Pelancaran RM Ke 11... takkan tak ada sesiapa kot nak ulas kat sini, inilah masanya untuk memberitahu rakyat betapa kerajaan sekarang cukup prihatin dan bijak merancang untuk masa depan semua.
Secara ikhlas ramai yang tak tahu satu benda pun, tak baca walau sebaris ayat, jauh sekali nak tonton tv dan melopong kusyuk untuk dengar.
Jadi inilah peluang orang seperti Ted Manoff* dan mereka yang tak suka kutuk-kutuk* dan yang selalu berhujah fakta dan ilmiah* untuk menerangkan ...setakat mana mereka faham.
* mereka ini lengkongan orang yang cukup faham dan kagum setiap kali pemimpin mereka berucap manis.
Jangan lupa beri penilaian terbaik dari segi mutu pembentangan, bahasa pembentangan, integriti pembentangnya...
Kena juga buat post mortem kenapa pembentangan ini kurang sambutan. Rakyat tak faham dan hilang minat atau pemimpin yang hilang fokus (?)
Buat pertama kalinya, tak perlulah sentuh lagi bab IMDB, dah banyak kali sentuh, dah banyak kali tanya, jawapan tetap kelabu asap.
Kalau Mahyuddin pun blurr dengan 1MDB, apatah lagi rakyat.
Kalau Muhyiddin suruh pecat BOD pun tak buat, apatah lagi sendiri nak undur.
Bab 1MDB tak perlu ulas lagi, ianya tetap kekal sebagai isu No.1... RMK 11 tak mampu menghilangkan persaolan rakyat.
TV3 mungkin wajar menyiarkan lagi berulang kali Pembentangan RM 11 dan interview pendapat pendapat tepi jalan.
Wajar tampilkan tokok seperti Shahril Samad, Ahmad Maslan dan Puad Jarkasi untuk ulasan bestari.