Tuesday, July 25, 2017

JIHAD YANG PALING HEBAT IALAH BERANI BERKATA BENAR DI HADAPAN KERAJAAN YANG SALAH..

Tak ramai yang berani buat.. 
Yang tahu,  yang menyembunyikan fakta,  yang mendiamkan diri,  bersubahat,  agak² selamat ke di dunia dan aqirat walaupun mereka sekadar berkata "saya hanya takut pada Allah"...

Masing² berfikirlah.. 

Monday, July 24, 2017

KENAPA ISU 1MDB ACAPKALI DITOLAK SPEAKER

Penolakan bererti kerajaan takut dan menyembunyikan, satu kemenangan dan kebenaran kepada pembangkang. 

Daripada azalina menafikan semua itu di luar dewan adalah lebih baik speaker membenarkannya dan paling baik PM sendiri menjawabnya. 


Umpama kita bertanding burung merbuk,  tak guna gemersik suara bak buluh perindu diluar gelanggang tapi bila sampai pada masa dan tempat yang sebenar, langsung tak berbunyi.. 

Speaker pun macam AG juga ke "Takut hanya pada Allah sahaja" Macam tak pun... 








# Dalam masa yang sama kerajaan mengaku 1mdb ada kes mahkamah???? 
Apakah kerajaan mengiktiraf tindakan saman sivil  DOJ bukan lagi sebagai campurtangan asing??



SETAKAT MANA ROS BERANI BUBARKAN DAP

Tanpa keujudan DAP, umno akan kehilangan sumber untuk menakut nakutkan orang Melayu. 

Tanpa DAP bagaimana mahu mefitnah Pakatan Harapan dikuasai lim kit siang. 

Sunday, July 23, 2017

ALHAMDULILLAH, SEMUA DAH PAKAT PAKAT TAK TAKUT DENGAN MAHATHIR......




Dah bubar ke belum Parlimen?  Aku nak undi bee end





HISHAMUDDIN SEPUPU YANG PALING KEJAM..

Seperti rasa terkilan dengan kenyataan Rafizi yang menyifatkan Semberong tidak lagi selamat baginya,  kini Hisham pula sengaja menempah maut untuk sepupunya najib dengan mencabar Tun bertanding di Pekan.

Tun sebagai otai politik, kini Pengerusi PH, mempunyai imej yang perlu dipertahan semua komponen,   kehadirannya di mana mana kawasan tidak boleh dipandang ringan atas dasar mesti menang. 

Najib hampir tewas,  kemudiannya buat persempadanan semula dengan kemasukan felda dan kem tentera ke kawasannya, sebab itu boleh menang majoriti lebih 15 ribu tanpa isu, tanpa skandal?? Bagaimana hari ini.. 

Wajar Hishamuddin tarik balik tawaran tersebut,  jangan sampai ada yang susah hati dan tidak tidor lena.. 
Bukan soal kalah,  sukar tewaskan Najib di Pekan.. Tetapi lebih kepada peluang Tun menjelajah Pekan membawa cerita Najib sebenar.. 


Saturday, July 22, 2017

SETIAP AHLI UMNO HARI INI TERBELENGU DAN BENGONG MENJAWAB BUKAN TENTANG ISU PARTI ATAU KERAJAAN, TETAPI ISU NAJIB..

Kalau anda pernah sembelih ayam,  atau pernah tengok ayam di sembelih dari A to Z, begitulah kedudukan umno sekarang,  menggelupor.

Dah malas nak tulis,  rasa loya untuk mengulas hujah pemimpin dari parti yang semakin nak terjunam, macam ayam menggelupor tu le.

Dari sumber dalaman, cakap lepas Pembantu Khas,  adikong dan anak buah,  nyata kajian Rafizi tepat.. Sembrong sudah tidak selamat untuk Hisham,  Mahkota sudah tidak selamat untuk exco kanan Jais Sarday. Pasir Gudang,  tempat Khaled digasak kuat.

Kalau tempat bakal PM pun goyang,  no wonder Zahid marah benar orang masuk kawasan dia,  macam lah setiap orang bagan datoh kalau lapar, dapor tak berasap,  zahid akan sampai dengan sekampit beras.

Syok sendiri,  melayu mati kalau umno tak ada,  fikiran macam tu buang jauh²..kena masuk fikiran baru,  umno tak ada lagi bagueh.



Hakikatnya Pakatan Harapan bukanlah kuat sangat tetapi kerana umno menanggung beban Najib yang terlalu banyak dan besar untuk ditangkis,  fikir²kanlah...

PUAD LUPA UKUR BADAN

Hasrat Puad menawar diri untuk berdebat dengan Tun menggantikan Najib macam ada yang tak kena. 

Pertamanya menggambarkan ada sebilangan pemimpin umno ysng cukup geram dan merasa malu dengan sikap Najib yang tidak berani berdepan dengan Tun,  bagi mereka apa sangatlah yang di takutkan dengan Tun itu. 


Yang keduanya mereka tidak pernah belajar dari kegsgalan yang lalu,  Puad cuba ajar Nazeri macamana nak jadi jantan dan samseng sejati. 

Yang ketiganya mereka betul betul sangka 1mdb suci murni. 

Ysng keempatnya mereka sendiri tidak faham 1mdb - asal usulnya,  prosesnya,  modus operandi, carta aliran ke mana wang lesap.

Kelimanya mereka betul betul sangka ada tok arab gila yang menderma walaupun transaksi meragukan malah AG juga tidak mendedahkannya seperti dicabar PH. 

Yang keenam,  walaupun bukan yang terakhir. Puad lupa ukur baju dibadan sendiri. 

Yang ketujuhnya,  mereka yakin PDRM akan berada tepat pada waktu dan tempat untuk menyelamatkan mereks. 

Yang kelapan,  mereka hanya mahu dicatit sebagai yang cukup berani untuk berdebat dengan Tun,  cuma dihalang. 

Yang kesembilan,  selamat jalan. 

6ANGKA