Saturday, May 19, 2018

JANGAN ZALIMI NAJIB SEPERTIMANA DI ERANYA?!



APAKAH PERKAUMAN MASIH MENJADI ISU UTAMA DAN BENAR² MENGANCAM ISLAM..


Enampuluh tahum umno jadikan DAP sebagai senjata cemuhan dan akhirnya menikam diri sendiri.

DAP juga pada awalnya menggunakan sentimen kecinaan tetapi tidak pergi jauh politiknya akhirnya menerima realiti politik.

Penubuhan PH menjadi titik tolak bahawa good governance adalah keutamaan sekaligus menolak keluar perkauman dan kepercayaan ugama yang sempit.


Friday, May 18, 2018

PERLU ADA HANYA ADA SATU 100% PM DARI KERAJAAN BARU

Kerajaan Pakatan Harapan perlu dilihat sebagai sebuah kerajaan dan bukan sebuah kerajaan campuran ysng mempunyai kepala berlainan. 

Tidak perlu ada ulasan dalaman dari sudut individu, sudut parti atau mana² sudut kecuali menyokong 100% tanpa "tetapi" dan "tanpa syarat" kerana saluran untuk menyatakan pandangan ada di Majlis Presiden. 

Jika terlalu banyak keputusan diubah dan dipinda ia sekadar mempamirkan tekanan politik yang berlebihan,  ketidakstabilan ini menjadikan pelabur kurang yakin pada sebuah kerajaan. 

Pandangan biarlah dari rakyat dan pembangkang kerana mereka paling layak,  pemimpin kerajaan dan parti kerajaan perlu berhenti jadi "pembangkang".

Jika kritikan dalaman diberi kebebasan tanpa disiplin, tanpa had,  tanpa kawalan.  hanya akan menimbulkan geseran demi geseran yang akhirnya merebak.

Isu Anwar sebagai PM hendaklah disimpul mati, Tun Mahathir perlu serahkan pada 10mei 2020 kecuali inisiatif Tun sendiri untuk mengawalkannya. Jangan ada persekitaran yang melobi dan mencanai untuk lebih awal dari itu. 

Jalan terbaik ialah Anwar sebagai TPM untuk berganding bahu dan menyerapi pengurusan negara bersama Tun dalam persediaan mengambilalih kuasa sebagai PM. 


KABINET UTAMA KERAJAAN PH SUDAH TERBENTUK

Beban Tun keseorangan kini mula dipikul bersama oleh kabinet utama yang dibentuk untuk memainkan peranan masing²..

Isu sensitif keberangkalian perpecahan PH sudah hampir lenyap dan kini fokus kepada perubahan dan perlaksanaan.

Semoga Tun terus sihat untuk meletakan negara dilandasan yang lebih kukuh sebelum menyerahkannya pada pengganti dalam suasana yang lancar.



Harapan rakyat,  semua pemimpim BN dan Pegawai Kerajaan yang terlibat dengan korup dan salahguna kuasa dapat diheret ke muka pengadilan tanpa kompromi.


Kunci hilang!!?? *+@$/,







# Sudah tentu saki baki totok umno dan pas akan ada isu dalam pembentukan kabinet ini.
Umno akan putar isu perkauman dan takutkan melayu. .lobai² PAS akan tuduh Tun tiada dasar Islamik sebab tak sebut pun Islam.. Islam..
Hakikatnya apa yang Tun lakukan sekarang telah menepati kehendak Islam itu,  amanah dan bertanggungjawab sebagai sebuah kerajaan yang dipilih..

Klik umno dan rasuah berpisah tiada

BUBAR ATAU TINGGALKAN UMNO DAN JOIN DAP

Penyelesaian terbaik untuk survival Melayu.
Ok or not... 

https://lifeofaannie.blogspot.com/2018/05/story-of-stupid-bn-comms.html



Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera. Saudara dan saudari,

Seminggu telah pun berlalu dan kini kita meniti episod perjuangan yang baharu. Medan perjuangan yang tidak sama seperti dahulu dan realiti ini harus kita hadapi dengan tabah, bersatu-padu dan penuh tekad. Walauapapun, kita harus redha dan akur dengan ketentuan-Nya.

Tewas bukanlah bermaksud pengakhiran kepada segalanya. Ketewasan ini menuntut kita untuk bangkit, melangkah ke hadapan dengan lebih bermaruah supaya kita dapat menebus dan menginsafi kesilapan lalu. Disebalik dugaan ini, ia juga memberikan kita peluang untuk melihat sendiri wajah sebenar siapa kawan, siapa lawan, siapa musang berbulu ayam. Yang kekal bersama, itulah pejuang sebenar yang sudi mengangkat perjuangan ini kembali ke tempat asalnya.

Maka, di atas kesedaran dan keinsafan inilah, kita tidak boleh sesekali mengalah dan menyerah. Sebaliknya, kita harus bertekad untuk bangkit dan bergerak ke depan demi memulihkan parti yang kita cintai. Dalam usaha pemulihan ini, harus kita gunakan segenap ruang dan peluang, bermula dengan perkara paling asas iaitu pergerakan di peringkat akar umbi. Mesyuarat di peringkat cawangan akan bermula tidak lama lagi dan inilah peluang yang terbaik untuk memperbetulkan tekad perjuangan kita.

Gunakanlah ruang dan kesempatan dalam mesyuarat tersebut dengan sebaiknya. Yang lebih penting, mesyuarat tersebut bukanlah tempat untuk kita berhentakkan, menuding jari dan bergaduh sesama sendiri. Sebaliknya ia merupakan ruang untuk kita muhasabah dan perbaiki setiap kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri masing-masing. Rapatkan barisan dan binalah kembali kepercayaan antara satu sama lain. Bersama-sama kita kembali menguatkan parti kita, perubahan harus berlaku, dan ia mesti bermula sekarang.

Selagi saya masih bernafas dan waras, saya akan mengerah seluruh kudrat dan kemampuan yang saya ada untuk membantu parti kita ini kembali ke landasan perjuangannya yang sebenar. Akhir kata, marilah kita sama-sama memanjatkan doa, semoga Allah SWT sentiasa memberkati dan mempermudahkan segala urusan parti kita ini dalam mendepani hari-hari mendatang. InsyaAllah.

*Hishammuddin Hussein*
- _Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden_
- _18 Mei 2018_

https://www.facebook.com/HishammuddinH2O/posts/10155838973659355







Thursday, May 17, 2018

TAIB MAHMUD KINI SASARAN

Sudah sekian lama kekayaan Taib Mahmud diperkatakan,  dari era paklah hingga ke najib,  sekarang,  era Tun,  penekanan diviralkan begitu kuat supaya tindakan diambil. 

Gesaan datang dari rakyat sarawak khususnya,  sedangkan pemimpin kamu sekarang berdiam,  bukankah abang johari abang openg begitu lantang dan berani menghentam Tun kerana abaikan sarawak hakikatnya di depan mata,  raja rasuah sedang bebas (?) kenapa diam? 

Adalah wajar rakyat Sarawak menggesa kerajaan negeri menyiasat terlebih dahulu,  bukankah kamu ada KM yang cukup hebat,  itu yang kamu pilih dulu.. 




Keberanian TS Taib Mahmud berdepan dan menjawab wartawan.

BELUM 100 HARI BELUM 10 HARI.. RAKYAT DAH MULA MELUAT DENGAN PH

Bermula dengan kenyataan Rafizi.. 
Diikuti desakan PKR yang mahu senarai kabinet diperbincangkan dengan kehadiran Anwar dalam Majlis Presiden.. Dah mula tunjuk besar kepala. 

Kini diikuti dengan beberapa pandangan lagi dari negeri berhubung Menteri Pelajaran yang akan dipegang oleh PM,  whats wrong sangat²?  Ada ke cikgu pencen yang mengidam nak jadi Menteri Pelajaran?  

Yang belum pernah berjawatan,  belum pernah berkuasa,  belajarlah dulu pegang pen dan punch card sebelum terkinja kinja kritik dan nak jawatan. 

Majlis Presiden adalah kuasa pemuafakatan tetapi kuasa PM adalah kuasa bertulis. Bukan yang remeh temeh semuanya perlu kelulusan Majlis Presiden. 
Kebebasan kuasa seorang PM perlu luas selagi tidak memudaratkan negara. 

Sebelum itu termasuk tingkah laku MB Johor dan MB Perak.. 
Termasuk kenyataan Nurul dan Khalid Samad membidas polis yang membuat serbuan.. Simple say,  nak tangkap perompak pun nak kena tunggu office hours ke?  Polis negara mana tu? 
Kalau mereka simpati atas pengalaman mereka?  Jangan jadi pemimpin dan main politik. 
Kalau polis lambat bertindak,  akan ada pula yang kata bengap? 




Rakyat kurang berminat dengan perkara remeh dalaman,  rebut jawatan dan kritikan yang mengganggu kelancaran tugas seorang PM. Kelewatan melantik kabinet sangat tidak sesuai dan bukan itu caranya bagi seorang PM yang bergerak laju.. 

Rakyat sudah bosan dengan politik kamu semua.. 
Ulang.. Rakyat sudah bosan dengan politik kamu semua.. 
Ucapan retorik dan janji manis tidak mengenyangkan rakyat.. 

Andai kamu gagal,  kamu suka bercakaran,  suka menikam belakang,  suka berpecah...apakata serah kuasa pada Tentera untuk urus negara??!! 

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...