Saturday, August 6, 2011

Label salah, bukan Dato' Sri ....



“Media Malaysia dan kerajaan mungkin telah melabel saya sebagai satu ancaman kepada negara dan menuduh saya menjadi satu gadaian untuk Zionis dan Amerika Syarikat, tetapi saya percaya orang ramai tidak boleh dipermainkan,” kata Anwar.

Untuk maklumat Dato' Sri, label ini sebenarnya tidak begitu meluas ke pengetahuan rakyat oleh kerana kelembapan media kerajaan dalam rangkaiannya.

Malahan imej kerajaan dan Najib juga tidaklah baik dan terpuji di kalangan rakyat kerana barisan kabinetnya yang kurang berfungsi terutama Menteri KDN yang sepatutnya menjaga hal sensitiviti kaum dan ugama gagal menjalankan tugasnya dengan berkesan dan begitu takut yang tidak diketahui sebabnya.

Momokan dan provokasi yang berkesan ini datangnya dari pihak Dato' Sri yang sewajarnya mendapat pujian kerana telah berjaya 'menakutkan' pihak kerajaan untuk tidak bertindak.

Malahan Dato' Sri dianggap paling berjaya melalui Ambiga yang telah merosakkan reputasi dan prestasi PDRM dalam reformasi BERSIH sehingga rakyat percaya polis pun tunduk atas arahan UMNO. 

Sehingga kini polis masih belum membuat apa apa pendakwaan ke atas mereka. menunjukkan Dato' sri berada dalam kedudukan yang benar.


Banyak lagi jasa dan kecemerlangan DS yang setaraf PM walaupun belum berjaya duduk di sana, malah segelintir rakyat percaya jika DS diberi peluang pada PRU13 nanti untuk menjadi PM, banyak lagi jasa yang akan DS berikan kepada rakyat hingga menjadi negara makmur, aman dan adil. 

Kebebasan berugama dan kebebasan berdakwah dan menyebarkannya tentulah satu konsep baru yang rakan2 DS akan buat tanpa bantahan PAS yang telah berjaya DS 'nyah'kan.

Rakyat sudah tidak sabar bagaimana DS menggunakan 'magik' mengurangkan harga petrol tanpa menaikkan harga produk dan servis lain dan tidak juga menjejaskan ekonomi negara - ini belum pernah dibuat oleh mana2 PM di dunia.


Jadi apa yang dilabelkan oleh media prima dan kerajaan terhadap DS sebagai satu ancaman kepada negara adalah sekadar menakutkan rakyat, ini adalah konspirasi jahat mereka yang cuba memusnahkan DS untuk terus berjuang demi rakyat. 

DS jangan bimbang, portal2 berita, media internet, NGO's dan beberapa pihak lain walaupun sebahagiannya disubsidi oleh Yahudi telah memberi label yang baik dan mereka akan sokong DS sehingga negara ini yang kurang aman, kurang makmur, banyak rasuah akan menjadi lebih aman, lebih makmur dan kurang rasuah.

Dato' Sri yang dikasihi, masalahnya cuma satu:

Majoriti rakyat tidak boleh dibodohkan dengan permainan kuncu, konco, macai, pecacai, suku sakat pembangkang dan pihak DS sendiri kerana rakyat juga pandai menilai sendiri yang mana baik dan yang mana temberang, khianat, keji, auta, racist dan gila kuasa.

No comments:

Post a Comment

6ANGKA