Sunday, April 29, 2018

SIAPA AKAN IKUT TELUNJUK SIAPA?


Bila perangai tak senonoh dikesan,  jiran akan mengata - bila tular,  salah siapa? 
Campurtangan negara asing? 










Dan
Jangan Gentar To Say No To umno 





TSUNAMI RAKYAT KENA DITERUSKAN, BANGKITKAN RAKYAT KELUAR MENGUNDI MAKSIMA DAN KEZALIMAN PIHAK LAWAN SANGAT BAIK UNTUK SEMANGAT JUANG

Lawan tetap lawan.. 
Lawan kezaliman
Lawan kemungkaran
Lawan sampai menang.. 
Jihad kita "0" GST.. 

Kepada Allah kita berserah.. 



Ini sms yang aku terima dan aku balas... " PH pilihan kami sekeluarga"


Cai² jiban tidak perlu komen kerana tidak akan disiarkan sehingga tarikh mengundi, ruang perbezaan pendapat ditutup kerana pandangan sesat menyokong kemungkaran perlu dilenyapkan,  sila hantar komen anda di mykemut.

Saturday, April 28, 2018

UMNO MENARI IKUT GENDANG MIC.. SO POWERFULL



ADA DUA PARTI SUCI YANG BERTANDING, SATU DARINYA PALING SUCI

PRU dikendalikan oleh pelbagai pihak,  bukan setakat SPR sahaja kerana ia melibatkan pelbagai jabatan lain untuk melancarkannya seperti Pejabat Daerah,  Majlis Tempatan,  PDRM,  Insolvensi,  Jabatan Pendaftaran Negara dan banyak lagi di belakang tabir.

Semuanya suci tetapi ada satu yang paling suci dalam menguruskannya.

Apabila ada parti suci dan pengurusan suci di PRU14 ini mana mungkin PRU14 kali ini paling kotor.

Kalau dicuit sedikit - itu fitnah, direct masuk neraka jahannam, na'uzubillah.

Itu kena hadam dan yakin sepenuh hati.

SAMBIL MENANGANI ISU YANG SENGAJA DICETUSKAN PH JANGAN HILANG FOKUS KEPADA GROUND WORK TUMBANGKAN UMNO...

Perasaan marah dan kecewa di atas sikap SPR harus diterjemahkan dengan lebih semangat menumpaskan BN.  
Pertikaian dan pengurusan dalaman harus diselesaikan segera. 

PH SUDAH KETINGGALAN 0 - 3

1) Suasana penamaan calon,  PAS lawan BN
2) Penyokong calon PH sedikit dan tidak berpakaian seragam
3) Beberapa calon PH kena reject

https://kluangmanexpress.blogspot.my/2018/04/apakah-penamaan-calon-hari-ini-pun-kena.html?m=0



Hakikatnya,  banyak lagi cabaran dan halangan yang sedang menunggu kerana umno benar² dalam ketakutan ?

Menyalahkan SPR atau umno tidak mendatangkan apa² kebaikan kecuali membawa isu ini ke mahkamah,  walapun di sana juga "tipis".

Ketinggalan 3-0 adalah kerana salah sendiri 100%, tidak ada pengurusan calon tetapi lebih kepada trust.

Calon sendiri tidak jujur terutama mereka yang berstatus muflis atau nama mereka dicalonkan terlalu dekat dengan tarikh penamaan calon hingga tidak sempat berurusan dengan jabatan berkaitan.?

Mungkin juga ada yang sudah kena beli dan sengaja menjadikan isu teknikal untuk tidak layak bertanding dan berlindung dengan alasan tersebut.??!!

Bermula dengan segala kelemahan, kekurangan dan kegagalan itu terpaksa dibawa sebagai bekal dalam baki perjuangan, tiada pilihan.

Sebelum ini pun pemimpin atasan PH sedar strategi lawan,  dah bercakap pun tetapi kenapa masih alpa dan lalai.  Apa sudah jadi dengan Taklimat??? Cukup ke untuk berberucap dengan semangat tsunami rakyat tsunami melayu??!!

Rakyat sudah ada rasa kecewa dengan kegagalan dan kelalaian calon,  ada yang minum todi agaknya hingga dokumen wajib pun lupa bawa?
Kekecewaan itu kena dibendung dengan sikap bangkit dan juang.

Bagi rakyat yang ingin perubahan,  ingat lihat pencuri ditangkap,  ingin lihat yang turut makan duit curi ditangkap,  ayuh bangkit juga jadikan tsunami, masih ada lebih 200 gol utama lagi.. Ketinggalan 3 bukan bererti dunia sudah kiamat.

Bagi BN yang mendahuli 3-0.. sudah terbuai buai,  biarkan..

BELUM PUN PENGUNDIAN, PENAMAAN CALON SUDAH RABAK..


Setakat ini ada beberapa kes yang melibatkan keputusan Pegawai SPR yang menolak beberapa pencalonan mungkin perlu dirujuk ke mahkamah. Samada sikap pegawai atau sistem pencalonan itu sendiri yang bermasalah. 

Adalah malang jika pencalonan ditolak untuk satu proses demokrasi yang lebih utama disebabkan oleh perkara yang remeh temeh. 

Inilah tanda² awal proses kempen,  undi awal dan pengundian dan pengiraan undi kelak akan ujud pelbagai kerenah yang akan ditimbulkan oleh SPR sendiri? 
Jika ini berlaku,  keputusan pilihanraya tidak akan menyelesaikan kemelut politik negara seperti yang diharapkan. 

Siapapun boleh kalah atau menang,  Tun boleh tewas,  Muhyiddin boleh tewas,  Najib boleh menang dan rakyat akan akur tetapi adil dan bersih atau tidak pilihanraya kali ini suatu yang lebih penting dari semua calon?? 

Kalau menang atas jijik kotor selekeh  hina,  apa nilainya? Itu ke yang nak dijinjing bersama masuk lubang kubur kelak.. 


# Di media sosial,  sikap Pegawai SPR mula didedahkan!!! Sesuatu yang sangat menyedihkan kerana amanah dan akhlak sudah boleh dipertaruhkan. Jika PH menang,  jangan lupa "jasa²" mereka ini. 

Pendedahan Chegu Bard bikin madani goyah

Najib razak didapati bersalah dan dihukum - selesai. Diberi pengampunan oleh Agong Sultan Pahang dan didakwa  ada addendum Pertanyaan telah ...