Tuesday, January 6, 2015

Memburukkan..umno tak cantik secara auto

secara ikhlasnya nak tanya - apa cara untuk menjadikan umno lebih baik (?)
mahathir sendiri dah tegur secara berhemah, secara tetbuka dan akhirnya tarik  balik sokongan kepada Najib.
Mahathir tu bangun semula untuk apa - untuk rampas kuasa nak jadi PM semula (?) atau boleh juga fitnahkan untuk angkat Mukhriz jadi TPM (?)
Tentulah bersebab Mahathir terus bersuara....

Kesimpulannya memang umno merasakan perjalanannya sekarang di landasan yang betul..Najibs way...

Satu lagi kegemaran penyokong umno ialah memburukkan pembangkang, dilondeh segala hal, tak mungkin tak ada sedikit sebanyak yang mereka reka dan fitnah, dibesar dan dilebihkan...diulangtayang.
contoh ulangtayang terbesar ialah vedio anwar...

Aku setuju satu perkara, pembangkang itu memang sudah huduh dan buruk, tak war-warkan pun, memang pembangkang kaki busuk...

Tetapi adakah memburukkan pembangkang secara lebih-lebih, besar-besaran yang sudah sedia huduh itu menjadikan umno itu molek secara auto (?)

untuk menjadikan umno molek, apa kena buat (?)
Ampu (?)

4 comments:

  1. UMNO perlu kembali ke landasan asal iaitu membangunkan negara dan rakyat, dahulunya UMNO dan parti komponen Barisan Nasional tidak terlalu menumpukan kepada politik secara keterlaluan seperti sekarang ini, kesannya negara menjadi makmur, rakyat menjadi gembira, kesannnya adalah UMNO dan parti komponen Barisan Nasional dapat menang pilihanraya dengan majoriti 2/3 setiap kali pilihanraya kerana rakyat yakin dengan Barisan Nasional.

    Ketika ini para pengampu Najib serta pengejar jawatan dalam parti komponen Barisan Nasional seperti sudah tidak tahu lagi untuk berusaha membangunkan negara ini, memajukan rakyat sebagaimana di era Tun Dr. Mahatir dan zaman sebelum era Tun Dr. Mahathir yang mana negara ini maju dan membangun dengan pesatnya.

    Isu sekarang ini adalah isu pembangunan negara yang diabaikan oleh Najib hasil pujian dan bodekan serta ampuan yang hanyalah pembohongan. Kegembiraan Najib dengan segala kepalsuan itu boleh menyebabkan kemusnahan kepada Barisan Nasional jika dibirkan berterusan.

    Kepada Najib,sedarlah orang mengkritik bukannya sebab benci tak tentu pasal, tetapi kerana tidak mahulah dan kemusnahan akibat perbuatan yang salah dibuat oleh kamu dan kuncu-kuncu kamu.

    Kepada kuncu-kuncu Najib pula, kamu semualah petualang besar, para pengkhianat Barisan Nasional, mengampu dan membodek untuk kepentingan diri, sedangkan Barisan Nasional menjad mangsa akibat perbuatan buruk kamu semua itu.

    ReplyDelete
  2. Tak payah meniru cara berpolitik pembangkang yang banyak retorik dan mengabaikan pembangunan negara dan rakyat. Kerana cara politik bodoh sedemikianlah maka pembangkang dahulunya begitu lemah dan tak mampu untuk menggugat kekuatan politik Barisan Nasional, sekarang pimpinan politik parti komponen termasuk UMNO sendiri sibuk berpolitik ala pembangkang, maka rakyat jadi muak dan jelak. Sedarlah sebelum terlambat, kembalilah ke landasan asal perjuangan Barisan Nasional iaitu pembangunan negara dan rakyat demi agama, bangsa, dan tanah air.

    ReplyDelete
  3. najib,umno dan kerajaan kena buat macam zaman pemerintahan gemilang dulu dimana rakyat hidup dgn penuh keyakinan,merasa selamat dibawah pemerintah yg penuh konfiden..yg sanggup membuat apa saja demi kesenangan rakyat..dgn polisi perumahan yg adil untuk simiskin dan sikaya...pemerintahan sekarang?.. adalah pemerintahan menyusahkan rakyat dgn gstnya dgn kos hidup melambung..polisi rumah lansung tak mampu beli..rakyat rasa tak selamat di negara sendiri..yet najib dgn senang hati memboros kesana kemari

    ReplyDelete
  4. aku hanya rakyat marhaen.
    Nak cari makan pun terkial kial bersaing dgn bangsa pendatang.
    Apa yang mampu aku buat...hanya dengar lihat sahaja yang termampu.
    Sama sama lah kita tunggu dan lihat kejatuhan negara ini ke tangan orang lain.
    Sedangkan Tun Mahathir pun mereka tak pedulikan ..apalah daya saya...

    ReplyDelete

6ANGKA