Friday, September 15, 2017

SEMBANG TEPI - PAS MASIH SEBAHAGIAN PEMBANGKANG

Berdasarkan pemahaman dari biro politik PKR, rundingcara dengan PAS dibuat untuk kompromi menentukan kawasan menang bagi kedua dua pihak dan mengelak tiga penjuru.

Bagaimanapun ada juga keperluan tiga penjuru untuk memecahkan undi umno bagi memastikan calon bukan umno menang.

Di Selangor khusus akan ada dua penjuru, PAS lawan umno atau PH lawan umno.

Jika harmoni, akan dilibatkan BERSATU dan di negeri lain untuk kepentingan bersama dan bukannya keuntungan sebelah pihak sahaja.

Tidak timbul kerjasama PH dengan PAS kerana ia sudah lama ditolak oleh kedua dua pihak.

Rundingan formula PRU disokong oleh pelbagai pandangan seperti BERSIH yang dihormati oleh kedua pihak.

Sudah tentu semua rundingan ini tertutup, tidak rasmi dan tidak diumumkan.

Setakat hari ini tidak ada pernyataan rasmi daripada mana-mana pemimpin PAS mengesahkan akan bekerjasama dengan umno.

Mungkin keinginan kerjasama dengan PAS datang dari pihak umno sahaja.
Bertepok sebelah tangan.

Selagi tiada pengistiharan, PAS masih sebahagian dari pembangkang yang perlu dihormati, diberi muka, dipujuk dan dibimbing.


14 comments:

  1. Hehehe...
    Hahaha...
    Hihihi...

    Terhibur baca entry KD kali ni. Mengalahkan maharaja lawak mega

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah berkesan sampai ke tulang hitam, tq

    ReplyDelete
  3. Sah Gila Talak Tahap Cina Buta ni !!

    ReplyDelete
  4. Ku bermohon kasih
    Ku bermohon sayang
    Padamu wahai kembang
    Dalam rindu kasih
    Hamba tak berdaya
    Menempuh jiwa siksa

    ReplyDelete
  5. mmg disahkan 3 (TIGA) penjuru.
    Betul lah telahan Tn KD.
    ABC boleh sesama lawan, atau kombinasi entiti.
    A vs B vs C,
    A vs B.
    B vs C
    A vs C.
    Betul la tu, tak kan la UMNOBN sj tahu deal dgn Pas. PH juga deal dgn PAS? Akal la sikit.
    Yg sah tak ada deal UMNOBN dgn PH sj.
    Ehhh,KD betul la tuuu. Nak marah2 buat apa?

    ReplyDelete
  6. Kasihanilah hamba
    Merayu sehingga merana
    Harum mu menawan
    Hingga tak tertahan
    Menjadi idaman

    ReplyDelete
  7. Duhai paspispus sari
    Bunga kembang suci
    Menimbulkan berahi
    Hamba mohon kasih
    Harapan PRU
    Ku puja engkau saja

    ReplyDelete
  8. Kasihanilah hamba
    Merindu balasan darimu
    Hatiku tertawan
    Tak dapat ku tahan
    Engkaulah idaman


    Tan Sri SM Salim.

    ReplyDelete
  9. Mestilah marah kalau parti Jo lo ajak sembang tepi, pas Tak layan.
    Kikikikiki

    ReplyDelete
  10. Kikiki
    Gelihati je..

    Meracau meraban kutuk kaw kaw..
    Tetiba je nk jilat bontot pulak?

    Kikikikikikikikikikikikikikikiki

    ReplyDelete
  11. Jo Lo gila mana pulak ada parti.Itu la kuat sangat fitnah sampai parti Jo Lo pun dia kata ada di Malaysia ni.Tapi kalau kat Thailand tu tak tahu la.

    ReplyDelete
  12. Kau ni bengap lar KD! Bila masa PAS masuk BN?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya yang tidak waras akan join BN..parti yang korup

      Delete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...