Sunday, January 4, 2015

Banjir juga menghanyutkan hudud (?)

Rakyat Kelantan kena lebih terima bahawa banjir besar yang berlaku di sana adalah satu peringatan supaya jangan salah pilih pemimpin dan parti untuk menjadi kerajaan negeri. Islam jangan jadi alat, hudud jangan jadi mainan bibir.

Sampai ke takat ini mereka masih hipokrik untuk mengaku pemabalakan yang berleluasa adalah punca utama penghapusan kawasan tadahan hujan yang menurunkan banyak lumpur ketika hujan lebat. Keadaan banjir lebih sederhana jika bukan atas faktor tersebut.

Rakyat tidak didahulukan, tidak diutamakan..tetapi PAS masih mahu berpolitik untuk menjaga kepentingan DAP, melindungi pentadbiran lalu dan kepentingan mereka sendiri kononnya untuk menang lagi di PRU akan datang.

Apakah salah tadbir dan rasuah serta penyelewengan hanya berlaku di negeri lain tetapi tidak di Kelantan (?)

Apakah kemenangan mereka ditentukan oleh mereka sendiri semata-mata (?)

Soal Najib tidak berada di dalam negara ketika banjir bukan satu isu besar negara, masalah kredibiliti Najib adalah masalah dalaman UMNO itu sendiri. UMNO juga akan senasib dengan PAS jika terus mengkhianati rakyat.

3 comments:

  1. HANYA NAK TANYA MANA GERANGAN BADAN AMAL PAS. WAKTU DEMO DIKUALA LUMPUR MEREKA DATANG DARI SELURUH NEGARA. WAKTU BANJIR DIKELANTAN...MANA....MANA....MANA MEREKA. APA SUMBANGAN BADAN AMAL SEBENARNYA KEPADA PAS KELANTAN.

    ReplyDelete
  2. komen pasal isu ni aku memang setuju dengan hang KD , bukan kerana hang bantai Lebai Pas tapi tak bantai Najib the konsultans , Tapi kita`pi pada perkara fakta, ok baru-baru ni banjir di Sabah dan banjir pun pernah berlaku di Serawak . Kedua-dua negeri ni satu dunia tahu ada menjalankan industri tebang balak paling besar kapasiti nya berbanding Kelantan dari segi hasil tapi selama berpuloh tahun tebang balak kita tak pernah dengar banjir jenis malapetaka besar seperti Kelantan yang musnah pada skala dasyat , macam di laknat allah swt dalam kisah nabi-nabi dulu ( kena cerita macam nabi sebab puak ini banyak lebai songsang dan jumud serta buta hati sekiranya di ukur bada bacaan Islam) . Malangnya sepanjang NikiAjis atau najis memerintah selama 20 lebih tahun dan selama itu la tebangan balak di lakukan ini lah hasil yang rakyat kelantan dapat iaitu malapetaka tengelam dalam air di samping towkey cina macam Nga dan ngok ketua Dap perak yang ada konsensi di balak di Kelantan ketawa melihat orang melayu bodoh di kelantan tengelam dalam air dan tak malu boleh takbir lagi macam allah swt suka sangat dengan mereka.Towkey cina untung tebang balak secara halal dan haram si melayu dok dalam air jadi papa kedana ini disebabkan kebodohan pemimpin dan kemunafikan mereka dalam cara hidup islam . DiSabah dan Serawak di katakan mengamal pentakbiran sekular , tapi bijak mengtakbir industri balak dan rakyat tak mengalami bencana seperti di Kelantan yang dapat bencana dan semakin melahirkan ramai penduduk papa kerna musnah tempat tinggal secara total .DiSarawak pun ada sungai terpanjang di asia tenggara tapi tak bawa bencana begitu juga sabah. Ini lah yang dikatakan munafik kerana kalau sesuatu perkara tak diberi kepada yang hak akan datang lah bencana allah swt , kalau kita bukan ahli mentadbir dan mengurus cuma lebai dan ahli mengajar kitab(bukan standard pakar pun tapi gatai juga guna ulama cuma pandai ceramah) apatah lagi lanun dan membuat kerja yang bukan kemahiran kita ini lah yang rakyat maehran dapat bencana . Sebenarnya pentadbiran Pas kelantan bukan pun mengamalkan sistem dan cara islam ,seperti juga pakistan , Afghanistan dan lain negara yang gelar diri islam tapi sering memalukan islam dengan perbagai keburukan seperti pembunuhan , kemiskinan , rogol , jenayah dan banyak lagi kerana mereka mengamal agama tapi tidak sama sekali mengamal Islam tulin iaitu Adeen . Apa yang ada pada mereka hanya kebudayan dan budaya arab yang sudah runtuh yang datang dari arab sejak zaman berzaman sebelum adeen islam itu datang tapi bukan dari Islam. Jadi setakat itu saja yang yang nak habaq kat hang cakap panjang-panjang pun tak guna nanti geng lebai maki hamun tambah dosa , Mereka bukan nak guna akai yang sihat seperti allah swt sering sebut dalam al quran . Pasai Najib aku tengok dan rasa dia ni tak lama , kerana kalau kita sentiasa cari populariti bukan kredebeliti ini la jadi nya , Malaysia bukan US presiden memerintah dengan banyak penasihat keliling pinggang , kalau ikut stail US susah la , silap -silap dapat si malaoun dan penyangak sebagai penasihat maka akhir menghitung hari la kita mengira jangka hayat . Di Malaysia PM wajib daripada keturunan yang sihat akal dan akhlak dan boleh berfikir untuk buat keputusan sendiri demi kebajikan dan kemajuan rakyat , kita tak mampu dengan PM duduk saja , kemudian tertidoq dan hanya ikut penasihat semata-mata walau perlu ada penasihat . Ini Fakta tentang najib keburokan lain aku tak berani nak komen banyak hang cari la sendiri KD ooi....

    ReplyDelete
  3. Salam.

    Melihat kepada scenario keadaan banjir di Kelantan yang melibatkan 9 Jajahan iaitu Gua Musang, Jeli, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tumpat, Tanah Merah dan Kota Bharu dengan tempat terjejas teruk seperti Manek Urai, Latarek Luloh, Dabong dan banyak lagi.Rata-rata, rakyat Kelantan drp kawasan banjir ini sekarang "Menangis Tidak Berlagu", "Termenung Mereka sendiri akan Masa Depan Yang amat Kelam", akan tetapi harapa yang sekian lama diletakkan dan dibanggakan ke atas Para Pucuk Pimpanan PAS berbagai Peringkat, hanyalah seperti pegar memakan padi.

    Para Pemimpin PAS sungguh pandai bermain kata-kata, menunding jari kesana kemari, tanpa memperdulikan apa nasib mangsa banjir. Segolongan mereka yang digelar Ustaz, Ulama, Alim Agama iniyang rata-rata memiliki Sejemput Janggut di Dagu ini, menunjukkan kedangkalan tahap keImaman masing2.. Mereka yg digelar beriman ini, mula menunjukkan sikap dan tamak haloba, ego, bongkak dan sombong terlampau apabila mereka-mereka ini mengeluarkan kata-kata yang tiada satu pon yang dapat menghilangkan kegusaran, menghapus penderitaan, apatah lagi bersimpati dengan musibah banjir yang melanda.Jauh sekali mereka ingin atau mahu memohon maaf di atas kedhaifan dan kurang cekapan mentadbir urus musibah banjir, malah mereka mengemukan pelbagai alasan seolah lari drp tanggungjawab dan tiada pon sifat mahu muhasabah diri.. Ini ker Islam Pas???

    Sudah dinyatakan bahawa Kerajaan pusat jugaklah yang akan mengeluarkan danan sebanyak RM52.5 juta mungkin lebih untuk membina kembali rumah-rumah yang di hanyutkan airbah yang deras dan laju. Tetapi jumlah ini akan naik sekali ganda, mungkin berganda-ganda, apabila diwartakan semua penempatan di perairan sungai tidak selamat di diami, maka akan berdondong-dondong lagi yang akan merayu memohon bantuan perumahan drp Kerajaan.

    Masalah Utama yang menyebabkan Air Bah Laju dan Deras naik mendadak di kawasan 9 Jajahan tersebut adalah keranan kerakusan Pihak Pentadbiran Negeri Kelantan di Bawah Kerajaan PAS dalam memberikan sejumlah 4,000 hektar tanah kpd Jahanam Bga dan Ngeh Bersaudara drp DAP, yg mana secara fizikalnya boleh dilihat kekayaan mereka bertambah selepas projek balak & tanah diperolehi drp Kerajaan Pas Kelantan..

    Anak-anak Kelantan diSERU agar menuntut Pembentangan dan penjelasan drp Kerajaan Kelantan:

    1. Berapakah Hasil Kerajaan Pas perolehi daripada Hasil Penjualan Balak & Tanah di kawasan terbabit?

    2. Siapakah yang bertanggungjawab memberikan kelulusan ke atas aktiviti pembalakkan tersebut?

    3. Apakah pemberian ini mengikut prosedur dan tatacara urusan Tanah Kelantan?

    4. Kemanakah Wang Hasil Penjualan Balak dan Tanah dibelanjakan.

    5. Jika sekiranya di Selangor, MB Azmin Ali menuntut semula pembayaran balik wang sejumlah RM2.6 juta yang dikatakan dibayar dengan tidak mengikut peraturan dan prosedur tertentu...APAKAH boleh Anak-Anak Kelantan mendesak Kerajaan PAS menuntut ganti rugi drp DAP Bangsat Nga & Ngeh Bersaudara ke atas kerugian yang mereka alami akibat drp Banjir Besar melanda. Ini adalah Hak Mereka sebagai Rakyat yang tertindas dan teraniaya akibat drp Kerakusan DAP Bangsat meneroka dan membotakkan kawasan Tadahan Hujan.

    6. Rakyat Kelantan kesemuanya mestilah bangun menuntut Hak dan Kebenaran drp Kerajaan Pas Kelantan.. Kalau Hak sendiri pon tak mampu dibela, jangan harap Banjir seperti ini tidak berulang kerana Kerajaan Pas akan memberikan lebih banyak kawasan Balak demi untuk mendapatkan DANA PILIHANRAYA ke 14.

    Apakah Rakyat Kelantan "THE RED WARRIOR" ini betul-betul berani? atau hanya gah pada slogan saja?

    ReplyDelete

6ANGKA