Wednesday, February 21, 2018

YANG NAK KELUAR BERSATU, SEGERALAH, CEPAT SIKIT.....










Penyakit dan sakit sudah keluar..
Alhamdulillah..

# BERSATU baru setahun jagung, tapi ahlinya paling laris dalam pasaran dengan harga yang paling tinggi.















MASALAH ORANG MELAYU PUN BELUM SELESAI..









MB Johor tak perlulah sampai ke tahap tu kot semata-mata nak pastikan kaum cina akan undi MCA..

Penyelesaian bukan dengan cara mengorbankan kepentingan orang Melayu..

Sudah begitu banyak orang Melayu bertolak ansur, berkorban dan satu demi satu hak keistimewaan orang Melayu terhakis..









Kebangkitan wanita dalam Pakatan Harapan memberansangkan untuk mendekati pengundi...

SAMADA ROS LULUSKAN PAKATAN HARAPAN ATAU MAHATHIR BERTANDING ATAS TIKET DAP

umno boleh buat pilihan..

Tuesday, February 20, 2018

SIAPA WANITA HEBAT INI...

Yang tahu tolong info...



UMNO PERLU JUGA DIBERI KEYAKINAN MENANG..

Minggu ni banyak masa dihabiskan jumpa kawan² lama seperjuangan kerana ada kelapangan masa cuti raya cina dan antaranya orang kuat umno belakang tabir yang infonya lebih deep close.

Isu istana dan kehakiman antara yang menarik tetapi agak sensitif untuk dikongsikan.
Isu pru sewajarnya menjadi tumpuan.



Keyakinan BN menang memang ada atas faktor tiga penjuru dan yakin kerusi parlimen pas mampu menyelamatkan jika terpaksa.
Begitu juga mereka sangat yakin Sabah dan Sarawak kekal menjadi deposit BN.
Kekuatan Shafie hanya di Semporna dan satu dua kawasan tertentu sahaja. Keluasan geografi Sabah itu sendiri memerlukan kos yang tinggi sangat sukar dterokai dan ditembusi warisan.


Ketakutan dan cerita tahyol DAP masih tersemat kuat di kalangan akar umbi umno sebagai tangkal akar umbi tidak memberi undi kepada PH.

Bagaimanapun memang disyaki ada kalangan pemimpin kecil sudah menghidu kecurangan pemimpin atasan dan akan memberi undi kepada pembangkang, pemimpin peneroka sudah berani bersuara dan kampong tradisional tidak lagi takut untuk mengundang ceramah PH.

Bukan sahaja rakyat diabaikan umno bahkan akar umbi turut terpinggir kebajikan mereka dalam kepayahan hidup. Kurang sangat Ketua Bahagian dan YB ambil peduli secara langsung.

Turut terkesan dipinggir adalah otai² yang dianggap menjadi ancaman dalam perebutan jawatan Ketua Bahagian akan datang.

Agihan peruntukan dikaut kroni tanpa sempat ke bawah - ini semua menjadi rungutan dan sebahagiannya terpaksa adu dan menagih dari pembangkang.

Umno selangor dianggap hipokrik dan cakap besar dalam memberi laporan kepada Najib akan kebolehan mereka tawan Selangor, semuanya sekadar mengejar peruntukan besar konon untuk program rakyat.

Pengurusan azmin ditahap cemerlang dan umno selangor tidak mempunyai tokoh setanding pun untuk diketengahkan.

Rasa menang BN sangat penting untuk membolehkan najib declare tarikh pilihanraya dan April dijangka paling sesuai.
Tetapi paling mengejutkan, tidak seperti lazim seperti dahulunya,  bilik gerakan jentera pilihanraya masih senyap sunyi. No money no talk kata petugas !!!!!



# Dijangka semua kerusi yang ditandingi amanah, pas  akan buru dan  meletakan calon dan bagi kubu kuat umno, pas berkemungkinan membiarkannya menjadi dua penjuru sahaja.




Monday, February 19, 2018

APA JASA NAJIB KEPADA MELAYU


Macam " 0 ". Tak ada sesuatu yang boleh dibanggakan generasi mendatang..

Jasa kecil, jasa biasa mungkin ada tetapi tidaklah sebesar mana jika dibandingkan dengan jasa kepada dirinya sendiri, jasa kepada isteri, keluarga, anak menantu dan kroni serta sahabat handal...

BRIM musnah niat baik perlaksanaannya dengan munculnya percukaian yang lebih zalim dan rakus, GST.

Mungkin tanpa Najib, umno boleh kembali kepada perjuangan asal, bukan perjuangan peribadi..
Umno tanpa najib, mungkin Melayu tidak ragu-ragu untuk terus kekal sokong umno..



Sayangnya semua sudah terlambat..

Kalau sudah tiada kepentingan, tiada harapan tiada potensi untuk perjuangan orang Melayu dan Islam dan memelihara negara, tidaklah perlu lagi dikekalkan diri dan kerajaannya.

Rakyat perlu diperbiasakan menukar kerajaan yang korup dan meminggirkan kebajikan rakyat. 

Pegawai dan jabatan kerajaan juga perlu bertanggungjawab ke atas rakyat dan berani melawan sebarang bentuk tekanan dan campurtangan politik












# Cerita kegagalan, kemusnahan dan skandal mungkin lebih sinonim dengan najib. Jika kenyataan ini salah, cubalah betulkan...










PRU APRIL 2018 SELEPAS SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ


Ada beberapa sebab utama:

1) Sebelum Anwar dibebaskan
2) Sebelum aidilfitri..mengelak situasi orang Melayu berhadapan dengan barangan harga yang serba tinggi..Menimbulkan kemarahan Kepada kerajaan.
3) Israk Mikraj dijadikan turning point kerjasama pasumno.

Dijangka pembangkang terpaksa bertanding menggunakan lambang parti masing².


6ANGKA