Google+ Followers

Saturday, April 29, 2017

LEBAI LEBAI DAH BUAT KEPUTUSAN

PAS sudah membuat keputusan memutuskan kerjasama dengan PKR dan BERSATU dan sedari awal lagi menolak AMANAH dan DAP. 

Keputusan sudah tentu atas dasar merasa diri lebih betul,  lebih suci dari pihak lain dan sekaligus yakin diri boleh bersendiri atau lebih banyak faedahnya jikapun bekerjasama dengan umno. 

Tidak mungkin Hadi tidak punya strategi awal dan berpakat dengan umno dalam pembahagian kerusi untuk kuasa negeri dan pusat. 

Akan ada pertandingan dua penjuru diantara pas atau umno menentang pembangkang tetapi penyokong akan berpakat mengundi calon yang di endorse oleh kedua dua parti tersebut. 

Jika pun ada tiga penjuru,  akan ada calon umno atau pas akan tarik diri di saat akhir dan mengistiharkan sokongan kepada calon bukan Pakatan Harapan. 

Apapun strategi pemimpin di peringkat atas,  tidak akan ada 100% penyokong dan akar umbi akan ikut,  masing masing ada otak dan penilaian tersendiri. 

Pendirian terbaru PAS antara lain mencemar imej ulama yang dibawanya dan adalah wajar imej baru "lebai" lebih sesuai. 

Bukan dasar ulama memutuskan ukhwah dan ulama tidak bersubahah dalam kemungkaran sekadar untuk keuntungan dunia. 

Keputusan PAS tidak langsung mengejutkan kerana pendedahan Rafizi telah menunjukan tembelang sebenar sikap sesetengah pemimpin PAS.



# Keputusan tersebut disambut dengan ribut taufan.. 



Semoga semuanya selamat dan insaf akan ingatan.. 


# Berbaloikah jerit dan laung JAHANAM pada pihak lain. 
http://greenboc.blogspot.my/2017/04/video-pas-sedang-menuju-jahanam.html?m=1


23 comments:

  1. Itu lah ungkapan orang yang dah frust bila PAS tidak lagi mengikut telunjuk Dr M dan PH. Selamat berkempen dan mengundi di PRU 14 nanti....Ini lah kalam terakhir


    ReplyDelete
  2. Tak payah kecewa,,tak ada hal punya..!!

    ReplyDelete
  3. Alahai kluangman,

    Awak tak perlu nk rendahkan golongan ulamak PAS. Siapa yg provoke PAS dgn fitnah, hinaan, cacian? Pakatan Rakyat terutama DAP byk kali cuba pijak kepala. Sebelum ini PAS byk mengalah dgn rakan PKR DAP. Parti cauvinis DAP suka tunjuk taiko dalam pakatan punca perpecahan.

    ReplyDelete
  4. Menilai orang lain dari sudut pandangan kita mesti lah kita yang betul dan orang lain bodoh hanya krn tidak mahu bersama kita.Itu yang dinamakan penilaian sebelah pehak.

    Tak banyak beza nya dgn undang2 sebelah pehak macam cerita P.Ramlee kisah si dua Abdul yang terjual tu.Jadi satu Abdul yang dikatakan bodoh dan mentah ni tak mahu terperangkap dengan undang2 sebelah pehak,dia nak undang2 dua belah pehak.Jadi mesti lah betul kan.

    ReplyDelete
  5. Undi pas bermakna setuju dengan najib.

    ReplyDelete
  6. Asal bkn pandap pkrbersatu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Say No To Umno & Pas

      Delete
    2. Say No to #PH(Roket, Bulan Sabit Kembaq, Kuali dan Cap Bunga).. Hancur-hancur, Hancur Pakatan Harapan.... Rupa2nya Tun M pun kaki korup... Allahuakhbar... Allah Maha Bijaksana... Allah dah tunjuk belang sikap Tun M ketika dah TUA...

      Delete
    3. la ni si MO1 yg kleptokasi PAs dok junjung apa cer..

      Delete
  7. Lebai Munafik yg SAH sekongkol dgn gerombolan Zalim dan Mungkar.
    usah diuli,ulas PAS .mg Lidah biawak.
    fullstop.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depa punya serban ikat kat kepala ketat sungguh. Darah tak mengalir ke otak depa

      Delete
  8. Syabas Dr Mahathir Mohamad kerana mengalami dua kekalahan dalam tempoh satu minggu:
    1. Saman Dr Mahathir dan dua orang lagi keatas Najib kerana salahguna kuasa sebagai penjawat awam ditolak oleh mahkamah.
    2. Pinangan PPBM ditolak oleh PAS

    Lepas ni dah tentu bukan setakat umno/bn yang diserang. PAS pun akan diserang.... diselongkar dan di selak selak. DAP, PKR dan PAN ( banyak mana sampah sekali pun) akan terlepas dari serangan Dr Mahathir Mohamad.

    ReplyDelete
  9. Klau lebai lebai yg buat keputusan, maka segala tindak tanduk dap selama ini adalah keputusan paderi paderi kristen. Ribut datang pun sebab doa paderi (ikut logik kluangman)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 3:42, cakap bagi pihak otak engkau dah le, jangan syirik dan sekutu Allah lalu nak kenen konon itu logik aku.

      Apa kau ingat Allah jadikan ribut taufan itu hanya suka suka tanpa ingatan dan amaran kepada manusia.

      Dan bala itu apabila turun dan kena batang hidung puak sendiri, kau nak ubah tiang gol pula..

      Delete
    2. Admin Kluangman..

      # Berbaloikah jerit dan laung JAHANAM pada pihak lain?

      Tapi berbaloikah memaki dan menfitnah kpd pihak sebelah sana? Kesian...pihak kluangman sebelah sini, sampai sekarang duit berbillion tak pernah nak jejak kaki ke Tanah Haram.. Sebelum nak ke Tanah Haram, baik kluangman buat taubat kepada Allah byk2 sepertimana si kafir suruh si muslim bertaubat...Klu kluangman dah ingat bala Allah bukan terjadi suka2, baik jangan jadi penyebar fitnah jika tiada fakta sendiri yang sahih. Jangan kutip dari fakta org lain... Ingat hang dan aku sama.. akan masuk 7 kaki dalam tanah jua, berkain putih. Itupun jika ada jasad dihadapan... Ingat mati sama na....

      Delete
    3. Asyik2 tuduh org fitnah. ko bukan buta, ko tahu. Tapi ko pejam tinggal satu mata. Ko dh jual diri ko spt Dajjal.
      Tanggunglah keputusan sendiri, tapi jgn pesongkan org lain.
      Sesungguhnya aku dia ko balik pangkal jalan.

      Delete
  10. Riak..takbur..makan duit haram..bala?

    ReplyDelete
  11. Admin Kluangman..

    # Berbaloikah jerit dan laung JAHANAM pada pihak lain?

    Tapi berbaloikah memaki dan menfitnah kpd pihak sebelah sana? Kesian...pihak kluangman sebelah sini, sampai sekarang duit berbillion tak pernah nak jejak kaki ke Tanah Haram.. Sebelum nak ke Tanah Haram, baik kluangman buat taubat kepada Allah byk2 sepertimana si kafir suruh si muslim bertaubat...Klu kluangman dah ingat bala Allah bukan terjadi suka2, baik jangan jadi penyebar fitnah jika tiada fakta sendiri yang sahih. Jangan kutip dari fakta org lain... Ingat hang dan aku sama.. akan masuk 7 kaki dalam tanah jua, berkain putih. Itupun jika ada jasad dihadapan... Ingat mati sama na....

    ReplyDelete
  12. Kena kat orang lain..bala...kena kat puak dia..ujian kunun...huhuhu....90 juta tu pun ujian gak..bila x lulus ujian tu yang dapat bala....
    Macam MO1 curi duit lar....x abis2 bala menimpa..last2..abis duit yang dicuri diguna utk cover bala...huhu

    ReplyDelete
  13. Salam. Salah ke Admin memberi pandangan? Manusia dibenar untuk berbeza pendapat.Malapataka merupakan peringatan dari Allah SWT. Dari sudut mana anda melihat kejadian ribut di Muktamar PAS itu? Pasti jawapan ada 2.

    ReplyDelete
  14. Ribu yang melanda muktamar PAS di Alor Star tu, hasil daripada
    doa orang pas sendiri yang MINTAK DIJAHNAMKAN.......hahahaha.
    Dah terima JAHNAM, insoflah.
    Jangan main-main dengan doa.
    Bila-bila Allahj boleh makbulkan.

    ReplyDelete
  15. PAS parti islam Palsu. Lobai makan tin milo

    ReplyDelete
  16. Sokong pandangan KD 100%.

    Teruskan perjuangan KD. Yang benar tetap benar dan akan menang.

    Yang bathil tetap bathil dan pasti lenyap.

    ReplyDelete