Google+ Followers

Wednesday, March 22, 2017

NAZRI MASIH DI SKRIP TERBAIK SETAKAT INI

Siri : 768

SEMATA-MATA UNTUK TUTUP PEKUNG NAJIB RAZAK BERKAITAN SKANDAL 1MDB - MENTERI NAZRI AZIZ DILAYAN LEBIH BURUK DARIPADA PEMBANGKANG OLEH KERAJAAN NAJIB RAZAK !!!

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
AsSalaamualaikum dan Salaam Sejahtera :

1. Rentetan perkembangan peristiwa, pada hari semalam, 21.03.2017, berkaitan DEBAT antara TUN DR MAHATHIR vs NAZRI AZIZ yang sebelum ini dijadualkan berlangsung di MRSM KUALA KANGSAR pada 25.03.2017, dan keputusan pihak POLIS untuk tidak benarkan DEBAT itu berjalan seperti dijadualkan (walaupun atas alasan yang TIDAK SAH di sisi undang-undang, yang tidak dihasratkan untuk dibincangkan di tahap ini), telahpun saya sentuh dalam Siri : 765 pada hari yang sama.

2. Perkara pokok yang perlu diteliti oleh kesemua Rakyat yang prihatin adalah, bagaimana sifat Kerajaan NAJIB RAZAK yang sanggup melayan seorang MENTERI dalam ahli Jemaah Menteri NAJIB RAZAK sendiri, dengan begitu KEJAM dan BIADAP, sehinggalah terZAHIR keTAKUTan dan keBACULAN NAJIB RAZAK, akan hakikat bahawa SALAHLAKU KEWANGAN dan SALAHLAKU KUASA oleh NAJIB RAZAK dalam isu "SKANDAL 1MDB" semestinya akan menjadi "terang lagi bersuluh", jika DEBAT itu dibenarkan untuk diteruskan, hatta percubaan untuk diSABOTAJ akan DEBAT itu secara salah melalui POLIS !!!

3. Kenyataan NAZRI AZIZ, dalam nada penuh kekecewaan, seperti yang dipetik dalam Video KINITV (di Ruangan Bawah Kiri) mengatakan :

"Jadi saya tidak faham mengapa pihak polis menolak hak saya ?",
(Tempoh - 2:00 hingga 2:06)

"Semenjak bila kita jadi 'police state' ini ? Semenjak bila satu hak seorang individu boleh dihalang kalau sekalipun dia tidak melaku kesalahan, boleh dihalang oleh orang-orang lain ? Jadi saya amat dukacita sekali, I am very disturbed. ", dan
(Tempoh - 2;17 hingga 2:37)

"I am a Minister dan Tun adalah  bekas Perdana Menteri."
(Tempoh - 3;00 hingga 3:04)

4. Juga sebagai respons terhadap keputusan, dalam percubaan untuk diSABOTAJ akan DEBAT itu oleh Kerajaan NAJIB RAZAK secara salah melalui POLIS itu, TUN DR MAHATHIR telah dipetik dalam Video SINARTV (paparan di Ruangan Atas) sebagai berkata :

"Kalau saya nak jumpa dengan dia seorang saja, tak ada maknalah, Ini seperti menyembunyi kebenaran daripada rakyat. Kita mahu 'open' ... ", dan
(Tempoh - 0:14 hingga 0:25)

"Saya bersedia untuk mengadakan 'debate', bukan saja nak pergi situ untuk bertemu dengan Nazri, kalau dia nak bertemu dengan saya dia boleh buat permintaan, dia boleh datang ke pejabat saya."
(Tempoh - 0:47 hingga 1:00)

5. HAKIKAT SEBENAR percubaan untuk diSABOTAJ akan DEBAT itu oleh Kerajaan NAJIB RAZAK secara salah melalui POLIS, adalah disebabkan keTAKUTan dan keBACULAN NAJIB RAZAK, bahawa SALAHLAKU KEWANGAN dan SALAHLAKU KUASA oleh NAJIB RAZAK dalam isu "SKANDAL 1MDB" semestinya akan menjadi "terang lagi bersuluh", jika DEBAT itu dibenarkan untuk diteruskan !!!

6. Walau apa sekalipun, di tahap ini, nampaknya semacam NAZRI AZIZ masih bertegas hasrat untuk berani teruskan dengan DEBAT itu walaupun di tempat dan tarikh yang berlainan !!! Syabas NAZRI AZIZ, sekiranya pendirian anda ini terus berkekalan sehingga DEBAT berlangsung !!!

7. Dalam memetik NAZRI AZIZ yang memberi respons kepada cadangan TUN DR MAHATHIR sekiranya NAZRI AZIZ tidak dapat selesaikan permasalahan dengan POLIS berhubung dengan jadual asal DEBAT pada atau sebelum tengahari Rabu, 22.03.2017, maka DEBAT itu boleh diadakan di tempat yang tidak akan diSABOTAJ oleh pihak Kerajaan NAJIB RAZAK melalui POLIS lagi, Laporan FREEMALAYSIATODAY pada tarikh yang sama di bawah tajuk " Nazri cadang 7 April, mahu Khalid Samad jadi moderator", telah memetik NAZRI AZIZ sebagai berkata :

"Sinar Harian menghubungi saya, untuk bertanya boleh ke buat di Karangkraf, Shah Alam pada 29 Mac ini. Saya setuju dengan lokasi dan Dr Mahathir ada kata buat pada tarikh dan masa yang lain ... ", dan

"Cumanya, pada 29 Mac ini saya tidak dapat kerana mengikuti rombongan dengan perdana menteri ke India. Saya minta Sinar Harian adakah pada 7 April, sehari selepas Dewan Rakyat selesai bersidang, pada jam 9.30 malam.”

(Screen shot Laporan : Ruangan Bawah Kanan)
(Link Laporan : http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/03/21/nazri-cadang-7-april-mahu-khalid-samad-jadi-moderator/)

8. PERSOALAN HAKIKI : Apakah lagi jalan salah yang akan direncanakan oleh Kerajaan NAJIB RAZAK untuk SABOTAJ pengadaan DEBAT tersebut di mana-mana tempat, ataupun tarikh mahupun masa yang dipersetujui kedua-dua pihak, TUN DR MAHATHIR dan NAZRI AZIZ, kelak ?? !!!! 

9. Walau apa sekalipun, adakah NAZRI AZIZ akan meneruskan dengan 'keJANTANan' untuk hadir di DEBAT itu kelak, dan jikapun dihalang lagi oleh Kerajaan NAJIB RAZAK, adakah NAZRI AZIZ berani untuk  LETAK JAWATAN sebagai MENTERI untuk teruskan 'keJANTANan' hadir berDEBAT kelak, ataupun akan munculnya program "NOTHING TO HIDE -2", di mana NAZRI AZIZ pula mengambil alih watak NAJIB RAZAK untuk GAGAL hadir kelak?? !!!!

KEPUTUSAN 'KEJANTANAN' ADALAH  DI TANGAN NAZRI AZIZ !!!!

8 comments:

  1. Itu lah kerja nya....mengupas mencari kesalahan. Mengupas dengan ayat ayat agar Nazri dan Najib boleh dilaga lagakan.
    Strategi dengki ini boleh dibaca dan dihidu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke suharli, boleh dihidu, makan dedak banyak, hidung dah berfungsi macam babi..

      Delete
  2. Ayat kasi nazri terus jadi jantan. Jangan hilang pulak nanti. Debat tu kita bukan lihat pemenang kerana tak ada hakim. Apa yg kita nak lihat soalan dan jawapan. Jawapan yg mampu menghentikan persoalan seterusnya. Jawapan yg mampu beri keyakinan kebenaran dan sukar nak ditolak. Harap nazri terus jantan yg tegak dan keras sehingga debat diadakan. Kenapa jawapan selama ini kurang diterima? Mungkin sehala berbanding debat 2 hala. Tajuk dah ada dan semua tunggu ulasan nazri dan tun shj.

    ReplyDelete
  3. Anon 4.30PM....jangan main tuduh tuduh saja. Orang lain (4.17PM) yang komen, Suharli yg dipersalahkan.
    Teruk benor pendedak PH ni....hee3.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suharli tersohor sebagai specimen terbaik pelahap kwtulan taek. Maka dimana anan cai timbul, adalah tepat utk petik nama hina ini sebagai rujukan. 822 , faham ?

      Delete
  4. nothing to hide version 2..umno penakut..takut kebenaran akan terserlah..

    ReplyDelete
  5. Tak sampai hati ikuti debat bimbang tersingkap aib Tun. Teringat firman Allah..

    Sapi Betina (Al-Baqarah):72 - Dan (ingatlah), ketika kamu membunuh seorang manusia LALU kamu saling tuduh menuduh tentang itu. Dan Allah hendak menyingkapkan apa yang selama ini kamu sembunyikan.

    Ada baik juga dibatalkan. Tetap kenang jasa2 Tun dan masih menghormati Tun

    Lihat saja... dlm sibuk tuduh 1mdb, kini keluar cerita forex.

    ReplyDelete
    Replies
    1. otak 1122 sepatutnya dipenuhi Taek Sapi, tapi kndungan telh berubah jadi Taek Low, sebab tabiaat pemakanan dan hirupan kingcin lobai yg berlebihan. Kesian

      Delete