Sunday, August 5, 2018

AZMIN WAJAR BERTANDING DUA JAWATAN..

Keterbolehan Azmin mengurus parti, negeri dan kini negara tidak boleh disangkal dan kalau diterjemahkan ke seluruh negara,  selepas Mahathir,  hanya Azmin paling rapat di belakang,  diikuiti Anwar dan Muhyiddin.. 

Hujah ini mungkin kurang senang bagi penyokong Anwar tetapi begitulah track record Azmin yang mencpai 98.2% berbanding Anwar sekadar 95% secara relatifnya dan Muhyiddin 88.8%...

Anwar sekadar pangkat tertinggi Timbalan Perdana Menteri dan semasa krisis kewangan,  pilihannya untuk meminta bantuan Bank Dunia tidak diiktiraf terbaik sehinggalah dia disingkirkan dan negara pulih dengan tindakan bijak Mahathir mengikat RM3.80 pada 1usd. 

Anwar juga gagal dalam projek kolam ikan semasa menerajui Kementerian Pertanian dan tidak ada jasa yang sangat besar kecuali AIM. 

Kelebihan Anwar lebih kepada kepetahan berhujah dan pecah belah pemimpin di bawah yang berpotensi melanggarnya. 

Sejarah menunjukan Rahim Thambi Chik tersungkur dengan skandal sex (kemudianya didapati tidak bersalah oleh mahkamah) ketika berada di puncak pengaruh sebagai Ketua Pemuda, KM Melaka dan paling mendapat kepercayaan Tun. 

Anwar menggesa Rahim letak semua jawatan walaupun mahkamah belum buat keputusan??? 

Begitu juga semasa declare tidak akan merebut jawatan Timbalan Presiden dari Ghaffar Baba tetapi akhirnya tikam belakang,  u turn bertanding atas alasan desakan akar umbi??? 

Apa yang berlaku kepada Azmin dan Rafizi sangat bohong jika dikatakan di luar perancangan. 

Sebagai Ketua Umum apakah tidak cukup kuasa? Apaguna Anwar downgrade dirinya ke jawatan Presiden kecuali bimbang Azmin akan bertanding menentang Azizah? 
Untuk itu Azmin mesti disingkir sebelum menjadi terlalu kuat.

Oleh itu adalah wajar Azmin bertanding Presiden dan Timbalan Presiden serentak membolehkan perwakilan mempunyai pilihan untuk meletakannya pada kedudukan yang sesuai.

Jika tewas, Azmin masih mempunyai banyak pilihan lain. 
Jika menang Presiden,  sekaligus Anwar tidak akan dipilih bertanding di mana mana parlimen mewakili PH dan sekaligus cita² sebagai PM sekadar mimpi. 


# Apakah Juak² dalam umno seperti lokman adam akan berperanan untuk turut berkempen menyingkirkan Azmin bapi pihak Anwar????


Saturday, August 4, 2018

MENJAWAB ROYAN UMNO...PENGUNDI PROTES PH

Masa kempen di PRK Sg Kandis, umno pukul gendang macamlah satu malaya rakyat di belakang mereka,  benarlah kata oragg dahulu,  kalau berkokoknya terlebih nyaring,  gerenti pungkoq penuh taik..

Selepas kalah,  post mortem celah kelengkang pun dibuat,  pengundi protes PH, tidak pula disebut pengundi PAS pun tidak sanggup mencemar tangan mereka mengundi umno,  sebab itu undi umno tidak pun meningkat berbanding PRU14.
Hatta lebih dua ribu penyokong umno di PRU14 pun tidak mengundi kali ini.

Post mortem aku simple,  sekarang ini di mana sahaja PRK hatta di kawasan yang umno menang pun,  letak sahaja tunggul,  umno tak mampu kalahkan tunggul itu.

Sekian,  terima kasih.

YANG KALAH TAK KALAH SEMUA SEKURANG KURANGNYA UMNO MENANG BESAR DENGAN CALON BEBAS..

UMNO sudah tiada masa depan jika pemikiran dan pendekatan mereka dalam berpolitik masih di tahap Sungai Kandis.

Pemimpin majoriti yang datang berkempen terdiri bekas maharaja lawak dan pernah disoal siasat dan dalam pemerhatian SPRM.

Kelibat Najib masih bercampur gaul, menjadikan umno belum terpisah dengan korup.

Secara ikhlas,  sudah tiada nasihat,  ubat dan formula menyelamatkan umno,  sama seperti utusan malaysia,  senasib,  sudah kehilangan sokongan dan kelak usang dan mati sendiri.

Bekerjasama dengan PAS tidak akan menyelesaikan masalah sebenar,  PAS juga akan terbeban dengan imej umno dan pemimpin umno akan kelihatan kekok dan kera sumbang di majlis PAS.

Ulasan yang berani dipertahankan,  diulang.

INiKAH KEPUTUSAN PRK SG KANDIS?


BN          6,500
PKR   25,650
Bebas       202

Sumber tidak rasmi



SIDANG MEDIA PERTAMA LOKMAN ADAM SELEPAS PRK N49 SUNGAI KANDIS

Terima kasih kepada semua Jentera BN Kota Raja, BN Selangor dan yang turun dari seluruh negara.  Tanpa kerja kuat sesedara, tidak mungkin kita dapat mengekalkan 83.2% undi BN pada PRU14 lalu.  Tahniah kepada Ustaz Zawawi yang telah menang, namun Pakatan Harapan wajar menerima teguran rakyat apabila ramai memboikot PRK Sg Kandis sehingga Pakatan Harapan hanya berjaya mempertahankan 63.9% undi yang mereka terima semasa PRU14, walaupun jumlah pengundi meningkat dari 50,800 kepada 52,650.
https://www.facebook.com/lokman.n.adam/videos/2007052696005646/

Friday, August 3, 2018

BERI KEMENANGAN KEPADA UMNO JIKA MEREKA SUDAH INSAF DAN JUJUR?

Adalah sangat bahaya jika pemimpin umno masih ego dan sombong tidak mengaku ribuan kesilapan yang telah mereka lakukan terutama sepuluh tahun kebelakangan. 

Adalah sangat bahaya jika mereka masih racist dan memperalat bangsa dan ugama untuk bermusuh dengan pihak lain sedangkan yang sepatutnya jurang perbezaan itu  diharmonikan dengan menunjukan keindahan Islam sebenar dan akhlak Melayu yang terpuji. 

Umno harus diberi muka untuk bangkit semula jika mereka menunjukan anti korup,  menyingkir pemimpin korup, menjauhi pemimpin korup,  berjanji tidak akan ulangi pembohongan dan menipu mengkhianati rakyat dan perjuangan  serta tidak memfitnah kerajaan sekarang.

DAP adalah sebuah parti yag sah dan bukan diletakan sebagai ancaman keselamatan oleh PDRM, umno mesti berani berhadapan dan tangani DAP secara intelek seperti yang dilakukan oleh Tun dan bukannya berbohong dan menakutkan Melayu pada DAP. 

Bagaimana Melayu dan Islam boleh dipertahankan,  dipelihara kehormatan dan kesucian jika umno masih menggunakan pendekatan basi dan lemah. 

Terlalu awal untuk melupakan kezaliman atau memaafkan umno atas salah urus negara yang begitu sangat teruk hingga imej tercalar di peringkat antarabangsa. 
Bukan sedikit malu yang ditanggung ketika negara dipersenda. 


Thursday, August 2, 2018

SIAPA YANG MENDAPAT KEHINAAN..







KEMBALI KEPADA AL QURAN - PESAN TUN


Kembali kepada Al Quran membawa maksud membaiki diri dan muhasabah diri,  bukan label dan hukum. 

Kembali kepada Al Quran membawa maksud bimbing dakwah nasihat mereka yang sesat ke pangkal jalan iaitu Islam yang satu dan bukan membezakan antara imam. 

Yang sesat,  bukan label, anjingkan dan singkirkan tetapi berkawan,  belas kasihan atas keterlanjuran dan kesesatan mereka,  damping dan bawa balik ke pangkal jalan. 

Pada kapir,  tunjukan keindahan Al Quran, akhlak Rasulullah dan kita penganut yang menolak kemungkaran dan menegakan kebenaran. 

Boleh kah kita tunjukan kita adalah orang Islam dan Melayu bukan punca kebobrokan, bukan juara kemaksiatan dan bukan punca segala masalah. 

Lebih dari itu orang Melayu dan Islam kena jadi juara ilmu,  ekonomi,  politik,  sains,  teknologi dan segala isi bumi. 

Apabila kita tiada semua itu + bobrok,  kita tidak lebih nilai seperti lembu atau kambing untuk dimakan. 

Kita kena tunjukan dulu. 
Rugi ke? 




# Semua isi tulisan ini adalah pandangan admin,  bukan petikan atau pandangan Tun. Maksud sebenar Tun,  kembali kepada Al Quran perlu dirujuk kepada sumber sah.




................................



Allah SWT berfirman:


"Dan mana-mana perempuan tua yang telah putus kedatangan haid,* yang tidak mempunyai harapan berkahwin lagi maka *tidak ada salahnya mereka menanggalkan pakaian luarnya, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka; dalam pada itu perbuatan mereka menjaga kehormatannya (dengan tidak menanggalkan pakaian luarnya itu adalah) lebih baik bagi mereka; dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."

(QS. An-Nur 24: Ayat 60)

6ANGKA