan apa cara sekalipun.(at all cost)


9.Kesimpulannya dakwaan Tun Mahathir ada unsur rasuah didalam BR1M bukan tidak berasas sama sekali.dakwaan itu ada asasnya pada hemat Hisbah.


Mohamad Ezam Mohd Nor
Pengerusi Hisbah
27 Disember 2016



16 comments:

  1. Wahh..apa cerita nii kd..pm najib bagi brim dlm masa sama tarik subsidi..harga brg melambung tinggi..tambah lagii dgn gst yg pada awalnya didakwa boleh turunkn harga brg...brim nii nk ikat kaki kita jerr..penarikn subsidi demi kepentingan rakyat katanya..walhal ia adalah rompakan secara berhemah oleh pm najib..💰🔪🔫

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib lebih teruk dari buruk siku.

      Konon bagi sedekah (Brim)
      tapi tarik balik lebih serakah.
      Pura-pura baik
      tapi berhati taik....!!!

      Delete
    2. Assalamualaikum..... sama2 kita fahami bagaimana perjalanan subsidi bersasar dan mengapa subsidi pukal secara beransur ditarik dari pasaran. Mungkin ramai yang terkesan... tp adalah lebih baik kita melihat hikmahnya secara menyeluruh..... fahami tujuan sebenar subsidi.

      Delete
    3. Pengertian sabsidi ialah bantuan dari pihak majikan/kerajaan kpd pekerja/rakyat... mengurangkan kos barangan. Contoh, semasa saya bekerja dulu, pekerja diberi sabsidi untuk makan tengahari/minum. Tapi sabsidi ini tidak boleh dituntut atau ditukar ganti dalam bentuk cash/tunai oleh pekerja.
      Makan Tengah hari - RM1.00 (Sabsidi Majikan) + RM2.00 (Pekerja) = RM3.00
      Majikan akan bayar kpd sabsidi makan kpd pihak kantin berdasar jumlah kupon terkumpul.

      Samalah seperti kaedah sabsidi bantuan era Tun Mahathir. Meaning...subsidy that was paid usually by (Tun Mahathir) government to keep the price of a product or service low to help the rakyat. Fahammmmmmm......??????

      Bukan cara Najib memberi sedekah dan mentransformasikan rakyat jadi PENGEMIS tak berintigriti. Dan juga buruk siku, beri keciput tarik balik berlipat-lipat ganda.

      Delete
    4. Kenapa tak nak ulas subsidi bersasar?....

      Delete
    5. Apa yg kamu faham tentang sabsidi? Apa pula yang sasar tu? Cuba huraikan.

      Delete
    6. Entah2 kamu nie menyasar tak, juga sabsidi Brim Najib itu turut sama menyasar, kan..kan..kan?

      Delete
    7. Kamu yg tak berani.... jawab dulu subsidi bersasar.... bersasar dan menyasar adalah dua perkara yang jauh berbeza. Jangan cuba mengelirukan.

      Delete
    8. Kalau bahasa pasor.... ada gak sebutan yg membawa maksud lebig sakastik.... "menyasor"..... kira macam Tun.... dan penulis kat atas ni lah... si othaman..... segala strategi dan tulisan dan langkah nyer menyasor ...

      Delete
  2. Kejora guna taktik lamanya iaitu sabotaj ruang komen.

    Tanda2 blog KD memberi kesan dan Kejora dah mati akal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe aku tarik aje scroll tab kat belah kanan ni
      cubaan sabotaj ni tanda2 desperate la tu

      Delete
  3. Bg sapu je tp nak undi BN tidak lg.

    ReplyDelete
  4. Mme nak fofularkan blog ni... dolu putrayahudimerdeka... mme fofular putra tu beratus komen... strategi kami mme mcm tu bagi fofularkan blog maha mega batuapi yg kuat fitnah... so what's. .?

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...