Thursday, June 22, 2017

JALAN SUKAR YANG TUN PILIH BERBALOI

Penubuhan Suruhanjaya Diraja siasat Mahathir,  laporan SPRM siasat kekayaan anak Mahathir (motif politik)  merupakan kejayaan terbesar Tun Dr Mahathir sepanjang Ramadhan meningkatkan darjatnya sebagai hamba Allah yang terus diuji dalam dakwahnya menentang salahguna kuasa dan pecah amanah. 


Kepentingan peribadi,  dendam dan sakit hati dengan tema mereka burukan Mahathir, adakah lebih logik,  rasional dan lebih mulia dari tema selamatkan Malaysia yang dibawa oleh Tun. (?)

Apakah wajar sebuah kerajaan yang dikritik menindas rakyatnya sendiri. 

Sudah pasti ada lagi agenda musuh yang menghalalkan cara apabila sudah muflis fakta dan hujah,  itu semua sekadar usaha menyelamatkan diri.

Tetapi Allah tidak lupa membantu Tun dengan dua bonus membenarkan perjuangannya iaitu muncul pergolakan di FGV dan permohonan DOJ ke mahkamah sivil US untuk perampasan hartanah kaitan aktiviti haram 1mdb. 

Di situ juga terdedahnya senarai barang kemas lumayan yang diterima oleh isteri MO1 (hingga sekarang tidak diketahui siapa wanita malang tersebut) bersumberkan wang 1mdb. 

Tidak ada sesiapa yang berani dedahkan siapa sebenarnya isteri MO1 tersebut kerana takut disaman. Tidak pula diketahui apa hubungan wanita yang mahu saman dengan isteri MO1 tersebut. 


Diikuti satu penampar naik ke muka (istilah zamkata)  apabila seorang pemimpin kapir laknatullah iaitu PM Singapura yang meminta maaf kepada rakyatnya kerana isu peribadi pertikaian keluarga yang tidak pun melibatkan satu sen duit rakyat dan negara hilang. 

Apa pula status pemimpin Islam disisi Allah yang kelepek,  salahguna kuasa, zalim terhadap rakyatnya, sudah selayaknya dia menerima pembalasan di dunia dan aqirat. Sudah tentunya secara peribadi ada yang sudah mengadu kepada Illahi di bulan yang mustajab ini apabila aduannya didunia tidak diperduli. 

Benarlah kata TMJ,  kalau nak lemas,  ketul taik pun dipautnya. 




3 comments:

  1. HIDUP TUN M! LAWAN TETAP LAWAN! KEHKEHKEH!

    ReplyDelete
  2. pada aku elok la juga pihak opponent kemukakan tuduhan atau sebarang aktiviti bagi mengekang kelancaran pihak tun berhujah, berpakat dan berpolitik. walaupun isu lama, jika boleh diputar semula apa salahnya. isu kekayaan anak2 tun walaupun tidak memberi impak besar tetapi sekurang-kurangnya menunjukkan bahawa masih ada isu untuk berbalas serangan. yang menariknya politik malaysia ni, tak kira masa tak kira bulan tak kira siang malam, 365 hari setahun adalah masa untuk berpolitik. ini tiada di singapura apatah lagi di amerika. kita raikan sahaja situasi pergolakan politik ini dan saksikan apa kesudahannya. adakah pakatan akhirnya akan mendominasi keadaan dan menggapai kemenangan atau akhirnya najib muncul sebagai juara walaupun tentangan pihak lawan terlalu sengit. pastinya bilamana mana2 pihak menang, yang kalah akan menanggung azab dunia kerana beberapa tindakan politik akan dikenakan. penjara? anwar ibrahim masih lagi tinggal dalam penjara walaupun yang bersungguh-sungguh nak memenjarakannya kini seolah menjadi rakan politiknya. menarik sungguh pemain dan permainan politik ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa bingai sangat 1:36 nih ehh?

      Andai ada 10 beradik dan kesemua telah berpindah kecuali satu yang masih duk rumah pusaka dimana harta pusaka dikikis dan di joli-sakan hingga tergadai kemudian 9 beradik yang lain terlibat untuk melangsaikan HUTANG songlap yang dilakukan yang satu...

      Kalau yang 9 tak kisah kena main kena kelentong kena temberang bersama menanggung HUTANG jadi lah keluarga 69...

      So...this is not about politics anymore...it's about saving the country from these vultures pirates of Putrajaya and the whole gang of Thieves' and robbers holding onto power at the behest of the people yet raped the system along with its wealth...we won't allow it to continue and simply wants the country regain its lost respect and reputation.

      Delete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...