Penyelesaian terbaik untuk survival Melayu.
Ok or not...
https://lifeofaannie.blogspot.com/2018/05/story-of-stupid-bn-comms.html
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera. Saudara dan saudari,
Seminggu telah pun berlalu dan kini kita meniti episod perjuangan yang baharu. Medan perjuangan yang tidak sama seperti dahulu dan realiti ini harus kita hadapi dengan tabah, bersatu-padu dan penuh tekad. Walauapapun, kita harus redha dan akur dengan ketentuan-Nya.
Tewas bukanlah bermaksud pengakhiran kepada segalanya. Ketewasan ini menuntut kita untuk bangkit, melangkah ke hadapan dengan lebih bermaruah supaya kita dapat menebus dan menginsafi kesilapan lalu. Disebalik dugaan ini, ia juga memberikan kita peluang untuk melihat sendiri wajah sebenar siapa kawan, siapa lawan, siapa musang berbulu ayam. Yang kekal bersama, itulah pejuang sebenar yang sudi mengangkat perjuangan ini kembali ke tempat asalnya.
Maka, di atas kesedaran dan keinsafan inilah, kita tidak boleh sesekali mengalah dan menyerah. Sebaliknya, kita harus bertekad untuk bangkit dan bergerak ke depan demi memulihkan parti yang kita cintai. Dalam usaha pemulihan ini, harus kita gunakan segenap ruang dan peluang, bermula dengan perkara paling asas iaitu pergerakan di peringkat akar umbi. Mesyuarat di peringkat cawangan akan bermula tidak lama lagi dan inilah peluang yang terbaik untuk memperbetulkan tekad perjuangan kita.
Gunakanlah ruang dan kesempatan dalam mesyuarat tersebut dengan sebaiknya. Yang lebih penting, mesyuarat tersebut bukanlah tempat untuk kita berhentakkan, menuding jari dan bergaduh sesama sendiri. Sebaliknya ia merupakan ruang untuk kita muhasabah dan perbaiki setiap kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri masing-masing. Rapatkan barisan dan binalah kembali kepercayaan antara satu sama lain. Bersama-sama kita kembali menguatkan parti kita, perubahan harus berlaku, dan ia mesti bermula sekarang.
Selagi saya masih bernafas dan waras, saya akan mengerah seluruh kudrat dan kemampuan yang saya ada untuk membantu parti kita ini kembali ke landasan perjuangannya yang sebenar. Akhir kata, marilah kita sama-sama memanjatkan doa, semoga Allah SWT sentiasa memberkati dan mempermudahkan segala urusan parti kita ini dalam mendepani hari-hari mendatang. InsyaAllah.
*Hishammuddin Hussein*
- _Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden_
- _18 Mei 2018_
https://www.facebook.com/HishammuddinH2O/posts/10155838973659355
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
BRIM bagipun berperingkat, slow macam siput babi, amaun ciput, tangguh satu hari ke satu hari, perlancaran belanja ratus ribu setakat n...
-
Sesuai sangatlah PRU kali ini kubur pas dan umno bersebelahan - berjiran. Dulunya kapir mengkapir, sembahyang dua imam, cerai berai, kendu...
-
KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI ...
Tetap bersama umno susah dan senang..ayuh bangkit demi melayu islam di bumi bertuah
ReplyDeleteSebelum bangkit dan sekali lagi berslogan demi melayu Islam kenalah juga bertaubat, jangan lagi disokong kalau pemimpin itu penyamun.
ReplyDeleteKalau masih tak mahu mengaku silap dan salah, umno akan terus sesat.
kerajaan yang berpaksi pada sentimen fitnah tak kekal lama.
ReplyDeletekerajaan yang tudak beetunjangkan assunah wal jamaah tidak kekal lama
kerajaan baru berkiblat syiah,pluralis,sosialist,liberalist,lgbt,gay,comango dan g25 dan sunnah islam akan menuju kehancuran.
perjuangan seterusnya mesti bertunjangkan melayu islam sunah wal jamaah dimana semha melatu samada dalam PAS UMNO dan parti lain disabah sarawak perlu bersatu atas fahaman sunnah wal jamaah.
bangkitlawanfitnah.
Fitnah kepalo bapok ko 541.
Delete*pinjam kata2 bos lamo ko.
Napo ko tak pulak nak bawa balik jho low?
Bos bugis ko tu dh panas...Selasa akhirnya akan datang.
Tak abis2 sikap busuk rasis zionist.
Sikit2 melayu Islam.
Kitab mana ko baca yg memmakrohkan kerja klepet.
600 tahun pinya bodoh tak cukop kerr?
Makan la taek lagi !! Padaan
Aku nak buat buat fitnah....masih ada prompak dlm umno...
DeleteYg bercakap pluralist syiah liberal dll tu paham ke apebenda syiah wahabi pluraral liberal dll...pNdai sebut ikut irang sebyt mcm burung tiong...
Cakap perjuangan al sunnsah waljamaah tapi tak ikut pon...ikut sjaran setan hingga tumbang umno...
DeleteParti yg sesat lg menyesatkan.
ReplyDeletePaS bibit Boko Haram.
DeleteDia sorang betul,org lain haram.
Merci bouque....
Terima kasih Banyak.
Ramai ahli sudah nampak.
Rakyat sudah nampak. Smpai Nik Omar ditarik tauliah.
Ada hikmah besar situ. Rakyat mohon tunjuk ajar beliau diseluroh negara dan dunia.
Pas akan lenyap dlm mimpinya.
Umno sudah tengelam dlm bag dan taek.
Malaysia Baharu ubder construction.
Syukur Ya Allah.
Taksub betul makhluk2 kat sini. Pantang dicuit. Camtu nak perintah 100 hari? Jahiliah, jahanam sudahhhh.
DeleteKenapa nak bubar KD..umno masih mendapat undi majoriti melayu..dr segi parti..umno miliki kerusi terbesar diparlimen..cuma umno perlu digarap lebih berkesan dalam memenangi hati org muda
ReplyDeleteDah masuk mahkamah untuk haramkan umno..
DeleteDen nak kobar kan kek H2O ni;
ReplyDeleteSayang semua nya telah terlambat.
Umno (BN) ni rakyat Malaysia dah bagi warning. 2008 rakyat dah bagi warning. Hilang 2/3 majority. Kita jangka adalah perubahan positive dalam Umno lepas terkejut prestasi merosot. Tapi tak jadi apa..yang jadi Abdullah resigned Najib ganti. Kita ingat boleh jadi lagi baik..Najib boleh jadi kurang nakal sebab tanggungjawab dah besar. Meleset..tak betul. Jadi makin teruk. Dia orang bermewah dan buat policy yang merosakkan economy, society, imej Malaysia.
Den nak tanyo sikit kek H2O ni;
Dulu apo pasal ekau tak berbunyi langsung ? Ahli Majlis Tertinggi pun takdo sorang pun nang berbunyi. Tu.pasal eh kito ni ingat diorang sumo dah sah tercokik dedak.
Macam Dr.Mahathir ajuk...
Memang dah terlambat.
Tapi ada Harapan lagi.
Rakyat dan sebahagian orang Melayu yang dulu nya menyokong Umno sekarang dah bosan dengan umno najib. Umno ni kita dah tengok bermacam pergolakan. The 1st major one Mahathir surat terbuka to Tunku. Pemuda battle. Mahathir jarum. Umno haram. Ada lagi..tapi Umno (BN) tak gagal tadbir Malaysia dengan baik. Hari ni anak-anak kita ramai tak dapat kerja. Kos barang baik. Dan banyak lagi hal yang menyusahkan.
Dulu gawat 1997-98 pun tak rasa teruk macam ni. Macam duit keluar macam air. Tak ada chance nak simpan.
So YB Semberong.
Perjuang umno sudah selesai setelah tersesat dan tak jumpa jalan balik.
Kalau betul, kasi kita tengok keikhlasan umno dulu. Ayat kedua-dua Naib Presiden dan pemangku presiden dan timbalan presiden belum nampak ikhlas lagi.
Masih bermaruah ke umno yang dulunya mempertahankan kepala penyamun..
ReplyDeleteSoal maruah bukan soal angka kerusi..kuantiti tapi low class..
Dah dibuktikan ke ..cptlah pendakwaan kes 1mdb
DeleteTerlebih bukti..
DeleteSelain 1MDB.. ada kaitan juga dengan kes "pembunuhan"
Itu bererti "tali gantung"
Tak payah nak ajar cepat lambat...peguam negara yg baru akan tentukan...
DeleteKepala penyamun serta kuncu ada dlm saf.
ReplyDeleteTapi kenape takut repot polis?...
Delete