Friday, April 20, 2018

GARU KEPALA








DALAMAN UMNO YANG REPUT MEMBIMBANGKAN..


Status umno terkini yang terumbang ambing dan tsunami rakyat di Johor dan seluruh negara tidak lagi dapat dibendung. 

Umno akan makin berpecah selepas pengumuman dan penamaan calon. 



Thursday, April 19, 2018

SYAITAN YANG DIREJAM..







Pemimpin sekarang,  pemimpin dahulu dan pemimpin akan datang - janji Allah adalah benar. 


KEMPEN PRU BAGAI TERGANGGU... (?)

Kempen pru bagai terhenti,  sekurang kurangnya terencat,  ada isu lebih utama,  status umno?
Siang malam pacak bendera,  rentang banner,  bagaimana kalau umno tidak layak bertanding pru?

Umno pernah diharamkan dan jika berulang,  ia bukan sesuatu yang pelik. Haram semasa era Tun dan jika berulang di era najib,  bagai pinang di belah dua. RAHMAN akan berakhir dengan lebih teragis.

Kenapa umno sekarang kemungkinan diharamkan,  ia bukan suatu rahsia lagi dan hanya mahkamah yang boleh jadi penyelamat tetapi undang² juga tidak boleh berdalak dalik atas hitam dan putih.  Cepat atau lambat,  sekarang atau akan datang,  suka atau tidak umno kena berdepan dengan mahkamah.

Nasib umno mungkin tidak jauh dari nasib BERSATU,  apa salahnya kalau Tun guna logo PKR najib pula guna logo MIC atau setidak tidaknya logo PAS.


Klik ini org umno yg kata

MELAYU TAK PERLU LAGI UMNO PAS...enough

Samada umno menang atau kalah pru,  ia tidak lagi begitu penting dan sudah tidak ada keperluan lagi untuk kita menjaga umno supaya terus kekal menang. 

Negara memerlukan seorang PM yang bagus,  berakhlak dan amanah,  faktor umur tidak penting,  dari parti manapun hanya soal kecil... .. Soal melayu dan Islam,  jagalah memasing. Sudah agak lama kita ditipu umno dan pas kononnya jaga melayu dan Islam... Semua itu helah akal mereka untuk survive. 

Hakikatnya kita beriman pada Al Quran bukan buku perlembagaan umno atau pas,  tidak jugA perlembagaan mana2 parti. 
Jika negara memiliki seorang PM yang amanah,  berakhlak,  melayu dan Islam - itu satu bonus bagi kita. 

Parti yang bercakap soal bangsa dan ugama hanya di hujung pilihanraya perlu dihumban jauh²...enough. 

Wednesday, April 18, 2018

ADAKAH BN PARTI YANG SAH DALAM PRU14 (?)

Sesuatu yang umno dan BN perlu ambil tahu bahawa selepas PRU14  samada mereka menang atau kalah.

Ada pihak tertentu yang akan mencabar ROS dan umno di mahkamah sebagai parti yang terbatal kerana melanggar perlembagaannya sendiri (?)..

Jika umno terbatal, dengan sendirinya BN bukanlah sebuah parti yang sah semasa bertanding di PRU14 (?)


Sekadar pengakuan ku nan  - ia akan dicabar di mahkamah

# Kini logo dan warna BN juga dipertikaikan - umno menang (?) atau kalah tetap berisiko tinggi.

PH KETANDUSAN CALON (?)

Dah tak ada isu, itulah yang dimainkan...

Minoriti calon PH tidak dinafikan kurang dikenali umum dan ada yang muncul dan bangkit berjuang apabila tidak boleh lagi berdiam di bawah kerajaan yang zalim, mereka bangkit menuruti tuntutan agama.

Majoriti mereka calon tempatan yang sudah pun dikenali setempat dan bertanding di kawasan sendiri sebagai anak tempatan adalah tepat.

Peluang ini lah mereka akan mula dikenali. Lebih penting bukan mengukir nama tetapi mengukir jasa kepada rakyat.

Hakikatnya dalam isu negara yang zalim dan huruhara ini, calon yang belum dikenali bukan isu utama tetapi calon ada nama yang kaki rompak, korup itu lebih merbahaya.

Mana satu nak pilih.

Peluang harus diberi kepada anakmuda sebegini untuk menjadi sebahagian pemimpin menguruskan negara....

6ANGKA