Friday, May 7, 2010

Siang Petualang Malam Berdoa..
















Ini pula doa dan harapan Zahid Hamidi:

Anggota UMNO tolak parti perlu kembali ke pangkal jalan.

08/05/2010 4:05pm
IPOH 8 Mei - Anggota UMNO yang menolak parti sendiri pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas perlu kembali ke pangkal jalan demi perpaduan yang lebih kukuh bagi menghadapi PRU akan datang, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, pemimpin dan anggota UMNO yang setia kepada parti telah memaafkan tindakan menolak parti oleh golongan berkenaan dan sedia menerima mereka semula.

"Memang kita dibenarkan berbeza pendapat tetapi perbezaan pendapat ini hendaklah disampaikan dengan kaedah yang baik dan penuh tata-susila. Gunakan media maya ini untuk menyerang musuh politik, bukan menyerang sesama sendiri seperti di dalam blog, Facebook dan Twitter,” katanya.

Beliau berkata, masih terdapat segelintir anggota membuat kritikan dan tuduhan melulu di dalam media 'online'.

Katanya lagi, UMNO yang menjadi parti tonggak dalam Barisan Nasional (BN) mesti sentiasa bersatu-padu dan kukuh menerusi sokongan tidak berbelah bagi di kalangan anggota dan pemimpin.

Ahmad Zahid berkata, parti komponen juga perlu menyelesaikan masalah dalaman parti masing-masing supaya BN terus mantap dan keyakinan rakyat terhadap parti itu tidak hilang. - Bernama

Zahid ni masih ego dan sedar diri ke tidak!!!

UMNO dah banyak berubah ke untuk ahli UMNO pula yang kena melutut minta maaf.
Ini satu lagi mulut celupar macam Nazri yang menyusahkan Najib dan Muhyiddin.

2 comments:

  1. itulah pasalnya... tak abis-abis dengan kempen dan slogan-slogan kosong...

    patutnya pembesar macam Zahid ni tengok diri dulu. Tengok seramai mana pengundi baru yang dah berjaya ditarbiyyahkan untuk memilih UMNO dan BN... apatah lagi dengan biaya besar...

    Ini zaman bukan zaman dakyah dan angka atas kertas lagi.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih cucu tok wan :) Najib dah kata, buat kerja untuk menang di pilihanraya nanti dan bukannya bercakap mengenai peluang dan harapan di atas kertas untuk menang.

    Kalau seseorang yang paling kanan, Naib Presiden, rapat dengan Najib masih belum dapat memahami halatuju dan hasrat Najib, bagaimana dengan pemimpin lain pula, bagaimana rakyat yang jauh dapat memahaminya.

    Atas kertas dan slogan UMNO memang hebat, hebat untuk dibungkus sekali lagi.

    Paling sedih, pemimpin UMNO masih tidak sedar diri merekalah yang berdosa dan derhaka kepada bangsa, ugama dan negara Melayu.

    ReplyDelete

6ANGKA