Saturday, August 4, 2018

MENJAWAB ROYAN UMNO...PENGUNDI PROTES PH

Masa kempen di PRK Sg Kandis, umno pukul gendang macamlah satu malaya rakyat di belakang mereka,  benarlah kata oragg dahulu,  kalau berkokoknya terlebih nyaring,  gerenti pungkoq penuh taik..

Selepas kalah,  post mortem celah kelengkang pun dibuat,  pengundi protes PH, tidak pula disebut pengundi PAS pun tidak sanggup mencemar tangan mereka mengundi umno,  sebab itu undi umno tidak pun meningkat berbanding PRU14.
Hatta lebih dua ribu penyokong umno di PRU14 pun tidak mengundi kali ini.

Post mortem aku simple,  sekarang ini di mana sahaja PRK hatta di kawasan yang umno menang pun,  letak sahaja tunggul,  umno tak mampu kalahkan tunggul itu.

Sekian,  terima kasih.

29 comments:

  1. Assalam...aku rasa hang kot KD meroyan...sebab umno xpun meletak harapan tinggi pada prk lepas...sian KD terima la hakikat yang ph bukannya bagus pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lokeman meraung yakin menang dgn isu mungkir janji dan islam dgn melayu terjejas...dah kalah baru sebut tak ade harapan tinggi...poorah .

      Delete
    2. Kah kah kah.
      Tu yg berterima kasih dgn pas bagi laluan kt seri setia.

      Kah kah kah..
      Xde harapan tinggi tapi letak calon yg berdemo demi kepentingan melayu dan raja.

      Kah kah kah..
      Xde haraoan tinggi tapi bapak kleptokrat negara mencemar duli turun padang jual temberang nk bersihkan nama dia.

      Kah kah kah..
      Sempena kekalahan di tempat majoriti melayu, umno masih nk jual temberang murahannya lagi?

      Kah kah kah kah kah kah kah...

      Delete
    3. Kata cai PH tak bagus mana pun tp dalam masa yg sama UMNO tak menaruh harapan. Peningnya!!! Nampak sangat macam nak meLokmanAdamkan pembaca di sini.

      Delete
    4. Penyampaian yg simple, ringkas, tapi tepat. Tepat kat pungkok kate org kedah...

      Delete
    5. Umno meletak harapan tinggi untuk kalah.Presiden & calon dua-dua talibarut najib

      Delete
  2. It's awesome in support of me to have a web page, which is beneficial for my know-how.
    thanks admin

    ReplyDelete
  3. Pengundi protes PH, tp dalam masa yg sama memenangkan UMNO ke atas calon bebas dgn kemenangan yang cukup besar sehingga calon tersebut kehilangan deposit Wow! Satu kemenangan yg luar biasa. Utk itu sekalung tahniah buat UMNO dan jenteranya yg telah bekerja keras sepanjang kempen berlangsung. Hihihihi

    ReplyDelete
  4. Post mortem kekalahan umno dan pas mudah sangat

    Rakyat tolak umno dan pas

    Undi merosot kurang dari sparuh berbanding,pru14

    Rakyat boleh terima penjelasan beban hutang najib sangat besar sehingga janji manipesto ade yg blm boleh dilasanakan... 6 janji dlm proses 2 ditangguh lepas 100 hari...janji terbesar najib sudah ditangkap dan didakwa i mahkamah..
    rakyat puashati gst sifar dan harga minyak kekal...rakyat hargai gaji menteri dan exco ph di potong berbanding exco pas dan umno.

    Hasutan lokeman adam umno dan pas melayu dan islam terjejas dibawah PH hanye retorik...rekaan semata2 yg anggap rakyar masih bodooh..

    Pengyokong pas marah kerjasama lobai pas dan prompak...lobai bersungguh kempen untuk umno..

    ReplyDelete
  5. Dari selepas penamaan calon lagi lokeman adam sudah laungkan yakin menang kerana

    isu melayu islam terjejas dibawah PH...

    Ph mungkir janji

    Sokongan kuat dan kempen oleh lobai2 pas..

    Hasilnye hasutan dan fitnah umno dan pas mengecewakan lokeman..undi merosot dari pru14 ....lokeman kena terjun ke dlm sg kandis cuci suwey....

    Nasib baik lokeman adem tidak kekal bersama PkR...lokeman suwey...

    ReplyDelete
  6. Umno sudah rasa keperitan di sg kandis tidak boleh tiou rakyat...penyokong pas tak ingin sokong umno..

    umno izinkan pas plak bertanding...beranikah pas bertanding dgn isyarat jelas pengundi pas marah lobai bersama umno?...

    ReplyDelete
  7. PRK Sg Kandis: Protes senyap penyokong PAS?
    Bernama
    5 Ogs 2018, 8:25 pagi (Dikemaskini 5 Ogs 2018, 8:37 pagi)

    A A
    PRK SG KANDIS | Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis hari ini jelas memperlihatkan bahawa ‘kerjasama’ yang terjalin antara Umno dan PAS masih belum mampu menggugat penguasaan PKR di kawasan itu.

    Meskipun calon BN Datuk Lokman Noor Adam bersungguh-sungguh memainkan sentimen Islam dan Melayu sepanjang 14 hari tempoh berkempen, namun ia belum cukup mampu mempengaruhi pengundi di kawasan berkenaan yang lebih 70 peratus adalah Melayu.

    Seruan pemimpin PAS kepada penyokong parti itu yang meminta supaya menyokong calon BN pada PRK tersebut juga dilihat tidak cukup kuat ‘menembusi kekebalan’ PKR apatah lagi dengan keputusan parti itu (PKR) mempertaruhkan anak tempatan Mohd Zawawi Ahmad Mughni yang jelas mempunyai track record bersih sebagai seorang pengetua maahad tahfiz.

    Hasilnya hari ini, seramai 15,427 pengundi DUN Sungai Kandis sepakat memilih Mohd Zawawi sebagai wakil rakyat baharu mereka berbanding 9,585 pengundi yang memilih Lokman Noor sementara calon Bebas, K. Murthy pula hilang wang deposit selepas hanya memperoleh 97 undi.

    ReplyDelete
  8. berbanding pru14... Paduan pas dan umno dapat kurang dari separuh berbanding pru lepas...

    Pas dan umno kalah teruk tapi menang besar kalahkan bebas..

    ReplyDelete
  9. Sita Equanimity: Peguam Jho Low kecam Dr Mahathir
    5 Ogs 2018, 12:14 pagi (Dikemaskini 5 Ogs 2018, 12:17 pagi)

    A A
    Seorang peguam yang bertindak mewakili ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low, telah mengecam Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, atas rancangan pihak berkuasa Indonesia untuk menyerahkan kapal persiaran mewah, Equanimity ke Malaysia.

    Dalam kenyataan satu kenyataan, James F Haggerty, peguam yang mewakili Low berkata penyerahan kapal itu merupakan pelanggaran ketetapan mahkamah di Indonesia dan Amerika Syarikat (AS).

    "Tindakan kerajaan Mahathir secara tidak sah mengambil aset ini menunjukkan betapa cepatnya kedaulatan berlunaskan undang-undang (the rule of law) luput dalam rejim Mahathir.

    "Seperti yang dilakukannya dalam krisis kehakiman Malaysia pada tahun 1988, Mahathir menunjukkan kepada dunia bahawa rejim barunya masih tidak berminat pada kedaulatan undang-undang," kata Haggerty

    Pada 28 Februari 2018 lalu, pihak berkuasa Indonesia merampas kapal itu atas permintaan Jabatan Keadilan AS (DOJ).

    Minggu depan Equanimity serah ke M'sia

    Namun, Pengadilan Negeri Jakarta Selatan memutuskan penyitaan itu tidak sah kerana permintaan bantuan hukum bersama (MLA) DOJ disalurkan langsung kepada polis Indonesia, meskipun undang-undang Indonesia mewajibkan permintaan MLA dilakukan melalui Kementerian Hukum dan Hak Asasi Manusia.

    Polis Indonesia sekali lagi naik ke atas kapal itu pada bulan Julai lalu ketika rundingan antara Jakarta dan Washington merampas Equanimity sedang berlangsung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak kah kah Banyak peluang bagi Si Gemuk tu tampil mengemukakan bayaran untuk kapal mewah tu. Sekarang pun boleh tunjuk bukti yng dia bayar menggunakan duitnya sendiri. Dia melompat lompat tu kerana kapal itu digynakan untuk taya g kepada gadis , pelakon dlll. Sekarang dah tak ada . Takam guna SAMPAN sekarang lah ooooh.

      Delete
  10. Way cool! Some extremely valid points! I appreciate you writing
    this post and also the rest of the website is also very good.

    ReplyDelete
  11. Kekurangan 8 ribu+++++ majority PKR dalam PRK Sg.Kandis, bukanlah UNDI PROTES.
    Kalau kekurangna majority ini dianggap UNDI PROTES, in ilah delusion di pihak umno.
    Nak tahu apa itu UNDI PROTES..............????
    contohnya: Bila rakyat secara total menolak umno dalam PRU14 dan umno KO terus.
    INILAH UNDI PROTES NAMANYA.

    ReplyDelete
  12. Pas menari ikut rentak gendang yg di palu umno..umno canang hak melayu islam terhakis dan mungkir janji...

    tapi sia2 saja..
    Pas dapat bala tidak disukai oleh penyokong sendiri kerana lobai pas bekerjasama dgn musuh pas...ahli pas sudah pandai lawan tokey sekarang...ingkar perintah lobai pangkah calon umno..lobai tak boleh cucuk hidung penyokong lagi ...

    Penyokong umno sendiri tak percaya dgn retorik umno dgn cara lapuk....

    ReplyDelete
    Replies
    1. pemimpim PASS tu fikir semua ahllinya bengong, bodoo , sebel , tak ada akal. Hanya dengar cakap aje. Di tarik hidung kesana sini.

      Delete
  13. I'm gone to convey my little brother, that he should also visit this
    webpage on regular basis to get updated from hottest news update.

    ReplyDelete
  14. Dgn meraih undi lebih dari separuh dari pru yg lalu PKR masih mendapat mendapat sokongan rakyat...PKR berjaya memberi.pukulan hingga pas dan umno kalah teruk gagal meraih undi lebih dari separuh dari undi pru14...

    Sedarlah diri umno dan pas anda sudah ketinggalan zaman...merompak dan subahat dgn perompak tidak di sukai tuhan..

    ReplyDelete
  15. Bukan rakyat sungai kandis saja hukum pas dan umno dgn kekalahan teruk malah hakikatnye hukuman tuhan kepada prompak dan penipu yg berkerjasama....

    Teringin nak dengar ulasan ostad melayu kampungan..

    ReplyDelete
  16. What's up, I desire to subscribe for this weblog to
    take latest updates, therefore where can i do it please assist.

    ReplyDelete
  17. kah kah kah kah... adoi kesian betul siamang lahanat pencaci umno.. menang sorak kampong tergadai..


    kah kah kah kah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puak dia yg gadai, nak tuduh orang. Kahkahkah.... Menang dalam kekalahan. Kahkahkah.... Good sign..... Kahkahkah... Undi protes...
      Muahahahahahahshahahahahahaha

      Delete
    2. Kecian cai...umno kalah teruk.

      Delete
  18. 'Elok PAS dan BN lupakan PRK Balakong, Seri Setia'

    5 Ogs 2018, 2:32 tengahari (Dikemaskini 5 Ogs 2018, 2:39 tengahari)

    A A
    Kemenangan Pakatan Harapan (HARAPAN) pada di Sungai Kandis, Selangor semalam membuktikan rakyat terus memberi kepercayaan kepada gabungan tersebut untuk memerintah, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar.

    Beliau berkata hasil kemenangan itu pembangkang - terdiri daripada PAS dan BN disaran tidak perlu bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Balakong dan Seri Setia, sebaliknya memberi fokus kepada rakyat di kawasan yang telah dimenangi mereka.

    "Kemenangan semalam sudah diduga dan jumlah yang keluar mengundi rendah itu juga sudah dijangka, tetapi itu tidak menjejaskan pencapaian dan keyakinan rakyat terhadap HARAPAN.

    "Ini juga menunjukkan rakyat tidak mempunyai pilihan lain kecuali memilih HARAPAN.

    "Negara kita mengamalkan demokrasi jadi sesiapa pun boleh bertanding tetapi pembangkang (PAS, BN) tak payah bertandinglah.

    "Daripada habiskan duit untuk PRK, baik mereka fokus pada kawasan mereka untuk pastikan mereka boleh jadi pembangkang yang konstruktif," katanya mengulas keputusan PRK Sungai Kandis.

    Terdahulu, Mahfuz yang juga naib presiden Parti Amanah Negara merasmikan majlis penganugerahan Puncak Kecemerlangan 2018 di Dewan Sri Tanjung, Sekolah Kebangsaan Langgar di Alor Setar hari ini.

    ReplyDelete

  19. Laporan: Pemilik firma berlian Lubnan dedah detik perkenalan dengan Rosmah

    5 Ogs 2018, 10:51 malam (Dikemaskini 5 Ogs 2018, 10:59 malam)

    A A
    Peniaga berlian Lubnan Samer Halimeh berkata hubungannya dengan Datin Seri Rosmah Mansor bermula di sebuah acara sosial di Belgravia di London pada 2009.

    Menurut Free Malaysia Today, Ketua pegawai eksekutif Samer Halimeh New York itu berkata ketika itu, Rosmah meminta syarikatnya menaja dan mempamerkan barang kemas berlian di sebuah majlis amal di luar negara.

    Menurut kenyataan Samer yang dilaporkan Free Malaysia Today, dia berkata syarikatnya kemudian turut membekalkan "barang kemas VIP" untuk pelbagai acara yang dihadiri Rosmah dan Datuk Seri Najib Razak.

    Dia berkata acara itu berlangsung di London dan kota-kota lain.

    Hubungan mereka kemudian semakin rapat sehingga Samer diundang menghadiri majlis perkahwinan anak pasangan itu, Nooryana Najwa pada 2015, kata laporan itu lagi.

    "Sebab itulah pada 2018, kami amat mempercayai hubungan ini sehingga memberikan barang kemas bernilai 11.5 juta pound sterling kepada Rosmah atas dasar 'cuba sebelum beli'.

    "Saya rasa ia (barang kemas) dipesan dengan jangkaan pasangan itu memenangi pilihan raya umum 2018," katanya seperti dipetik.

    Justeru, kata Samer, dia sedih kerana terpaksa mengambil tindakan undang-undang terhadap Rosmah selepas barang kemas yang diberikannya itu telah dirampas oleh polis Malaysia dalam siasatan 1MDB.

    "Kami sangat kesal dan sedih kerana terpaksa mengambil tindakan mahkamah terhadap Rosmah dalam keadaan sebegini," katanya seperti dipetik.

    Bulan lalu, Samer melalui Global Royalty Trading SAL memfailkan saman terhadap Rosmah untuk mendapatkan semula barang kemas bernilai kira-kira RM60 juta.

    Global Royalty merupakan salah satu syarikat bawah Samer Halimeh New York.

    ReplyDelete

6ANGKA