Friday, March 24, 2017

GESAAN MELAYU TOLAK DAP SUDAH TIDAK BERKESAN

Gesaan umno yang menggunakan isu racist dan PAS yang menggunakan isu ugama untuk Melayu tolak DAP terutama menjelang pilihanraya sudah tidak berkesan tetapi lebih kepada menunjukan kedua dua parti tetsebut cemas dan takut.

PAS atau umno,  calon mereka tidak akan bertembung dengan calon DAP tetapi kebencian mereka terhadap DAP sangat melampau.

PAS Hadi Awang sepatutnya lebih beruntung jika bersama DAP untuk berhadapan dengan umno telah memilih jalan songsang untuk bersama umno yang sedang runtuh.

Betul lah kata azmin,  lebai sedang berangan nak tawan Selangor sedangkan Kelantan dalam tangan pun belum tahu lagi kali ini.

Politik kebencian kepada sebuah parti yang sah di sisi undang-undang menunjukan kedua parti hilang pedoman, tidak matang dan tidak budiman.

Punca kenapa orang Melayu semakin boleh menerima DAP kena diketahui.

Sokongan Melayu kepada DAP bukan membabi buta,  ada sempadan dan had.

Masih dalam kewaspadaan DAP masih dikuasai orang kapir,  musuh Islam tetapi boleh berkawan selagi selari dengan nilai Islam dan tidak menunjuk pertentangan secara kasar.

Selagi mereka bersuara dan menuntut hak mereka mengikut Perlembagaan, adalah dibenarkan, kena rasional.

Bila Pakatan BERSATU terima DAP ia tidak banyak beza umno terima mca dan mic,  tidak banyak beza semasa PAS nik aziz terima dap.

Jika dikaji,  PAS pecah kepada ANANAH atas beberapa faktor dan antaranya PAS mungkir janji terhadap DAP dan PKR dalam konsep permuafakatan Pakatan Rakyat.

Umno sendiri berpecah kepada BERSATU atas faktor skandal 1MDB yang melibatkan peribadi Najib yang dibebankan kepada umno dan kerajaan.

Apabila BERSATU bekerjasama dengan dap, secara tidak langsung ahli dan penyokong akan menyokong DAP dengan prinsip dan dasar yang telah ditentukan parti.

Apakah umno akan minta pengundi Melayu jangan sokong calon mca dan mic semata mata mereka bukan Melayu dan kapir?

Jangan double standard?

Momokan DAP akan menguasai BERSATU, AMANAH DAN PKR sangat lucu tidak bertempat.  Yang percaya tidak lain dan tidak bukan kerana gagal berfikir.

Mereka yang memusuhi DAP atau berkawan dengan DAP wajar mempunyai jati Melayu yang tinggi dan berakhlak mulia mengikut sunnah dan Al Quran untuk DAP takut atau hormat.

Sekadar menyatakan DAP jahat dan buruk tetapi diri sendiri terpalit najis adalah kerja sia sia.


32 comments:

  1. Tak payah lah nak agung2kan kafir. Kau cakap macamana pun, kau bagi berapa banyak alasan pun... majoriti orang Melayu masih menyampah dg DAP. KD..Melayu yang melalak macam kau ni asyik dok kipas DAP tak berapa kerat pun.
    Dengan lain perkataan... the silent majority of the Malays still totally reject DAP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mca tak kafir? MIC tak kafir? knp DAP je yang kafir tuan? boleh terangkan? tujuan tuan hanya untuk pertahankan penyamun je..

      Delete
    2. Kena sayanglah sbb harta samun boleh dibahagi sama byk..sama2 merasa..

      Delete
    3. anon 7:09, awak ni lupa seperkara. mca, mic tu bukan bang besar. abang besar dalam bn adalah umno. namun dalam pakatan harap-harap tu, dap adalah abang besar! kalau dap suruh amanah, bersatu pergi korek hidung, tentu parti2 tu tanpa bertangguh akan korek hidung masing2. semudah macam tu pun kamu masih tak faham?

      Delete
    4. Anon 729... Away ni lupa seperkara... Umno dulu ye abg besar sekarang umno abg besar perompak penipu pengecut perampas

      Delete
  2. Kalau Melayu tolak DAP normal
    Kalau Melayu tolak UMNO?

    DENGAN LAIN PERKATAAN.. THE SILENT MAJORITY OF MALAYS TOTALLY REJECT UMNO,
    THE MAJORITY OF CHINESE AND NON MALAY TOTALLY REJECT UMNO..

    kenapa dulu kenapa majority Melayu dan Bukan Melayu sokong umno tetapi tidak sekarang?
    SEBAB UMNO SEKARANG CORRUPTED..

    kikikiki

    ReplyDelete
  3. Anon 4.27 PM, selagi Pakatan Harapan bersekonkol dengan DAP.....selagi itu lah akan ada Melayu yang menyokong UMNO.

    ReplyDelete

  4. anon 4:43, setuju melayu dedak dan otak berkarat masih kekal sokong umno corrupted - normal


    Kikikimi

    ReplyDelete
  5. Anon 4.27 PM....selagi Pakatan Harapan bersekonkol dengan DAP, selagi itulah akan ada Melayu yang menyokong dan mengundi UMNO. DAP masih ada agenda tersembunyi yang akan menjahanamkan Melayu. Peristiwa 13 Mei dan peranan DAP tidak akan hilang dari catitan sejarah.

    ReplyDelete
  6. Melayu yang memaki Melayu lebih berkarat otaknya.... Cina tersenyum.

    ReplyDelete
  7. Umno tidak perlu menakutkan melayu untuk menyokong dap kalau majoriti melayu menyokongnya tetapi dia sedar tunggal saki baki melayu dedak yang menyokongnya, itu sebablah cina dap diburukan, cina jholow didukung.

    ReplyDelete
  8. UMNO tidak menakutkan Melayu. Apa yang telah dilakukan oleh DAP sebelum ini sepatutnya di takutkan oleh Melayu. DAP ada agenda tersembunyi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. DAP cuma tanding tak sampai 25% kerusi parlimen. DAP ada orang melayu lagi tu. Apa yg ko cuba analisa tu 5.05? Mcm bodo benyai tak masok akal la. Ko mesti gagal sifir basic kan? kesian

      Delete
    2. yang bodo benyai ialah anon 6:05. apa yang kau tulis dalam statistik kau tu sikitpun tak membantu kau berfikir. kalau dengan hanya 25% kerusi parlimen yang ditandingi (itupun bukan menang semua)sudah boleh jadi abang besar dan jadi kuasa pemutus, bagaimanakah nanti sekiranya lebih banyak kerusi ditandingi dan menang? so, yang otak kelabu dan benyai punah ranah tu siapa beb? basic kau ni dah ke laut.....

      Delete
  9. Apa yg umno buat sekarang lebih menakutkan, corrupted lanun

    Apa yg dap buat? Apa yg dia boleh buat? Kuasa pun tak ada? 10 kali pru lagi pun, dia tetap tak boleh berkuasa, jumlah kerusi tidaj mencukupi, apa yg kau merapu ni

    ReplyDelete
  10. Aku suruh kau pilih melayu selain dari melayu umno yang corrupted, bukan aku suruh pilih dap?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melayu dah hina pun ko pilih, asal.melayu. Jenis ko ni kalau ketua minta lahap taek low, ko mmg suka. Sel Akal dah putus dan tumpul. Kesian la ko ni 537

      Delete
  11. Melayu bodoh sedang buat analisa tentang DAP haha.....atau sebenar nya cina DAP yang menyamar jadi melayu untuk terus membodoh-bodoh kan melayu...mereka sedang berkampung dan bersuka ria di blog kawan baru mereka....orang kluang.

    ReplyDelete
  12. Sokong Bersatu. Tolak kleptokrasi. Tolak penipu melayu. Tolak penindas melayu.Tolak perosak melayu dan negara. Siapa orangnya? Seluruh dunia tahu. Seluruh dunia menyampah.

    ReplyDelete
  13. analisis kd tentang sokongan melayu kepada dap nampak macam meleset dan dah sampai tebing sebelum terjunam ke laut. kd ingat semula pru13 dahulu? bukankah masa itu ramai melayu yang mengundi dap dan memenangkannya. contoh ialah parlimen raub. adakah di raub majoriti pengundi masyarakat cina? tidak. melayu dalam pas yang mengundi dap (utk makluman, mp raub adalah melayu). ketika itu pas bersama dap dalam pakatan rakyat. adakah ketika ini pengundi melayu pas masih dalam sentimen yang sama seperti pru13? jadi, temberang kd mengatakan bahawa melayu semakin intim dengan dap nampaknya karut marut. melayu pas totally akan tolak dap. yang ada mungkin melayu dalam amanah dan bersatu yang senyap2 sokong dap. so, analisis kd pasal melayu mesra dgn dap hanya mimpi mainan tidur ajelah.

    ReplyDelete
  14. Setuju dg Anon 7.43 PM.

    ReplyDelete
  15. Apa ni, sendiri tulis, sendiri setuju? Lawak tul kau ni?

    Melayu sokong dap bukan terus gi sokong dap, bahalol tul kau

    Melayu di amanah, pkr dan bersatu akan sokong dap

    Cina melalui dap akan sokong pkr, amanah dan bersatu

    Sokongan melalui parti

    Ertinya di pru14 sokongan melayu ke atas dap akan bertambah dan sokongan orang cina kepada bersatu pkr dan amanah juga bertambah

    Melayu umno dan melayu pas tidak sokong dap sebab umno dan pas tidak lawan calon dap

    Kalau melayu pas dan melayu umno sokong mca atau mic, sikong kapir juga
    Apa mca dan mic tidak anti Islam?

    ReplyDelete
  16. Blog lidah rasmi dap ..Melayu Lupa daratan

    ReplyDelete
  17. kekadang payah untuk aku percaya betapa kd ni dah semakin merapu. sejak dua menjak ni bukan main lagi dia lambung dap. semacam pulak gaya penulisannya. dap baguslah, dap teluslah dan dap berjuang untuk semua kaum. layak dapat pingat jasa kebaktian anugerah kit siang khusus kerana mengangkat parti dap. yang lagi seronok, malah beronok-ronok,lambungan kd disambut pulak oleh kuncu2 melayu dari pkr, amanah dan bersatu dengan timang-timangan lenggang kangkung. seolah dap parti keramat dan penyelamat umat melayu malaya dan agama Islam. tiada yang tersembunyi dalam agenda dap. dap bukan kuatpun, hanya bertanding tidak lebih 25% kerusi. kerusi melayu lagi banyak dari kerusi cina bla bla bla. banyak yang subhah dah jadi halalan toiyiban! tu dia penangan tulisan kd. cuma satu yang aku masih belum temui, adakah begini juga bentuk penulisan oleh blogger tegar dap? adakah blogger dap akan memasyhurkan parti2 asuhannya seperti amanah, pkr dan bersatu? entah, kd ada jawapannya. cuma sangkaan aku, blogger dap akan kepilkan sedikit lambungan dan pujian kepada parti2 asuhannya agar kekal istiqomah menyokongnya, walaupun sokongan itu akhirnya nanti akan merebahkan terus melayu. apa peduli, hati sudah marah sama benci maaa.....

    ReplyDelete
  18. anon 9;43, Aku sedang google tentang jho low, riza aziz, raja petra, putra almarhum raja arab saudi untuk dilambung tinggi dalam blog ini sebagai penyumbang jasa dan bakti kepada negara.

    ReplyDelete
  19. Teruja kit siang debat tun n nazri. Harapannya terbuka aib Tun oleh bangsa sendiri? Bukankah Tun musuhnya selama ini? Bijak2. Dulu PAS kini PPBM. TIPUDAYA YANG HEBAT?

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...