Saturday, June 20, 2015

Najib Wajar Jumpa Paklah..

Apakah kempen pengunduran Najib memasuki fasa ke dua, bukan sahaja menggesanya berundur secara terhormat telah tamat tetapi kini kempen mensasarkan pengunduran secara di dapati bersalah dari segi etika dan undang-undang.

Kemungkinan ini tidak dapat di elakkan memandangkan beberapa pendedahan tentang perbelanjaan mewahnya yang tidak disiasat oleh LHN atau SPRM dan begitu pendedahan penggunaan wang 1MDB untuk kempen pilihanraya dan mungkin banyak lagi selepas ini.
http://dinturtle.blogspot.com/2015/06/video-tun-mahathir-kekayaan-melampau.html
http://addindeen.blogspot.com/2015/06/rahsia-najib-didedahkan-lagi.html


Pihak berkuasa termasuk PDRM sudah tentu tidak selamanya dapat berdiam diri tanpa mengambil langkah undang-undang untuk memastikan samada viral ini ada kebenaran atau hanya satu fitnah. Integriti PDRM tidak wajar terguris dalam situasi sekarang.

Walaupun semua dakwaan ini belum lagi dinafikan, belum lagi diberi penjelasan dan belum lagi dibuktikan tetapi pendedahan itu sendiri tidak membantu Najib memperbaiki prestasinya untuk tidak memungkinkan dia berundur.

Adalah wajar Najib berjumpa Paklah sebagai mantan yang banyak pengalaman dalam hal ini untuk mendapatkan nasihat, KJ mungkin boleh membantu...

Najib juga dilihat antara yang memainkan peranan di belakang tabir mendesak Paklah berundur walaupun pada permukaannya Muhyiddin diketengahkan sebagai pendesak utama.

Berjumpa dengan orang-orang seperti Shahrir Samad, Anuar Musa, Tunku Aziz, Musa Hitam, Johari Baharom dan beberapa nama lain tidak banyak membawa perubahan seperti sekarang...

Kematian Pembangkang Tidak Dapat Diraikan..

Meraikan sesuatu kematian adalah tidak wajar..

Ketika Pakatan Pembangkang masih dilihat tidak mati-mati kerana masih bermain tarik tali di kalangan pemimpinnya, ada sesetengah pihak berhempas pulas membuat pelbagai tuduhan, andaian dan doa supaya cepat mati.

Untuk apa kematian itu? Untuk diraikan?
Untuk dilihat kuat?

Biarlah kematian pakatan pembangkang itu semulajadi jika ditakdirkan. Sesetengah pihak kena ingat bahawa kematian itu tidak semestinya tamat segalanya. Ia boleh jadi sekadar kebangkitan semula yang lebih baik..

Ingatlah juga, kematian itu juga satu pengunduran dan pada mereka yang perlu berundur,  biarlah pengunduran itu dibuat dengan segera, sukarela, jangan sampai terpaksa, dipaksa dengan malapetaka yang menunggu.

Friday, June 19, 2015

LEGASI TUN HAJI ABDUL RAZAK


http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2015/06/an-open-letter-to-anifah-aman.html

http://www.mykmu.net/2015/06/dato-seri-idris-jala-menjawab-tuduhan-ke-atas-malaysia-dengan-mengemukakan-bukti-bukti-betapa-kukuhnya-perkembangan-ekonomi-negara/


Dato Seri Idris Jala Menjawab Tuduhan Ke Atas Malaysia dengan Mengemukakan Bukti-bukti Betapa Kukuhnya Perkembangan Ekonomi Negara

Siapa dia Idris Jala ini, apa jawatannya untuk diterima pakai penjelasannya. Bukankah ini kerja rasmi Bank Negara atau Menteri Kewangan, atau dia juga seekor lagi kucing..
Sebelum bercakap elok semak betul-betul fakta, jangan sampai kena buat pindaan berkali-kali hingga ke taraf pembohong...
 

UMNO NAK JAGA MARUAH SENDIRI PUN DAH TERCUNGAP-CUNGAP.

Jika Mahathir tu proxy Lee Kuan Yew, ahli DAP, bapa saudara Lim Guan Eng dan berbangsa cina, agak-agaknya ada ke Melayu bertaraf Menteri atau bertaraf kucing kurap yang berani menyerang.

Perkembangan terbaru, tulisan dan logo UMNO di Menara UMNO Pulau Pinang telah dirobohkan di depan mata pemimpin UMNO sendiri.

Jika UMNO dilondehkan pun gagal menjaga maruahnya sendiri bagaimana dia mahu menjaga Melayu dan Islam di era sekarang.

Thursday, June 18, 2015

APABILA KUCING KURAP RASA DIRINYA MEMANG KUCING KURAP

“Dia hina saya adakah saya rasa terhina. Saya tidak rasa terhina.

Gelaran "Kucing Kurap" ke atas Bard (Cikgu Kencing Berdiri) bukan dibuat oleh Mahathir tetapi oleh para wartawan dan tetamu yang hadir dalam forum bersama NGO, ada yang hadir tanpa dijemput.

Dalam masa yang sama Bard (Cikgu Kencing Berdiri) mengakui Najib berada dalam tekanan untuk dia bangkit membela..
“Sebab Najib sudah ramai orang serang. (Saya hendak) bagi tahu rakyat Malaysia, Mahathir bukan hero,” katanya.



# Ingatkan yang tidak suka Najib atau pro Mahathir ni sorang dua sahaja tetapi pengakuan Bard (Cikgu Kencing Berdiri) sebaliknya...

MAHATHIR OPEN FOR TWO WAYS.. BUT NOT FOR KUCING KURAP



Makna kata, pihak dan individu lain samada diarah, dihantar dan ditugaskan hanya umpama kucing kurap..

Mahathir bertanya - Najib tidak jawab
Sekarang Mahathir pelawa Najib pula bertanya ...


# Jika kita mempunyai perselisihan peribadi antara dua pihak, Ramadhan adalah antara bulan yang paling sesuai untuk bermaaf-maafan tetapi tidaklah bermakna Ramadhan boleh diperalatkan dan dijadikan alasan untuk melupakan sebarang jenayah kepada masyarakat.

Wednesday, June 17, 2015

DAH TAK SABAR UMNO SELANGOR NAK BUKTIKAN MAHATHIR SALAH..

Ada khabar dari Selangor mengatakan adanya RAYUAN BERSUNGGUH daripada pemimpin UMNO agar Azmin Ali tidak menasihatkan Tuanku Sultan supaya membubarkan DUN, kerana takut berdepan dengan rakyat.
Situasi ini memang pelik. Sepatutnya, mana-mana parti politik gembira dengan keruntuhan

kerajaan yang menjadi lawan mereka, dan seterusnya mampu membuka ruang supaya partinya dapat bertanding dalam PRN.
Pelik, sampaikan ada usaha RAYUAN ini terjadi di Selangor. Sampaikan sanggup mengatakan kepada Azmin Ali bahawa semua wakil rakyat UMNO akan berikan sokongan kepadanya. Ini perjanjian syaitan apa di bulan Ramadhan? Kalau syaitan sudah dibelenggu, mana datang pula perjanjian semacam ini.
Katanya, ketakutan ini disebabkan UMNO Selangor tidak bersedia. Katanya di atas kertas, bukan tambah kemenangan, tetapi hilang lagi 7 seats berbanding 12 yang ada sekarang.
Pemimpin tersebut takut PRN akan menyebabkan UMNO Selangor sama sekali ditebas dalam politik di negeri tersebut.
Kita jadi pelik, kerana tak pernah ada ketika UMNO Selangor berada di dalam keadaan begini daif.
Katanya keputusan untuk MEMASTIKAN TIADA PILIHANRAYA ini diambil sebulat suara di Bandung. Semua bersetuju mereka belum bersedia. Mereka perlukan bajet tambahan dalam memastikan kemenangan dapat dicapai.
Ada yang kata, setiap calon Ahli Parlimen UMNO di Selangor mesti diberikan bajet RM15 juta seorang untuk 3 tahun yang akan datang. ADUN perlu diberikan RM5 juta seorang. Barulah kerajaan Azmin Ali boleh ditumbangkan.

https://gelagatanwar.wordpress.com/2015/06/18/pemimpin-umno-sendiri-rayu-azmin-ali-supaya-tidak-laksanakan-pilihanraya-kenapa-takut/



#
Ramadhan bulan keinsfan untuk menyatakan benar walau pahit !!!
Ramadhan bukan diperalatkan untuk menghalalkan cara.

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...