Sunday, July 10, 2016

SAOLAN UNTUK FLY KITE@LANGAU

Saolan

1) Adalah Laporan Audit Negara (LAN)  dibentangkan pada kabinet dan kabinet bersetuju di OSA kan.

2) Di OSA kan atas sebab apa (?) sedangkan LAN dijanjikan semasa rakyat mahu tahu status 1MDB.

3) Bolehkah Majlis Raja Raja dan Sultan Melayu memanggil Ketua Audit Negara untuk memberi penjelasan.

4) Bolehkah rakyat memohon kepada mahkamah supaya LAN dibentangkan di Parlimen dan dibuka kepada awam.

5) Statement siapa yang lebih berintegriti,  Sarawak Report atau Ahli Parlimen Kota Belud.






# INILAH PELUANG TERBAIK UNTUK KERAJAAN MEMBUKTIKAN BAHAWA SARAWAK REPORTS MEMANG KAKI KENCING..  BUKA LAN UNTUK UMUM !

Saturday, July 9, 2016

PAS TAK PROTUN TAPI JANGANLAH JADI KARTUN

Tegas Ketua Dewan Ulama PAS, deklarasi hanyalah sekadar agenda peribadi pihak tertentu dan bukannya untuk rakyat. Sebaliknya misi PAS adalah mahu menukar kerajaan sekaligus mengubah polisi dan dasar sedia ada. 

 "Dalilnya kerana mereka nak tumbangkan Datuk Seri Najib tapi dia nak kekalkan Umno, sedangkan kita berpendirian bahawa nak buat perubahan ini bukan ubah pemimpin sahaja. 
 "Kena ubah dasar parti itu juga, jadi maknanya tak ada manfaat sangatlah. Dia tukar (nanti) sama sajalah sebab dasar tu sama," katanya kepada Antarapos dalam satu temubual.

 "Komponen Deklarasi Rakyat ni orang-orang yang kecewa jadi PAS bukan seperti itu, cuma kita bersendirian sebab itulah kita tak bersama mereka. Deklarasi tu lebih kepada nak selamatkan Umno, kita bukan nak selamatkan Umno tapi negara," katanya.

Kena pastikan samada Ketua Dewan Ulama ini Bercakap Masa Berjalan Dalam Mimpi atau terlebih makan ubat batuk.

Apa yang dicakapnya betul, kaedah dan perlaksanaannya bagaimana (?) Sedang diri sendiri (parti) sudah berpecah dan untuk lawan PAN pun belum tentu menang, bermimpi pula nak kalahkan UMNO.
Sebab itu tindakan Hadi adalah betul, realitinya, kalau dipelawa jadi PenASihat pun dah kira untung badan.

NO MORE

Blog ini bercadang untuk tidak lagi menyentuh tentang Mahathir dan Najib secara langsung kerana secara rengkas telah disentuh tentang negatif dan positifnya.

Kita sudah sudah tahu perbezaan mereka, dan sungguh tidak sesuai untuk dibandingkan, seperti langit dengan bumi.

Berapa banyak pun untuk kita bercerita atau untuk berbohong atau untuk kaberap, sejarah tidak dapat dipadamkan.

Apa yang terjadi kepada Anwar, antara contoh nyata dan nukilan sejarah yang sudah lewat dan sukar untuk dipadamkan.




# Yang nak ulas dan komen,  biarlah sopan.  
Jangan jadi pariah setakat nak kata go fly kite.

MENTERI YANG BERTANGGUNGJAWAB ATAS LAPORAN AUDIT NEGARA YANG DIBOCORKAN PERLU LETAK JAWATAN

Tindakan ssk (siapa lagi kalau bukan saleh said keruak) meminta pdrm menyiasat bagaimana laporan audit negara (LAN) dibocorkan kepada SR merupalan tindakan yang tepat dan betul.

Sangat membimbangkan jika sebuah laporan yang sangat penting dijaga di OSAkan tetapi boleh bocor sewenang wenangnya. Siapa orang dalam yang terbabit (?) Berapa pula derma yang dalang ini dapat hasil kerja kotor.

Kalau KDN dibawah Hishamuddin,  sudah tentu dalang ini akan dicari sampai ke lubang cacing.

Keresahan ssk petanda awal laporan SR adalah betul (?) Jangan ada pula yang berlawok kata itu laporan palsu (!) Jangan sesama sendiri bertelagah pendapat dan kantoi !!!

Adalah lebih baik LAN dibuka kepada umum supaya kerajaan boleh menjawabnya satu persatu.
Apa guna Menteri Kabinet yang baru dilantik kalau mereka gagal menjalankan tugas.


Friday, July 8, 2016

KITA TURUT SEDIH UMNO DIPERLEKEHKAN...

Walaupun secara tidak langsung ia menyentuh kepada segala bangsa dan yang berugama Islam tetapi secara direct ia dituju kepada UMNO.
Jadi biarlah parti yang hebat ini selesaikan tentang maruah mereka !!!
UMNO sedang diterajui bangsa bugis.

Mereka miliki semuanya untuk bertindak.


,,Yang ini dah selesai belum >>>>>>>

MELIHAT MAHATHIR SECARA NEGATIF

Melihat Mahathir secara negatif memerlukan fakta untuk berhujah dengannya.

Menghormatinya dan meletakannya di tempat yang paling tinggi tidak akan mengurangkan sedikitpun keberkesanan kerajaan untuk mengurus negara.

Nasihat dan teguran awalnya jika diterima,  ditangani secara berhemah tidak akan menjadi kudis api yang merebak seperti sekarang.

Suara Mahathir awalnya tidak lebih dari seekor nyamuk pencen tetapi apabila tidak dirawat umpama aedes membawa denggi yang mampu membunuh seekor gajah.

Memerangi Mahathir dengan sekadar berlandaskan 3.85 CGPA hingus meleleh dan Menteri yang dilantik sekadar Yang Kuat Bodek (YKB)  tidak akan sampai ke mana berbanding dengan Mahathir,  22 tahun sebagai PM bukan kecik anak.
Serangan semborono sekadar meningkatkan pengaruh dan kebenaran Mahathir.

Ketika Mahathir PM,  di kabinetnya belasan dan puuhan Menteri yang handal seperti Samy Vellu,  lee liong sik, Anwar ibrahim,  musa hitam,  lim kheng yaik termasuk paklah dan termasuk Najib yang pada masa itu masih mentah.

Negatifnya Mahathir bukan sahaja dia tidak mesra barat,  tidak pandai main golf,  tidak pandai bisnes tetapi masih dapat memajukan negara dengan pelbagai projek mega yang kini menjadi landmark dan keuntungan negara.

Negatifnya Mahathir dia mendahului laporan Audit Negara dan Laporan PAC.

Hari ini,  sesiapa yang boleh acces Sarawak Report Akan mengetahui apa yang ditulis dalam Laporan Audit Negara yang dulunya secara sombong dan angkuh rakyat disuruh tunggu untuk penjelasan 1MDB, sampai masa di OSA... pariah punya janji.

Samada Sarawak Report berbohong atau tidak, saman memanglah sudah tiada keberanian...jadi buka sajalah laporan tersebut kepada public untuk dinilai dan dibandingkan.

Jadi janganlah pecacai asyik terjerit terpekik melolong pasal bukti, bapa segala bukti dah terlopong dibaca satu dunia.

Apa yang negatif kepada Mahathir,  dia kehilangan segalanya tetapi kebenarannya, keikhlasannya kepada bangsa Malaysia tidak boleh "dibeli", negatifnya itu "yang mahal".









Thursday, July 7, 2016

MELIHAT NAJIB SECARA POSITIF

DI PAGI Jumaat yang mulia ini,  masih Syawal,  jom kita berfikiran positif.

Mahathir bagus,  Najib bagus dan lebih bagus dari Mahathir kalau Najib berundur atas moral. Untuk kebaikan ugama,  bangsa,  negara dan parti.

Berundur ketika berkuasa,  sebelum pilihanraya bukanlah sesuatu yang tidak biasa.
Tiada kemudaratan jika berundur secara sukarela. 

Berundur sebelum terlewat. Berundur bukanlah negatif,  ia juga satu hijrah.
Berundur bukan bererti salah dan kalah tetapi bererti kemenangan jati diri untuk meletak status sebagai negarawan.

Lebih penting,  berundur adalah positif, untuk kebaikan.

Tuntut dan desak juga,  lim guan eng letak jawatan,  bercuti atau berundur untuk kebaikan pentadbiran negeri !!!!

6ANGKA