Saturday, August 6, 2011

kalau jijah londeh anwar?

Bolehkah UMNO tawarkan jijah jawatan PM kalau sanggup londehkan anwar? 


Saja je tanya...

Najib tak perlu undur

Badai dan gelombang samada mainan pembangkang atau dalaman UMNO sendiri nampaknya sudah reda dengan isu meminta Najib berundur. Malahan PENAWAR melalui Tan Sri Aziz Shamsudin telah menafikan sekeras-kerasnya. “Ini semua mengarut, saya tidak pernah mendesak Najib untuk meletakkan jawatan.” - Tan Sri Aziz Shamsuddin.

Berita berita penafian seperti ini sememangnya mengecewakan pembangkang tetapi bukan bererti mereka terus berdiam dan tidak pula mengusahakan sesuatu yang lain selepas ini.

Pembangkang dengan Mustaffa Ali dari PAS yang serba tahu pun sudah banyak kali tembak angin tetapi nampaknya belum kena sasaran dan tidak melatahkan pihak2 di dalam UMNO.

Kesimpulannya isu meminta Najib berundur sudah tamat, selesai kerana dari  dalam UMNO sendiri tidak ada pihak yang sanggup bersuara, mereka lebih sayangkan periuk nasi mereka, lebih sayangkan Najib dari UMNO itu sendiri. Bagi mereka dengan kerja kuat yang ditunjukkan oleh Najib, dari RTM dengan propaganda 1Malaysia dan Media Prima yang membalun pembangkang saban masa, adalah mustahil UMNO akan tewas di PRU13 nanti.


Dengan tamatnya isu meminta Najib berundur ianya juga satu lesen untuk Najib meneruskan kepimpinan dan adalah menjadi satu dosa agaknya kalau Najib sendiri terfikir untuk meletak jawatan? Dalam lain perkataan 'berundur dan meletak jawatan' dalam masa terdekat langsung tidak ada dalam kotak fikiran Najib.


Jika UMNO telah menerima ketetapan itu atas dasar tidak ada sesiapa lagi yang lebih baik dan terbaik dari Najib untuk memimpin UMNO dan Negara bererti itu jugalah kekuatan yang ada.  Kekuatan yang setakat ada hari ini untuk dibawa sampai ke PRU13. UMNO merasa kekuatan ini sudah cukup sebagai bekalan PRU13? Tidak perlu ada perubahan drastik dalam kepimpinan UMNO?


Najib juga tidak terlihat mampu membawa apa2 lagi agenda yang menambah kekuatan sekadar bertahan mengurangkan silap dan salah selain mengumumkan beberapa lagi projek mega ala Paklah. Saolan pokok apakah itu mengutamakan Melayu dan Islam tidak pula jelas...


Itu saja menu yang ada pada UMNO, kalau rasa sedap - tunggu, kalau tidak - belah !

Label salah, bukan Dato' Sri ....



“Media Malaysia dan kerajaan mungkin telah melabel saya sebagai satu ancaman kepada negara dan menuduh saya menjadi satu gadaian untuk Zionis dan Amerika Syarikat, tetapi saya percaya orang ramai tidak boleh dipermainkan,” kata Anwar.

Untuk maklumat Dato' Sri, label ini sebenarnya tidak begitu meluas ke pengetahuan rakyat oleh kerana kelembapan media kerajaan dalam rangkaiannya.

Malahan imej kerajaan dan Najib juga tidaklah baik dan terpuji di kalangan rakyat kerana barisan kabinetnya yang kurang berfungsi terutama Menteri KDN yang sepatutnya menjaga hal sensitiviti kaum dan ugama gagal menjalankan tugasnya dengan berkesan dan begitu takut yang tidak diketahui sebabnya.

Momokan dan provokasi yang berkesan ini datangnya dari pihak Dato' Sri yang sewajarnya mendapat pujian kerana telah berjaya 'menakutkan' pihak kerajaan untuk tidak bertindak.

Malahan Dato' Sri dianggap paling berjaya melalui Ambiga yang telah merosakkan reputasi dan prestasi PDRM dalam reformasi BERSIH sehingga rakyat percaya polis pun tunduk atas arahan UMNO. 

Sehingga kini polis masih belum membuat apa apa pendakwaan ke atas mereka. menunjukkan Dato' sri berada dalam kedudukan yang benar.


Banyak lagi jasa dan kecemerlangan DS yang setaraf PM walaupun belum berjaya duduk di sana, malah segelintir rakyat percaya jika DS diberi peluang pada PRU13 nanti untuk menjadi PM, banyak lagi jasa yang akan DS berikan kepada rakyat hingga menjadi negara makmur, aman dan adil. 

Kebebasan berugama dan kebebasan berdakwah dan menyebarkannya tentulah satu konsep baru yang rakan2 DS akan buat tanpa bantahan PAS yang telah berjaya DS 'nyah'kan.

Rakyat sudah tidak sabar bagaimana DS menggunakan 'magik' mengurangkan harga petrol tanpa menaikkan harga produk dan servis lain dan tidak juga menjejaskan ekonomi negara - ini belum pernah dibuat oleh mana2 PM di dunia.


Jadi apa yang dilabelkan oleh media prima dan kerajaan terhadap DS sebagai satu ancaman kepada negara adalah sekadar menakutkan rakyat, ini adalah konspirasi jahat mereka yang cuba memusnahkan DS untuk terus berjuang demi rakyat. 

DS jangan bimbang, portal2 berita, media internet, NGO's dan beberapa pihak lain walaupun sebahagiannya disubsidi oleh Yahudi telah memberi label yang baik dan mereka akan sokong DS sehingga negara ini yang kurang aman, kurang makmur, banyak rasuah akan menjadi lebih aman, lebih makmur dan kurang rasuah.

Dato' Sri yang dikasihi, masalahnya cuma satu:

Majoriti rakyat tidak boleh dibodohkan dengan permainan kuncu, konco, macai, pecacai, suku sakat pembangkang dan pihak DS sendiri kerana rakyat juga pandai menilai sendiri yang mana baik dan yang mana temberang, khianat, keji, auta, racist dan gila kuasa.

Friday, August 5, 2011

Kak Wan sindir Anwar...



Selain Azmin - Ada seorang lagi juga yang belum matang...

Seorang lagi Timbalan Presiden yang boleh disifatkan juga belum matang lagi ialah Mat Sabu yang selalu didukung oleh Nik Aziz. Tokoh ini juga tidak mahu ketinggalan untuk duduk sama rendah berdiri sama tinggi. dengan Azmin.


Ini ekoran dari kenyataan Wan Aziah bahawa azmin belum lagi matang..."Azmin akan matang satu hari nanti.."
( Atau sebenarnya kakwan sindir anwar, sebab masih buat perangai yang sama berulangkali... 'Kak Wan pakai Simpulan Bahasa -  Pukul Timbalan sindir Penasihat' )


Tidak pula diketahui apa2 ciri yang dikatakan tidak matang itu.


Adakah kerana membiarkan isteri dibalun, cepat melenting atau gila kuasa.


Ciri2 lain juga boleh disebabkan suka bercakap bohong, minta simpati dan ada muka maharaja lawak... 

Orang yang tak matang selalunya mudah jadi alat dan kuda tunggangan untuk memenuhi impian pihak lain. 

# Allah S.W.A telah anugerahkan rupa pada manusia dalam bentuk asal yang sempurna tetapi manusia mencorakkan kemudian dengan rupa bentuk dan peribadi sendiri.

Kredibiliti kerajaan yang musnah..

Salah satu kelemahan kerajaan sejak era paklah ialah kelemahan menguruskan isu dan masalah kenegaraan yang sangat rendah reputasi dan kredibilitinya. Flip flop keputusan dan dasar menyebabkan rakyat hilang keyakinan. 

Ketidaktegasan dalam tangani sesuatu isu dari kecil merebak ke besar adalah kelamahan ketara pengurusan kerajaan. Kelambatan dalam memberi penjelasan terhadap sesuatu isu menunjukkan ketidakcekapan dan kepekaan. 

Kabinet yang tidak memberi maklumat sebeanar kepada PM menjadikan negara tidak diurus dengan betul sejajar dengan harapan rakyat.

Isu perpaduan dan sensitiviti keugamaan dan perkauman dibiar berlarutan atas nama kebebasan bersuara hingga menjadi 'kebiasaan' sekarang ini untuk semua pihak mempertikaikan satu sama lain termasuk menghina bangsa, ugama, sultan, sistem kehakiman dan negara secara terbuka tanpa tindakan tegas kerajaan. 

Yang ada hanyalah amaran dari si pondan, tangkap dan lepas tanpa pendakwaan, siasatan tanpa penghujung dan suruhanjaya yang tidak berjaya.



Pembangkang telah memainkan peranan dengan mengeksploitasikan keadaan dengan cukup berjaya dan meyakinkan rakyat bahawa kerajaan sekarang 24 jam rasuah, kroni dan ketidakadilan kepada kaum minoriti. 

Setiap hari kita akan melihat isu baru yang berterusan untuk menghakis keyakinan rakyat kepada kerajaan yang diterajui UMNO. Kepanikan dan kritikan dari komponen BN sendiri menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk.

Jaringan mereka dalam menyebarkan berita dan maklumat cukup pantas dan berkesan hingga jauh ke pendalaman, menembusi institiut pengajian tinggi dan meresap ke jiwa lubuk kakitangan kerajaan. Hari ini 'berpolitik' di pejabat dalam perdebatan isu semasa di pejabat kerajaan sudah jadi lumrah. 

Tanyalah majoriti pemandu teksi di KL, berapa kerat yang faham dan sokong kerajaan? Apa cerita negatif yang keluar dari mulut mereka? Itulah kepercayaan mereka? Tanyalah pemandu teksi bukan Melayu? Jawapan mereka 100% condong ke pembangkang. Kebanyakkan tidak sokong kerajaan kerana kerenah Kementerian dan Jabatan yang menguruskan mereka? Keluhan ini bukan berlaku sehari dua, dah makan tahun dan makin bertambah sekarang?

Kepantasan itu tidak pula disusuli dengan kepantasan pihak kerajaan sebaliknya lewat, kabur, silap dan lebih menunjukkan kelemahan dan kecuaian di pihak kerajaan dalam penjelesan2 mereka. Contoh nyata ialah penjelasan yang diberi oleh pihak ATM atau Kementerian Pertahanan terhadap isu pembelian kapal selam memakan masa melebihi 3 tahun selepas isu itu bertebaran di maya hingga menjadi 'betul dan benar'

Kebanyakan penjelasan berlaku selepas 'nasi menjadi bubur'.. Bubur pun dah sejuk dan basi.

Kalau bola sepak, kerajaan menggunakan kaedah peremainan pertahanan, sampai bila boleh bertahan dalam asakan pembangkang, mereka bukan serang dengan dua tiga penyerang tetapi mereka serang dengan semua pemain kecuali penjaga gol turun ke bawah menyerang.


Apa serangan yang kerajaan buat? Penyerang sensasi sekadar beri amaran serangan? Sampai kesudah tak serang? sampai ke sudah tak ada jaringan? Boleh ke menang??


Di mana Ketua Pemuda? asyik serang tetapi akhirnya jaring gol sendiri? Hadiah untuk siapa?


Najib selaku Jurulatih dan Pengurus tidak boleh berfantasi dan berkongsi kemanisan dengan cerita lama ketika Tun Razak mencipta nama, itu tidak membantu, melekakan dan menjemukan.

Generasi hari ini tidak kenal Mahathir, apalagi untuk kenal Tun Razak. Hari ini generasi yang sokong pembangkang adalah generasi yang kenal Paklah dan Najib. Generasi yang kenal kepada kelembekan dan kelemahan kerajaan dalam menguruskan isu dan hal2 kenegaraan.


Itulah pokok persaolan dan isu yang menjadi legasi paklah -  untuk Najib teruskan, hentikan atau satu reformasi kembali sepenuhnya kepada perjuangan asal UMNO untuk orang  Melayu dan Islam??  Jika tidak mampu, Najib wajar undur.

TERKINI:

Tan Sri Aziz Shamsudin nafikan sekeras-kerasnya. “Ini semua mengarut, saya tidak pernah mendesak Najib untuk meletakkan jawatan.” - Tan Sri Aziz Shamsuddin

Thursday, August 4, 2011

Nafi Pergolakan? Benarkah sekadar fitnah?

Benarkah hanya fitnah? Apakah saranan PENAWAR supaya Najib berundur yang dipetik BERNAMA bukan pergolakan dalaman? Bukankah PENAWAR masih dalam UMNO dan merupakan antara yang masih mempunyai sedikit sebanyak pengaruh ke atas ahli UMNO yang lain?


Bukanlah sesuatu yang pelik jika ada sedikit pergolakan dalaman dalm mana2 parti yang sedang bergerak maju, mungkin antara sebabnya ialah ketidakfahaman golongan itu atas dasar dan perancangan pemimoin, tidak terkecuali UMNO.  

Tetapi yang pelik dan aneh ialah terburu buru menafikan atau cuba berdalih dan menuding jari ke pihak lain bukanlah sesuatu yang bijak, ia sekadar menambah kesangsian dan membenarkan memang ujud pergolakan.


Yang penting pihak yang tidak berpuashati didekati, diberi penerangan dan sedia menerima cadangan mereka secara terbuka. Sudah tentu mereka menzahirkan kelemahan yang ada pada UMNO dan Najib? Dan sudah tentu Najib juga melakukan kesilapan dan kelemahan. 

Menafikan atau memekakan telinga dari suara golongan pelbagai peringkat bererti menafikan hak kebebasan bersuara di dalam UMNO dan sekaligus mengorek lubang kubur pada UMNO itu sendiri.

Sejarah telah melihat betapa saranan yang berbentuk kritikan terbuka Mukhriz kepada Paklah telah menimbulkan impak dan kecoh seketika dan berleretan hingga ke peralihan kuasa. Apakah sejarah itu mahu diulangi semula di era Najib? Bukankah tidak manis dan elok jika tiba2 ada menteri kabinet Najib tiba2 meletus rasa yang sama?


Dalam ketika musuh di sekeliling pinggang sedang menggasak, 1001 kemungkinan boleh berlaku untuk melemahkan UMNO dan jika kebetulan memang ada api kecil di dalaman ia hanya memerlukan 'spark' untuk satu letupan.... 

Bagaimana nanti ada suara nakal dalaman yang meminta Najib berundur dan digantikan dengan Muhyiddin dan bagaimana selepas itu beberapa bahagian UMNO menyuarakan sokongan? Bukankah itu akan menimbulkan satu peperangan????


Jika UMNO menganggap itu sesuatu yang sangat mustahil, ok lah, relaxlah, angaplah itu omongan kosong, niat jahat pembangkang, bla bla bla bla...


Pas ketandusan isu hingga fitnah Najib dan UMNO

04/08/2011 5:39pm

KUALA LUMPUR 4 Ogos - Dakwaan Pas kononnya wujud gerakan dalam UMNO untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak adalah tuduhan tidak benar dan membuktikan Pas sudah ketandusan isu, kata Pengerusi Tetap UMNO, Datuk Badruddin Amiruldin.
Beliau berkata, dakwaan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali yang dibuatnya pada satu sidang akhbar di sini hari ini menunjukkan parti itu sengaja mengadakan isu itu bagi mewujudkan suasana berpecah-belah dalam kalangan anggota UMNO yang kini mantap menyokong Najib.
“Bagaimana seorang presiden parti (Najib) boleh menjadi liabiliti kepada parti yang semakin bagus prestasinya?” kata Badruddin kepada Bernama di sini hari ini bagi mengulas dakwaan Mustafa kononnya UMNO menimbulkan isu Tengku Razaleigh Hamzah bakal menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang untuk menutup isu dalaman UMNO dan wujudnya gerakan serius dalam UMNO untuk menjatuhkan Najib sebelum pilihan raya umum ke-13 nanti. - Bernama

Khamis, 4 Ogos 2011


Rosmah, masalah baru Najib

PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik tempatan berpendapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kini berdepan dengan masalah yang ditimbulkan oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, di samping timbunan masalah lain.
Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata, orang melihat Rosmah sebagai lebih menonjol dari Najib sendiri. Di Malaysia, orang belum boleh menerima isteri seorang Perdana Menteri sebagaimana yang dibuat oleh Rosmah.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kepimpinan Najib yang menjadi perbualan banyak pihak termasuk di kalangan orang Umno sendiri.
Persatuan Bekas Ahli Parlimen Umno (Penawar) mahu Najib meletakkan jawatan kerana mendakwa tidak berjuang untuk orang Melayu dan negara Malaysia.
Setiausaha Agung PAS, Mustaffa Ali pula mendakwa ada kumpulan pimpinan Umno yang mahu Perdana Menteri meletakkan jawatan sebelum pilihan raya umum.
Mengulas lanjut, Dr Zainal berkata, rakyat curiga dengan Najib yang cuba membentuk keseimbangan untuk semua orang. Orang Melayu anggap Umno tidak membela mereka, orang Cina dan India pula dakwa kerajaan Umno tidak membela mereka.
“Orang Sabah dan Sarawak menuntut hak masing-masing, jadi Najib masih berdepan dengan masalah dalaman,” tambahnya.
Para pemimpin Umno, kata Dr Zainal, pula masih menganggap diri mereka ‘raja’ dan tidak turun padang menemui rakyat sebagaimana diarahkan Najib.
Beliau berkata, Najib terpaksa bekerja kuat dan cepat untuk membaiki kelemahan yang berlaku sebelum ini. Malangnya, orang Umno masih lemah semangat walau pun ada tanda-tanda rakyat kembali menyokong kerajaan.FMT

...belajar dari Dr Siti Hasmah

Kenapa isteri2 PM yang lalu termasuk Dr Siti Hasmah tidak menimbulkan banyak kontroversi atau pertikaian berbanding dengan isteri2 Paklah, Najib dan Anwar...
Tidakkah mereka boleh belajar sesuatu dari Dr Siti Hasmah yang sepatutnya boleh menimbulkan pelbagai hal dan isu  selama 22 tahun ketika suaminya berkuasa.

Apakah tanpa terlalu menonjolkan diri dan aktif bererti beliau tidak menyumbangkan sesuatu untuk ugama, bangsa dan negaranya?

Walaupun jarang dan tidak setiap hari terpampang di dada akhbar atau skrin TV, namun nama dan kemanisan Dr siti hasmah ada pada bibir dan hati majoriti rakyat hingga sekarang.

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...