Saturday, September 24, 2016

KEMASKINI: KEIMANAN BUKAN BERASAS PARTI..




Pulau pandan so far ke tengah,
Gunung daik bercabang triple,
Benda mungkar together we tegah!,
Dosa maksiat jangan ambil simple.

Buah cempedak outside the pagar,
Take the galah tolong jolokkan,
Larangan agama don't dilanggar,
Pesan ulamak don't dimomokkan.

Tanam pisang closed together,
So the puyuh cannot lari,
Kita tak hidup di dunia forever,
That's why kena selalu muhasabah diri.

Two three kucing berlari, Never be the
same to kucing belang,
Make sure istighfar setiap hari,
Just in case ajal menjemput senang.

So high is the matahari,
Anak buffalo dead tertambat,
Always reflect membersihkan diri,
Selagi bernyawa before terlambat.

Bread is roti,
Shadow is bayang,
Before you mati,
Better you
..Sembahyang ;)


Mustapha.kamal6796@gmail.com


JAWAPAN KEPADA TAJUK
Melayu dan Islam akan bertambah kuat tanpa UMNO,  kerana MO1 kelak berteraskan amanah dan akhlak Islam biarpun mungkin ianya datang dari parti BERSATU. AMANAH, PKR atau PAS (ABU) .. DAP boleh bekerjasama dengan UMNO sebagai pembangkang.

Friday, September 23, 2016

MELAYU TAK PECAH, YANG PECAH ADALAH TEMBELANG UMNO

Penubuhan BERSATU didakwa memecahbelahkan lagi Melayu!
Setakat mana benarnya...

jika dilihat kepada kaum cina. Apakah boleh didefinasikan perpecahan kaum tersebut jika dilihat kepada beberapa parti politik berasaskan kaum cina?  Sekadar menyebut MCA,  DAP,  Gerakan dan sedikit di PKR.
Apakah kita lihat ada perpecahan kaum cina di situ?

Malahan NGO kaum Cina adalah yang terbanyak bilangannya kerana mempunyai puluhan mengikut dialek atau keturunan.  Begitu juga dengan persatian perniagaan dan boleh dikatakan kaum cina mempunyai persatuan dalam semua aktiviti mereka termasuk ugama.

Apakah mereka berpecah?  Jika dihalusi, semua itu saling menguatkan mereka malah dalam hal tertentu persatuan digunakan oleh MCA untuk mengugut kerajaan UMNO.

Oleh itu setakat penubuhan BERSATU,  ia tidak boleh dianggap perpecahan Melayu.

Lebih tepat ia hanya sekadar mekemahkan umno,  mengurangkan pengaruh umno dan risikonya umno akan tewas di pilihanraya. HILANG KUASA.

Atas faktor itulah umno cukup panik dan meroyan mendakwa penubuhan BERSATU membawa perpecahan.

Ada sesiapa yang percaya lagi pada dongeng umno ini.

Thursday, September 22, 2016

KENAPA ADA JUGA ORANG JOIN BERSATU...

Mulanya kata tak ada siapa nak join,  paling ramai 100, tapi sekarang adalah kot dalam 120 orang,  agak agak apalah sangat nak join BERSATU, parti bunga...

Pasal dedak kot macam parti xkeris beryoga tu?
Pasal tak ada akal kot?
Suka suka ikut ikut?
Pasal kecewa?
Nak jawatan?

Fikirlah sendiri...
Cuma pada aku,  kalau diajak bersatu menentang satu kabilah lanun,  walau sebesar, segah,  sekuat mana sekalipun, kena lah sahut seruan tu..
Walau kecil,  walau sedikit...
Niat kerana Allah...



Selesai..


# Kalau niat kerana Allah,  tak ada sebab untuk ragu perjuangan ini,  jika ianya bersalahan,  sudah tentu Allah bagi perunjuk dan hidayah. Kepada Allah kita berserah.


Selesai.


Jauhari juga mengenal manikam.. BERSATU berkembang di akar umbi...


APA BEZA PERJUANGAN UMNO DAN BERSATU @ RAKYAT JOHOR MASIH WARAS

Jika sama,  apa yang membezakannya...

Kenapa tidak pembangkang diberi peluang untuk memerintah dan umno yang berpengalaman menjadi pembangkang..

Bukankah itu lebih baik kepada rakyat..

Lim Kit Siang,  Mahathir,  Muhyiddin tidak menongkat dunia...
Lim Guan Eng pun tak lama lagi sayonara..
Najib *berehat selepas BN tewas..
Zahid boleh meneruskan sebagai Ketua Pembangkang yang berkesan...

Senario ini lebih baik untuk Malaysia.

Pembangkang sudah menunjukan kemampuan mentadbir negeri, Kelantan berpuluh tahun di tangan pembangkang,  Pulau Pinang dan Selangor dua penggal.


SEMAKIN DICEMUH ORANG TUA HILANG AKAL TERHADAP TUN DR MAHATHIR, BERSATU TERUS MENDAPAT TEMPAT DI HATI RAKYAT JOHOR.. RAKYAT JOHOR MASIH TAK HILANG AKAL...






Pegawai War Room Bhg Pasir Gudang merangkap Ahli Parlimen Belia Malaysia, Romikoronaldo.

Isi borang bersatu, tamparan buat MB Johor!!!!

Wednesday, September 21, 2016

PAYUNG KITA SUDAH ROBEK

Pihak BERSATU dan UMNO saling berbalas kenyataan dengan mengaitkan beberapa isu dan insiden dalam dan luar negara untuk memperlihatkan kebenaran masing masing.

Penilaian akhirnya tetap diputuskan oleh rakyat yang mengundi untuk memberi markah di kertas undi..ia tidak bergantung kepada pandangan Agong atau Sultan.

Ia juga tidak bergantung kepada DOJ, WSJ,  SR atau agensi berita asing.

Media tempatan hanya sebar propaganda di kalangan mereka sesama sendiri kerana semakin hilang pelanggan dan pengaruh.
Di sesetengah tempat Utusan Malaysia hanya laku bila diedarkan secara percuma di masjid dan kaki lima.

Mereka sekadar cuba mempengaruhi, kelebihan lebih kepada sejauh mana mereka berfakta.

Jika sekadar pandangan "kosong", kenegerian,  sempit atau atas dorongan dendam dan emosi,  rakyat sudah tentu tidak ambilkira.

Tidak perlu ada camputangan politik kepada mereka yang dilarang,  apalagi mencela dalam keadaan satu hala.

Jangan sampai rakyat hilang kasih dan hormat kerana susah atau senang rakyat yang menanggung.

Dalam konsep perjuangan, BERSATU sedang mendahului dari AMANAH, DAP,  PKR...
PAS dan UMNO berada dalam zone selesa, zone bertahan.

Kebosanan rakyat sudah sampai kepuncak melihat politik bodoh, politik bercakaran sesama pembangkang dan politik hipokrik, bebal, salahguna kuasa dan muka tebal.

Jika kita tidak akan jadi negara polis apakah kita sedang menuju ke arah negara lanun (?)




SETAKAT MANA PEMBANGKANG SERIUS ISU PERSEMPADANAN SEMULA SPR

Dakwaan SPR berpakat dengan UMNO berhubung persempadanan semula ada kebenarannya walaupun tidak semestinya betul.

Ada pula berita "kononnya" UMNO pun tak seronok dengan persempadanan semula tersebut.

Pilihan yang ada, jika persempadanan itu "merugikan" mereka, eloklah Negeri Negeri di bawah pembangkang seperti Pulau pinang, Selangor dan Kelantan mengadakan pilihanraya (DUN) lebih awal sebagai tanda protes dan seriusnya persempadanan tersebut.

Jika UMNO pun tak puas hati, lagi mudah, buatlah PRU umum.

Kalau tidak, semua itu wayang.



Keengganan Azmin membubarkan DUN bagi pilihanraya awal membuktikan PKR tidak tunduk kepada DAP sekaligus menyelamatkan UMNO dan PAS Selangor yang tinggal nyawa nyawa ikan (mengharap kemenangan atas persempadanan semula.)

Tuesday, September 20, 2016

MANA JURUCAKAP ROSMAH !!!



Apabila Rosmah diumumkan akan menerims anugerah - seikhlas hatinya aku tak ambik pot langsung, tak tau siapa yang menganugerahkannya.. Nak derma bintang (?) Apa piala?  Apa sebab?  Bila? Tak ambik pot...

Cuma selepas itu,  tiba tiba kata tak jadi,  sekali lagi aku tak ambik pot.. Langsung tak ada nafsu nak ambik tau..

Tidak juga terbaca ada sesiapa yang kecam sebelum menerima anugerah atau selepas ditarik balik..

Rakyat lebih sebok dengan urusan keluarga,  urusan bisnes yang makin merosot dan urusan kos sara hidup yang makin menghimpit..
Tak ada masa nak beremosi, simpati atau meleleh air mata sekadar orang kaya tak dapat anugerah...

Rosmah pun tak minta,  jadi sepatutnya no isu..

Tetapi apabila BERNAMA membuat beberapa kenyataan,  nyatalah berita BERNAMA ini pun jenis tangkap muat,  hearsay... Lepas ni susah lagi nak caya,  lebih kurang harakah le pulak.

Lepas itu *Setiausaha Akhbar Rosmah pula menghurai panjang lebar...
Pelik kenapa perlu buat karangan panjang-panjang,  ada sesiapa yang minta ke? Ada sesiapa yang kesah ke?
Bila banyak cakap,  banyak silap...
Flip flop...
Asal kudis kini dah ramai yang tahu kokak..

Mana jurucakap Rosmah (?)




# Atas tu contoh talian online untuk daftar ahli BERSATU,  tak ada siapa paksa nak join atau tidak. Join kena bayar dan join dibayarkan banyak bezanya.











Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...