Untuk mengembalikan segala kemusnahan yang melanda mangsa banjir seperti kehilangan nyawa, harta benda, trauma dan masa depan yang tidak menentu adalah wajar mangsa banjir di seluruh negara khususnya di kelantan mengambil tindakan saman ke atas kerajaan negeri dan kerajaan pusat.Mahkamah harus dijadikan medan untuk menilai setakat mana ianya bencana alam semulajadi atau sebenarnya lebih kepada kelalaian kerajaan menyediakan prasana yang sesuai dengan pembangunan termasuk penghapusan kawasan tadahan hujan dengan kegiatan tamak dan ganas pembalakan. Tuntut pampasan yang setimpal sebagai hak rakyat.
Isu pembalakan di kelantan jangan sekadar dijadikan bahan politik saling tuduh menuduh sesama mereka yang akan berakhir dengan "nothing" sedangkan hakikatnya segala kemusnahan dasyat itu tidak mampu dipulihkan oleh mereka.
Mangsa banjir jangan terpedaya dengan janji pemimpin yang datang duduk bersila di depan mereka dengan muka simpati kerana wajah ini akan lenyap sebulan lagi tanpa khabar berita.
Situasi di kelantan hanya akan menyaksikan adengan saling tuduh menuduh antara pusat dan negeri yang berterusan dalam membina semula kehidupan mangsa banjir. 5 tahun lagi pun, menjelang 2020 mangsa banjir belum tentu kehidupan terpulih sediakala sedangkan negara sudah didendangkan negara maju.
Rakyat kelantan perlu menubuhkan satu jawatankuasa bertindak ke arah itu.




