Saturday, March 21, 2015

Sebelum 1hb April - harap dua perkara ini berlaku..

Dua perkara yang mungkin melegakan rakyat Malaysia sebelum 1hb April ialah:

1) GST ditangguhkan
2) Najib berundur dan secara otomatiknya GST ditangguhkan, BRIM dikaji semula cara perlaksanaanya dan 1MDB akan diminimakan risiko hutang negara.

Perkara 1 merupakan langkah jangkapendek yang melegakan tetapi langkah kedua lebih berupaya dan sesuai untuk melenyapkan kebimbangan rakyat dan seterusnya meletakan harapan tinggi kepada kerajaan untuk menyemak dan mengkaji semula beberapa dasar termasuk kenaikan harga yang tinggi dan tidak sesuai pada masa dan sebaliknya melaksanakan sesuatu yang lebih menjamin keharmonian, menguragi tekanan dan kemajuan rakyat berbilang kaum.

Jika Ahmad Maslan menjelaskan cukai GST akhirnya akan dikembalikan kepada rakyat dengan pelan pembangunannya maka sewajarnya dikembalikan kepada rakyat dengan membatalkan perlaksanaannya. Pelan Pembangunan juga tidak mungkin dapat dirasai oleh rakyat semua.

Di era Paklah juga, semasa kenaikan harga minyak diumumkan, janji yang sama, pelan struktur pengangkutan akan ditingkat, tetapi akhirnya "rakyat telan habuk dan asap".

Sisem Pecukaian seperti GST sangat di alukan tetapi biarlah perlaksanaannya diserap secara perlahan supaya rakyat tidak begitu terasa tekanannya. Dan dalam masa yang sama, beberapa pengumuman kenaikan khidmat dan produk oleh pihak kerajaan Pusat dan Negeri sangat membimbangkan.

Cukai yang kononnya mahu dikenakan ke atas "tauke" yang bolos sebelum ini tidak harus menjadikan "rakyat" mangsanya.

Selepas GST, IMDB, BRIM pemansuhan ISA dan lain-lain kini Najib berdepan dengan pendirian, tekanan dan persaolan kerana menyokong Hudud PAS Kelantan.

31 comments:

  1. Di era Paklah juga, semasa kenaikan harga minyak diumumkan, janji yang sama, pelan struktur pengangkutan akan ditingkat, tetapi akhirnya "rakyat telan habuk dan asap". Betul sdr kata! struktur punya struktur akhirnya Kamaluddin ak Paklah juga yang control Rapid KL !

    ReplyDelete
  2. Di Era najib pun nak strukturkan penganngkutan juga! . Dapat duit GST nak bayar ansuran Private Jet pulak..

    ReplyDelete
  3. Gst harus diteruskan..solidariti untuk pm Najib

    ReplyDelete
  4. Aku ikut majoriti. Kalau ramai yg suka aku ikut. Kalau ramai yg tentang aku juga akan bangun menentang. Tak perlu marah aku kerana makan minum aku orang ramai yg tanggung... Kebajikan masyarakat.

    ReplyDelete
  5. Kau yang dah kaya tu bolehlah sibuk dengan Menentang GST, BR1M, 1MDB dll.

    Adakah aku kisah sangat?

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum

    1.GST tak perlu ditangguhkan kerana terbukti berkesan didalam menyelesaikan masalah underground Business.GST bukan lah percukaian dicipta oleh orang Melayu tetapi diambil dari pakar2 barat. Semua Cukai atas apa namanya samada SST dan lain2 rakyat tidak menyukainya....Cukai adalah salah satu cara Kerajaan mempunyai Duit yang banyak utk dilaburkan didalam pembangunan. Yang jelas rakyat pada era kini ingin hidup dalam kemewahan maka sistem cukai antara yang terbaik..Sekiranya rakyat sanggup hidup dalam kesederhanaan maka cukai boleh dihapuskan.

    2. Berbanding GST yg dikatakan menjadi bualan hangat rakyat terbukti tidak benar.Malah sehingga kini tiada demonstrasi .Demonstrasi menjadi kayu ukur kemarahan rakyat malaysia. Di kalangan masyarakat cina GST menjadi kutukan kerana masalah tidak boleh lari cukai.Mereka mengharapkan orang2 melayu bangkit agar mengadakan demo besar2an. Cina bukan hanya kesal malah jelas mengutuk melayu bangsa bodoh kerana GST akan meningkatkan harga barangan...Persoalanya barangan apa? Jelas harga barga barangan supplier bakal akan naik terutama yang dikuasai bangsa cina antaranya beg..baju dan sebagainya.Kenapa naik? sebabnya seperti dijelaskan tidak boleh lari cukai. Kalau dibayar cukai SST comfirm turun.
    Maka bagi rakyat bawahan GST tidak akan memberi kesan kerana cara perbelajaan yg berhemah diamalkan selama ini.

    ReplyDelete
  7. BR1M menjadi tajuk hangat disebabkan Tun Dr Mahathir menjadi pengkritik utama.Sebagai negarawan TDM boleh mencetuskan api didlam politik Malaysia.

    BR1M telah berjaya mengurangkan kos kehidupan rakyat marhaen dan sentiasa menjadi topik hangat dikomuniti .
    Bagi golongan sederhana dan kaya BR1M menjadi cemuhan krn terbukti menggagalkan kejatuhan BN.Jelas PRU lepas BR1M memberi impak maksimum kepada popular Najib seterusnya kemenangan BN....Ingat Popular


    Selepas ketiadaan Anwar politik menjatuhkan Najib sudah berubah kepada Rafizi dan TDM. Politik tembak PM adalah strategi ampuh menjatuhkan sesebuah negara.Persolanya mampukan Najib dijatuhkan oleh Rafizi?

    Pembelian kapalterbang yg dikatakan viral hanya sempat 1 hari menjadi bahan cemuhan. Rafizi gagal?
    bagaimana 1MDB?..TDM berjaya membawa arus desakan dibawah kelolaanya...tetapi pembangkang sudah menghidu bahaya bermain politik UMNO. Mungkinkah zaman Najib dan seterusnya BN akan terus mencapai kejayaan kerana target Hit sudah terlampau lemah???

    Politik era kini bukan lagi politik target Hit.Zaman sekarang rakyat bawahan lah punca kejatuhan kerajaan.Selagi rakyat bawahan selesa selagi itu golongan kaya tidak mampu membawa KUASA politik.

    Mungkin kah politik kapitalis yg menjadi pendokong Utama sudah berubah..Najib memang PAKAR TRANSFORMASI.

    ReplyDelete
  8. dh umum nk trik blik...nmpk sgt flip flop krjn...gst bkn wt kt msia jek dh byk ngara yg wat...n to say ia mmbebankn rkyt..i dont think so...g tny @ riki2 kt tokei2 cina...diam2 diorg suke gst sbb untung...yg byk ckadak mlayu jek...blom dpt hasil dh mngglabah sna sni...org cina g cramah krsus gst utk tau baik bruk gst..tp org mlayau lbih suke dok umh gyg kaki bc blog dgr cte x tntu arah psl gst...ble mlayu nk brubah?? kalo gst d batalkn backfire pd krjn gak..time tu org akn ckp krjn lemah n c pk pnjg..pmbgkang akn brsorak sbb krjn ikt ckp diorg...soh PM ltk jwtn?? Adkh lps PM ltk jwtn akn kmbalikn ekonomi ngara ke thp trtggi??baik pulih krjn adakah aon amik ms sehari dua??bgaimna plak dgn kem2 dlm krjn?UMNO?...lg mudah mnyalahkan..drpd bg idea mnambah baik...

    TipahKotaKemuning

    ReplyDelete
  9. Meh tgk cerita tentang GST kat sini : http://spotthebloggers.blogspot.com/2015/03/gst-adakah-saya-salah-faham.html

    ReplyDelete
  10. Sebenarnya Ahmad Maslan Dan JKDM Telah Kenalpasti Lubang-Lubang Kebolosan Didalam SST Jadi Sepatutnya Lubang-Lubang Tersebut Mereka Kena Usahakan Supaya Ditutup Bukannya Rakyat Yang dikerahkan Jadi Penutupnya. Sekarang JKDM Dah Ada Seramai 700 Anggota Baharu, Jadi Cantik Sangatlah Kiranya Mereka Yang Baru Dilantik Itu Digembelingkan Tenaga Mereka Supaya Lubang-Lubang Kebolosan Tersebut, Yang Telahpun Dikenalpasti Itu, Ditutup Rapat, Dan GST Ditangguhkan Sehingga Malaysia Telah Mencapai Status Negara Maju, Tun Mahathir Kata Tahun 2020. Saya Boleh Turut Bantu Ahmad Maslan & JKDM Dalam Operasi Penutupan Lubang-Lubang Kebolosan Dalam SST Itu Agar GST Bermula Dengan Cantik Pada 2020. Tak Lama Dah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. En hassan masalah kebolosan ni bkn baru2 ni je dah menjadi barah.Mudah bahasanya semenjak zaman TDM ianya dibiarkan tanpa ditangani cara keras dan berkesan.

      Seperti saya katakan tadi mana ada rakyat yang suka cukai atas nama apa2 pun. Peniaga Cina yg jujur mengatakan harga barang naik adalah krn tidak boleh mngelakkan cukai lagi.Kena fahami betul2 tidak boleh lari dari cukai kerana itu harga barang akan naik.

      Tetapi bagi mereka yg jujur melihat GST sistem terbaik kerana tiada pertindihan cukai seterusnya mengurangkan kos. Jadi masalah cukai jika diberi pilihan tentulah GST,Cuma TDM tidak memahami persoalan cukai GST lihat videonya yg mana beliau TDM tidak
      mengetahui bkn semua dikenakan cukai.Najib membuat perubahan drastik dengan menghapuskan cukai barangan keperluan rakyat terpenting...

      Maka jelas GST kita berbeza dgn negara2 lain..ingat Najib menghapuskan cukai barangan rakyat marhaen.

      Delete
  11. Yang tak suka GST ada kah kerana benar2 faham GST dan melihat GST memang tidak bagus...atau pon chuma dengar chakap orang ĢST tak bagus dah tu terus ikut percaya? Kalau main ikut2 saja itu maknanya ANAK KECHIL....belum baligh lagi

    ReplyDelete
  12. Kenapa gst ditentang habis habisan oleh DAP kerana mereka tahu akan impak kebaikan gst kepada negara seterusnya memberi kebaikan juga kepada rakyat keseluruhanya jadi peluang meraka untuk menguasa Putrajaya akan semakin tersasar itu saja sebenarnya dan berkenaan dgn tu M yg sedang selalu mengomen pasal gst dan brim anggaplah saja sebagai orang tua yg ingin menarik perhatian daripada anak2nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebagai ahli UMNO kita perlu menghormati TDM yg berjasa kepada rakyat....Apa yg disampaikan oleh TDM samada berlaku jujur atau ada kepentingan tidak perlulah kita bicarakan.Yang penting suara TDM didengari oleh Najib seterusnya melaksanaka beberapa tindakan berani antaranya membabitkan PAC..Audit dan SPRM.

      Isu 1MDB perlu dilihat cara kritis insyaallah segala2nya bagus utk negara malah yang paling menarik tindaka berani najib. Berilah masa kepada pemimpin UMNO baru Najib menunjukkan taringnya...

      Untuk pengetahuan kita semua 1MDB bukanlah persoalan rasuah tetapi lebih kpd duit perniagaan belum dijanakan...Insyaallah bila perniagaan mula menghasilkan keuntungan ckuplah 5 billion segala2nya akan berubah...Persoaaln anak rosmah membuat film hanya dijadikan sandaran agar menarik masyarakat melihat Najib tidak pandai mengurus ekonomi.

      Masalah2 teknikal berkenaan simpanan duit dan sebagainya hanyalah persoalan2 yg akan sentiasa jadi bualan dikalangan yg tak suka Najib kerana tidak memerlukan agensi menyiasatnya...

      Delete
  13. Sebagai businessman, bagi saya ada GST atau tidak...keuntungan kami dibayar oleh pengguna.

    Tetapi jika anda seorang pengguna, pemakan gaji, nelayan, penoreh, tukang rumah...sumber mana untuk menampung kos kenaikan (?) Ertinya GST tetap mengkayakan yg kaya dan yang miskin bertambah miskin...

    Kerajaan akan bagi balik GST kepada rakyat? Pembangunan(?)...apakah pembangunan itu boleh membantu si miskin atau pembangunan itu akan meminggirkan lagi si miskin...

    Di Pulau Pinang..dasar pembangunannya akan hanya menghalau Melayu keluar, begitu juga pembangunan bandar di seluruh negara.

    Itu sebahagian contoh kecil.

    ReplyDelete
  14. Sebagai businessman, bagi saya ada GST atau tidak...keuntungan kami dibayar oleh pengguna.

    Tetapi jika anda seorang pengguna, pemakan gaji, nelayan, penoreh, tukang rumah...sumber mana untuk menampung kos kenaikan (?) Ertinya GST tetap mengkayakan yg kaya dan yang miskin bertambah miskin...

    Kerajaan akan bagi balik GST kepada rakyat? Pembangunan(?)...apakah pembangunan itu boleh membantu si miskin atau pembangunan itu akan meminggirkan lagi si miskin...

    Di Pulau Pinang..dasar pembangunannya akan hanya menghalau Melayu keluar, begitu juga pembangunan bandar di seluruh negara.

    Itu sebahagian contoh kecil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diantara GST dan SST mana yg lebih baik?
      Bagi pengamal percukaian sistem yg ada sekarang cukai bertindih atau 2x cukai. GST lebih baik dari SST. Barangan apa yg naik? Barangan keperluan tidak dikenakan cukai jadi mengapa golongan marhaen perlu mengeluh?

      Seperti yg dikatakan barangan yg diimport terutama barangan pakaian ..elektrik..perabot bakal naik bkn disebabkan GST.percaya atau tidak? Cubalah berkawan dengan peniaga cina.Insyaallah kalau kita berkawan rapat cina akan berterus terang mengatakan barang akan naik disebabkan penipuan jumlah barangan yg dimport...sbg contoh barangan berharga 100 ribu hanya declare 70 ribu..kerajaan kerugian 30 ribu disebabkan agensi yg korupsi bkn UMNO ambil duit rakyat.

      Jadi kalau tidak mahu bayar lebih kurangkan perbelajaan bukan keperluan.

      Delete
    2. Adakah barangan akan turun ..Ya secara logiknya kos akan berkurang dan sepatutnya turun...Bagaimana nak turun? Kerajaan dibawah pentadbiran Najib mengamalkan sistem kawalan harga .Kement yg dipertanggungjawabkan menggunakan kuasa yg ada utk mengawal harga dipasaran..Sukakah peniaga Cina? Tentu mereka membantah dengan alsan biarkan harga diapungkan dan ditentukan oleh kuasa pasaran.

      Delete
  15. Bagaimana pula kalau pungutan gst majoritinya digunakan untuk membayar hutang?

    Paling malang GST tidak menghalang pemimpin dan kerajaan boros dan belanja mewah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belanja mewah?

      Setiap tahun Najib akan membentangkan belanjawan.Di Parlimen wakil2 rakyat akan membahaskan belanjawan tersebut. Persolannya wakil Adun mana mengatakan belanja mewah?

      Di Malaysia ramai tidak memahami seorang PM memerlukan kenderaan yg baik.Tahukah kita Najib membawa pelaburan tertinggi dimalaysia..Berapa Billion?


      PM bukan sekadar seorang ahli pentadbiran tetapi juga pakar pemasaran yg membawa jenama Malaysia. Istilah orang melayu baru meniaga dah pakai kenderaan mewah tidak sesuai dikenakan kpd Najib.najib sudah membuktikan beliau membawa pelaburan yg banyak ke malaysia.

      Delete
  16. Bagaimana pula kalau pungutan gst majoritinya digunakan untuk membayar hutang?

    Paling malang GST tidak menghalang pemimpin dan kerajaan boros dan belanja mewah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Istilah bayar hutang menjadi sinonim kpd pentadbiran UMNO. Dizaman TDM Mat Sabu selalu menjaja Malaysia berhutang sampai ke cicit.Begitulah ceritanya di era 90an.
      Pembangunan rancak dibawa TDM memerlukan hutang luar utk membangunkan negara.

      Bagaimana di zaman Najib.

      Dalam jawapan bertulis kepada William Leong (PKR-Selayang), Kementerian Kewangan berkata kenaikan tinggi itu akibat 'takrifan baru' hutang luar negara.
      "Dua pertiga tambahan hutang itu adalah akibat ramai warga asing membeli bon Malaysia, yang kini dianggap sebahagian hutang luar negara,

      Tahukah kita hutang Isi Rumah 86.8%? Jadi hutang siapakah yg kritikal kerajaan atau rakyat.
      Di zaman TDM hutang membeli kereta dipermudahkan sehingga 0 deposit.Apa yg berlaku rakyat berbelanja mewah dan tidak terkawal.Akibat dari kedangkalan menjaga ekonomi rumahtangga akhirnya lahirlah masyarakat yg rosak.Inilah kesilapan terbesar pemimpin UMNO yg tidak mendidik rakyatnya berjimat cermat dan faham mengurus ekonomi keluarga.

      Bagaimana di zaman Najib? Pembelian kereta diperketatkan tetapi malang yg diberi amanah korupsi. Begitulah era kini....Malaysia adalah warisan yg ditinggalkan kepada Najib. Kepincangan yg berlaku memberi kesan kpd kepimpinan. Walaupun Najib berhenti dan diganti oelh Haji Hadi..Anwar atau Muhiydeen ianya tetap sama.

      Agensi yg ditinggalkan TDM memang dah rosak.Malang bilamana SPRM berusaha membetulkan tiada kesungguhan dikalan Adun pakatan bersama2 transformasi agensi kerajaan.

      Pemberosan yg dikeluarkan oleh Audit negara tidak mampu Najib ubahkan kenapa? Agensi kerajaan bebas melakukan tanpa dikenakan undang2..pelik bukan..Itulah peninggalan TDM kepada negara tercinta kita.

      Mampukah Najib buat Transformasi? Tunggu dan Lihat

      Delete
  17. Najib bawa masuk billion ke dalam negara atau tambah hutang negara 3 kali ganda..70b..

    Fakta mana betul...

    Berapa banyak kilang baru dari luar negara yg tumbuh di tempat saudara mendatangkan peluang pekerjaan...atau semakin tiada dan ditutup..rakyat hilang pekerjaan dan pengecilan jumlah pekerja tempatan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. KD bab hutang ni agak2 la jadi tak isu bombastik?
      Baca Bhraian hari IMF ada sembang sikit bab hutang....
      KD kalau isu malaysia bankrap rakyat nak dengar tak?
      KD benarkah Malaysia nak bankrap tahun bila?

      Bab hutang negara dah diperincikan oleh Najib di parlimen...KD kita ada ahli parlimen .Mereka akan bahaskan segala2nya...agak2 la kenapa ahli parlimen tak mengelabah? sepatutnya merekahlah jurucakap rakyat bukan?

      Tetapi kenapa tidak menjadi isu utama di Parlimen? adakah ahli parlimen bodoh dan tunggu dan lihat atau 2x5 5x2

      Delete
  18. Tunggu dan lihat...
    Itu teori budak tak sekolah...

    2 x 5...jawapan tetap 10
    Nak tunggu nak lihat apa lagi..

    Kalau dah 1MDB tu hutang billion.
    Tunggu ahlong datang dan bankrupsi negara sahajalah...

    Kalau GST tu namanya cukai
    Tunggu harga barang naiklah...kalau tak mampu..tengok sajalah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. KD tunggu dan lihat merujuk agensi pemalas yg ditinggalkan legasi TDM la..adoii kau ni baca la balik betul2....

      Agensi kerajaan bukan sedikit juta tapi yg buat kerja berapa peratus? DAP kalau berkuasa nak buang setengah apa citer?

      Najib pemimpin berani dan menongkah arus..Betul tak? Najib menghapuskan subsidi minyak. Adakah Najib tunggu dan lihat?

      Najib melaksanakan GST mengantikan SST yg banyak kepncanganya malah menjadi barah kpd negara..tunggu dan lihat? Ingat ya GST sudah mula digerakkan di zaman TDM tetapi kenapa ditolak? Beban rakyat atau Takut kpd bangsa Cina? Tunngu dan lihat?

      Zaman Pak lah kenapa takut dilaksanakan?
      KD belajarlah apa itu GST dan SST jgn hanya mendengar kata2 orang...buatlah perbandingan.

      KD baca balik apa yg ditulis GST memang cukai SST apa pulak? adakah malaysia tidak mengamalkan cukai?

      Barangan naik adakah disebabkan GST atau SST?

      Delete
  19. Apabila ada pihak mengkritik kerajaan Najib, tak perlulah sangat kita nak siasat latarbelakangnya, latarbelakang atok dan opahnya.
    Nilai kritikannya, sebab dia kritik pun bukan untuk kebaikan moyang, atok dan opahnya...tetapi untuk anak cucu generasi depan.

    Tunggu dan lihat bukan satu method untuk menghalalkan cara. Perkara ini fakta dan perlu diperbincangkan dari segi angka dan ekonomi politik semasa.
    Jika kritikan salah - kita boleh berbangga
    Kalau kritikan betul - baru nak hantuk kepala !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kritikan membina membantu negara tetapi kalau nilai kritik tidak menjadi modal kepada pembangkang tentulah ada sebabnya....

      Di Malaysia pembangkang merupakan antara yg suka mencari kesalahan kerajaan terutama berkaitan dgn PM Najib. Hari ini dengan ketiadaan Anwar pembangkang sudah hilang sengatnya...

      Siapakah penganti Anwar yg mampu mwerosakkan imej Najib?
      Haji hadi..
      Rafizi
      Mahfuz
      Mat sabu
      Limkit siang

      atau sebenarnya kita menaruh harapan pada TDM?

      Delete
  20. KD samada sedar atau tidak Najib semakin selesa...Ketika kita mengkritik Najib kita mengatakan itu hak kita sebagai rakyat Malaysia tetapi bagaimana pula ketika kami mengkritik TDM?

    Begitulah hakikatnya TDM dan Najib merupakan kapal yg sama.Apa yg ditinggalkan TDM diwarisi oelh Najib..
    TDM sudah semakin tua beliaulah merupakan arkitek menaikkan Najib betul tak?
    TDM meletakkan Paklah sebelum Najib sebagai asuhan terakhir agar Najib betul2 bersedia melaksanakan amanah yg ditinggalkan...

    Tahun 2015 adalah tahun terbaik Najib.Perlaksanaan yg gagal dizaman pemimpin lama sudah ditransformasi oleh Najib.Subsidi yg menjadi ketirisan terbesar sudah diselesaikan hanya segelintir jerung2 kecil masih mencari sesuap nasi.
    Cukai SST yg bolos puluh billion bakal dikembalikan kpd kantung kerajaan. Najib selesa kerana tiada lagi demonstrasi besar-besaran.Najib boleh buat apa sahaja atas nama negara.Tiada lagi syarikat kroni yang ada GLC GLC kerajaan yg bakal mengambil alih balik segala kerosakan yg dilakukan oleh kroni2 terdahulu.

    Persepsi UMNO kafir menolak hudud sudah selesai.Hari ini rakyat tahu UMNO lah paling ikhlas memperjuangkan agama.Indeks syariah bakal membuktikan kpd Dunia UMNO lah penggerak syiar agama bukan PAS.

    UMNO rasuah sudah semakin kendur bilamana PAC Audit dan SPRM mebuktikan ketirisan bukanlah pada UMNO tetapi Agensi yg diberi amanah.


    ReplyDelete
  21. Kalau SST dimansuhkan dan diganti GST.
    Sewajarnya harga barang turun dari harga sekarang !!!!

    ReplyDelete
  22. Kalau SST dimansuhkan dan diganti GST.
    Sewajarnya harga barang turun dari harga sekarang !!!!

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...