Rakyat Kelantan kena lebih terima bahawa banjir besar yang berlaku di sana adalah satu peringatan supaya jangan salah pilih pemimpin dan parti untuk menjadi kerajaan negeri. Islam jangan jadi alat, hudud jangan jadi mainan bibir.Sampai ke takat ini mereka masih hipokrik untuk mengaku pemabalakan yang berleluasa adalah punca utama penghapusan kawasan tadahan hujan yang menurunkan banyak lumpur ketika hujan lebat. Keadaan banjir lebih sederhana jika bukan atas faktor tersebut.
Rakyat tidak didahulukan, tidak diutamakan..tetapi PAS masih mahu berpolitik untuk menjaga kepentingan DAP, melindungi pentadbiran lalu dan kepentingan mereka sendiri kononnya untuk menang lagi di PRU akan datang.
Apakah salah tadbir dan rasuah serta penyelewengan hanya berlaku di negeri lain tetapi tidak di Kelantan (?)
Apakah kemenangan mereka ditentukan oleh mereka sendiri semata-mata (?)
Soal Najib tidak berada di dalam negara ketika banjir bukan satu isu besar negara, masalah kredibiliti Najib adalah masalah dalaman UMNO itu sendiri. UMNO juga akan senasib dengan PAS jika terus mengkhianati rakyat.







