Wednesday, September 27, 2017

AZMIN DIFITΓ‘AH

Sultan Selangor merupakan Ketua Ugama Islam NegeriSelangor Darul Ehsan.

Sewajarnya  jika Azmin dalam urustadbir kerajaan negeri mengabaikan Islam, umno Selangor tidak wajar membuat tuduhan melulu sebaliknya segera membuat aduan rasmi kepada Baginda Sultan.


Perlu juga merujuk terlebih dahulu kepada Exco Ugama Selangor (PAS) dan MAIS.


BERIKUT PERNYATAAN UMNO SELANGOR KETUA PENERANGAN

Para ulamak telah memberikan panduan untuk umat islam dalam menilai baik buruknya sesuatu perkara. 

Dalam ilmu usul fiqh, antaranya terdapat kaedah yang dikatakan "apabila terdapat 2 kemudharatan maka pilihlah mudharat yang lebih ringan kesannya". 

Menjelang PRU 14 yang akan datang, saya suka mengajak rakan-rakan untuk sama-sama kita menilai antara 2 pihak yang akan menjadi pilihan pengundi iaitu BN @ PH. 

Jika dahulunya rekod pentadbiran hanya ada pada BN tidak pada parti-parti pembangkang, namun kini tidak lagi. Kerajaan Negeri Sgor telah 2 penggal ditadbir oleh Pakatan. Begitu juga Kelantan & P Pinang.





Sebegai rakyat Selangor, saya lebih berminat untuk memperkatakan tentang kemudharatan di Negeri Selangor. Antara perkara yang mestidipandang serius oleh para pengundi di Sgor ialah:

1. Kegagalan kerajaan Negeri dalam menjamin kesucian akidah & syariat islam di Negeri Sgor. Buktinya sepanjang 2 penggal menjadi kerajaan tidak ada sebarang pindaan berkaitan penambahbaikan kedudukan Islam dilakukan oleh kerajaan Negeri. Ini mendedahkan kita kepada bahaya penyelewengan akidah seperti Syiah, Wahabi, Liberalisme Pluralisme yang semakin berkembang.


2. Tindakan YAB MB tidak menyekat pesta arak yang ingin diadakan di Sgor jelas menunjukkan yang beliau tidak menjunjung syariat islam. Arak adalah ibu segala maksiat. Membenarkan pesta arak umpama membesarkan kemaksiatan. Apa akan jadi dengan akhlak serta moral masyarakat jika kerajaan bersikap sambil lewa dalam isu yang sangat besar & serius seperti ini.




3. Kerajaan pimpinan DS Azmin Ali jelas menjadi "kuda tunggangan" kepada kafir DAP. Kerana itu tidak adanya agenda Islam dalam pentadbiran. Tidak adanya agenda melayu dalam pembangunan.

4. Penghinaan terhadap syariat Islam semakin menjadi-jadi semenyak Pakatan membentuk kerjaaan Negeri. 

5. Pemimpin politik dari kalangan orang bukan Islam semakin "kurang ajar" tidak menghormati kedudukan Islam & syariat Islam. Mereka pernah desak supaya zakat diagihkan kepada bukan Islam. Mereka menuntut kebebasan beragama bagi orang Islam. Mereka mencemari Masjid & surau. Mereka mendesak azan diperlahankan. 

Banyak lagi kemudharatan yang akan berlaku jika rakyat terus memberi mandat kepada Pakatan Harapan untuk mentadbir negeri apatah lagi negara. Justeru marilah kita meringankan kemudharatan itu dengan terus mengekalkan BN menerajui kerajaan persekutuan dan mengembalikan Negeri Sgor kepangkuan BN menjelang PRU akan datang. 

Tolak Pakatan demi mengelakkan kemudharatan yang lebih besar lagi merugikan!

Ikhlas dari,
Dato' Hj Zein Isma Hj Ismail
Ketua Penerangan UMNO Selangor
Rabu 27 Sept 2017; 20:56hr

5 comments:

  1. Undilah UMNO!!!!
    HAHAHAHA........Nanti ad abanyak kedai dobi untuk ISLAM saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik minah, terima kasih..
      Kedai dobi for muslim only..akan saya beri pandangan duapuluh sen di posting akan datang..

      Delete
  2. Sdr KD dan pengunjung blog,

    Mohon untuk berkongsi kisah diri sendiri, mudah-mudahan bermanfaat.

    "Barangkali kamu membenci sesuatu sedang ia baik bagi kamu dan barangkali kamu menyintai sesuatu sedang ia buruk bagi kamu".

    Lama dulu saya terfikir kenapa PAS boleh menang di Kelantan sedangkan mereka tidak mampu membawa apa-apa kebaikan bagi negeri itu apabila dibandingkan dengan negeri-negeri tadbiran BN. Jawapannya ialah, majoriti rakyat Kelantan telah membeli label agama PAS berbanding pembangunan dan kemajuan. Hudud adalah bahan paling utama.

    Kemudian Allah beri pula kemenangan kpd mereka di Terengganu, maka berkatalah Tuan Guru MB mereka yang dulunya menjadi Ketua panel yang mendraf hudud di Kelantan bahawa 'pelaksanaan hudud memakan proses yg panjang' (padahal kenapa tak guna draf Kelantan) dan kemudian berkata lagi 'hudud hanyalah '0.001% drpd hukum Islam'. Maka sedarlah saya bhw Allah berikan kemenangan kepada mereka di Terengganu supaya kita sedar bahawa hudud bukan matlamat mereka melainkan bahan jualan semata-mata.

    Apabila RUU355 dijadikan bahan pula yang mana ia sama sekali bukan hudud, maka ia telah 'seal' fakta bahawa selama ini hudud sememangnya adalah bahan.

    Kemudian Allah berikan pula kemenangan kepada mereka di Kedah dan MB mereka berkata "untuk melaksanakan hudud perlu mengambil kira keadaan semasa". Aneh sekali, ini jawapan UMNO dulunya yang dijadikan alasan mengkafirkan ahli UMNO tiada siapa di kalangan PAS kafirkan MB ini, malah ia dijulang seolah-olah ialah penyelamat negeri Kedah. Maka sedarlah saya bahawa Allah yang berikan kemenangan kpd mereka untuk tunjukkan bahawa alasan yang sama yang mereka gunakan untuk kafirkan UmNo, kini mereka sendiri gunakan alasan itu.

    Sedarlah saya bahawa kemenangan mereka di 3 negeri ini hanya untuk menyedarkan para penyokong mereka bahawa hudud dan hanyalah bahan.

    Apa lagi justifikasi untuk PAS terus wujud? Jawapan yang jujur ialah 'tidak ada'.

    Kemudian apabila gabungan DAP + PKR menang di PP dan Selangor, saya mula menyangka 'pasti Allah mahu tunjukkan bahawa DAP dan PKR kedua-duanya jahat dan penipu dan memberikan justifikasi untuk mereka tidak lagi terus wujud di masa hadapan'.

    Rupa-rupanya sangkaan saya ini silap dan meleset. Hari ini saya berpendapat kemenangan mereka di dua negeri ini adalah untuk menunjukkan kepada kita semua bahawa selain BN (diketuai Gerakan di PP dan PKR di Selangor), pihak lain juga boleh mentadbir.

    Berapa ramaikah Melayu Islam yang mati dibunuh atau dihalau keluar oleh DAP di PP dan berapa ramai pula pengkhianatan amanah berlaku di Selangor yang mana di kedua-dua negeri ini ia lebih buruk dari semasa di bawah BN? Jawablah sendiri dengan jujur.

    Apatah lagi PH kini dipengerusikan oleh seorang yang punya rekod cemerlang mentadbir selama 22 tahun, saya sudah tidak ragu-ragu lagi PH mampu mentadbir Malaysia sbgmn mereka mentadbir PP dan Selangor. Mengambil kira mereka masih baru, peluang untuk rosak jahannam seperti UmNo-BN masih jauh tempohnya.

    Maka sekarang saya terfikir pula? Untuk apa lagi Allah mahu kekalkan UmNo-BN san PAS? Apa justifikasinya? Sejujurnya saya melihat sudah tidak ada sebab lagi untuk mereka ini dikekalkan selepas penggal mereka tamat.

    Dan apabila digabungkan cerita di atas dengan komen saya pada entry sebelumnya bahawa UmNo sedang mengundang kebinasaan melalui Act of God, maka siapakah yang mahu atau mampu menyangkal ramalan saya bahawa apabila tamat tempoh mandat mereka, kebarangkalian besar kebathilan itu bukan saja akan dikalahkan bahkan juga akan dihapuskan sama sekali sehingga licin menyembah bumi.

    Bagi ahli geng A9 yang punya jawapan yang munasabah kpd persoalan ini, silakanlah menjawab..

    Cuma jawablah dengan ilmu dan fakta bukan dengan mencerca dan memprovokasi dan akhirnya apabila tak mampu membalas, diri sendiri yang akhirnya sentap dan kesipuan.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembetulan:-

      Hari ini saya berpendapat kemenangan mereka di dua negeri ini adalah untuk menunjukkan kepada kita semua bahawa selain BN (diketuai Gerakan di PP dan UMNO di Selangor), pihak lain juga boleh mentadbir

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete

π—Ÿπ—˜π—§π—”π—ž π—₯π— πŸ­πŸ¬π—Έ π—•π—˜π—₯𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 π—•π—’π—Ÿπ—˜π—› π—¨π—‘π—§π—¨π—‘π—š?

  π—Ÿπ—˜π—§π—”π—ž π—₯π— πŸ­πŸ¬π—Έ π—•π—˜π—₯𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 π—•π—’π—Ÿπ—˜π—› π—¨π—‘π—§π—¨π—‘π—š? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...